“Ya Allah Anak, Rezeki Kita,” Ibu Tunggal Bawa Anak Kerja Yang OKU Buta, Gigih Jadi Akak Foodpanda Demi Teruskan Hidup

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang sedia memikul. Setiap orang ada kisah masing-masing dalam menjalani kehidupan ini. Sukarnya takdir hidup kita, tetaplah bersyukur kerana banyak lagi kesusahan orang lain. Kisah ibu tunggal bawa anak kerja sebagai rider penghantar makanan ini banyak mengajar kita tentang kegigihan seorang wanita yang tiada duanya demi keluarga dan anak-anak.

Tiada pilihan lain, ibu tunggal bawa anak kerja yang OKU

ibu tunggal bawa anak kerja

Baru-baru ini tular satu video viral di Tik Tok mengenai seorang ibu tunggal bawa anak kerja sebagai penghantar makanan. Dia ibu tunggal, Azimah Abd Rahim, 37, sentiasa mengendong anaknya yang OKU buta, Nur Ainul Zahirah Rashidi, 6, sepanjang hari di atas motor semasa menghantar makanan pelanggan.

Melalui mimpi ngeri dengan rumah pengasuh tempat anaknya dulu ditempatkan, apabila terlihat banyak kesan lebam itu akhirnya nekad untuk menjaga anaknya yang OKU  sendiri walaupun semasa bekerja.

Menurutnya untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga anak istimewa dan hiperaktif ini bukanlah perkara yang mudah.

“Nur Ainul bukan sahaja buta, malah dia seorang kanak-kanak hiperaktif. Pernah saya tinggalkan dekat pengasuh, tetapi bila ambil semula ada kesan lebam (pada badan). Bila ditanya, kata anak saya jatuh,” luahnya ibu tunggal bawa anak kerja ini.

Ramai orang kecam “tak pandai jaga anak” sebab bawa anak bekerja

Ibu mana yang mahu meletakkan beban hidup kepada anaknya? Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menanggung derita ataupun kesusahan? Tanyalah kepada 100 orang ibu sekalipun, nescaya jawapannya tiada.

Jahat mana seorang ibu, jauh di sudut hatinya dia masih mempunyai rasa belas dan kasih pada anak yang dikandungnya 9 bulan itu. Begitulah yang dirasai ibu tunggal bawa anak kerja ini, bila mana dia selalu dikecam masyarakat yang beranggapan tindakan membawa anaknya itu bekerja sesuatu yang tidak difikir waras.

Namun dia tidak mempunyai pilihan lain. Sejak berpisah dengan bekas suami pada Oktiber 2021, Azimahlah yang menguruskan segalanya dan membesarkan Zahirah sendirian.

ibu tunggal bawa anak kerja

Sebelum menjadi penghantar makanan, Azimah pernah bekerja di sebuah kedai dobi. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu dia diberhentikan kerja. Untuk mengatasi masalah kewangan itulah juga, akhirnya membawanya kepada kerjaya sebagai penghantar makanan menggunakan motor pemberian arwah ibu.

Momen dimarahi pelanggan kerana membawa anak meredah hujan panas atas motor biarpun anak kecil itu tidak meragam hanya ditepisnya redha. Apalah daya seorang ibu ini selain teruskan mencari rezeki.

Bukan bantuan pertama, pernah masuk surat khabar

ibu tunggal bawa anak kerja

Kisah akak Foodpanda ini pernah menjadi muka hadapan di dada akhbar beberapa bulan dulu. Dan ketika itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada menghulurkan bantuan memberi rumah sewa yang dibiayainya setiap bulan serta mencari pengasuh untuk Nur Ainul.

Namun demikian, usaha mencari pengasuh itu tidak kesampaian kerana Nur Ainul mahukan perhatian yang sepenuhnya dari seorang ibu daripada orang lain.

“Syukur pada Allah, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya,” jelas pendakwah tersebut.

Ustaz Ebit Lew hadiahkan kereta Viva kepada akak Foodpanda

ibu tunggal bawa anak kerja

Hari ini sekali lagi Ustaz Ebit tidak ketinggalan untuk memberikan sedikit bantuan untuk meringankan beban Azimah bagi meneruskan kehidupan. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pendakwah itu di laman sosialnya.

“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal bawa anak kerja, Azimah Rahim yang tular di media,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jatuh air mata ibu tunggal ini apabila diberikan hadiah dalam bentuk itu. Dia lantas memeluk anaknya lsambil berkata berulang kali,” Ya Allah anak, rezeki kita.”

Ibu tetap seorang ibu. Bila-bila pun dia tetap akan menjadi ibu kita iaitu insan yang tiada duanya dalam memberikan kasih sayang kepada seorang anak. Kasihnya ibu membawa kita ke syurga Cintanya ibu menjadi kunci kita memperoleh redhanya Allah jua. Semoga ibu tunggal bawa anak kerja ini dapat menbesarkan anaknya dengan baik dan sentiasa dipermudahkan urusan hidup mereka.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart