Terkini: Iktiraf Peranan Wanita, Dana RM235 Juta Bajet 2023 Bantu Wanita Jana Ekonomi Keluarga Sebagai Usahawanita

Setiap hujung tahun, apa yang paling ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat Malaysia adalah pengumuman bajet tahun hadapan dari kerajaan sendiri. Baru-baru ini pembentangan Bajet 2023 melalui Siaran Langsung di RTM pada 7 OKtober, 2.30 petang yang lalu telah memfokuskan tentang belanjawan dan beberapa inisiatif baru bantuan rakyat. Ini termasuklah dalam peranan Bajet 2023 bantu wanita khususnya golongan usahawan wanita yang menjana ekonomi untuk menyara keluarga.

Kerajaan sediakan RM235 juta dalam Bajet 2023 bantu wanita dalam perniagaan

bajet 2023 bantu wanita

Point yang menjadi titik penting dalam Bajet 2023 adalah pengiktirafan yang diberikan kepada peranan wanita dari segenap lapisan tidak terkecuali sama ada golongan berpendidikan atau tidak, dan faktor umur. Bajet 2023 bantu wanita itu adalah kerana kerajaan dengan beraninya telah menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM235 juta bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi perniagaan mereka.

Mengulas lanjut mengenai itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berkata dana pembiayaan itu adalah di bawah beberapa skim seperti Semarak-Nita BSN, Tekunita, TEKUN, DanaNITA MARA dan Bizlady Bank Rakyat.

Dari hasil pemerhatian setakat Oktober 2022, golongan wanita telah memegang 29% daripada komposisi Ahli Lembaga Pengarah bagi 100 syarikat tersenarai awam utama. Bukan itu sahaja, malah semua syarikat ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Bajet 2023 bantu wanita khususnya usahawanita untuk mengembangkan perniagaan melalui penambahan modal untuk menghasilkan lebih banyak produk dan masa sama memberi peluang kepada mereka memasarkan produk di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia turut dilihat membantu golongan usahawanita meneruskan kelangsungan perniagaan dalam keadaan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang berlaku.

Bagaimana memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)?

DanaNITA adalah SKIM Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan. Program ini bertujuan untuk memperhebatkan pernyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada, dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

bajet 2023 bantu wanita

Kelayakan pemohon:

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Permohonon ini dibuka sehingga 31 Disember 2022. Untuk memohon secara online boleh dibuat di lama Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Untuk maklumat lanjut layari laman web ini, DanaNITA.

Bantuan lain yang ditawarkan kepada orang ramai

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

  • RM2,500 kepada isi rumah (lima orang anak atau lebih) dengan pendapatan bulanan kurang RM2,500.
  • Bantuan antara RM500 hingga RM1,250 bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak).

Ibu atau bapa tunggal

  • Bantuan RM500 diteruskan untuk mereka yang mempunyai tanggungan.

bajet 2023 bantu wanita

Warga emas

  • RM1 bilion untuk kebajikan warga emas.

Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

  • RM1.2 bilion bagi penjagaan pesakit kronik, elaun tidak upaya kerja dan elaun pekerja cacat.
  • RM10 juta bagi baucar perjalanan melalui perkhidmatan e-panggilan.

Inisiatif e-Pemula M40

  • Kredit e-dompet RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000.

Bantuan belia

  • Kredit e-dompet RM200 sekali bayar kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa (21 tahun ke atas).
  • Tanggungan mendapatkan lesen teksi, bas dan e-panggilan.
  • Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.
  • Pembiayaan modal dalam khidmat penghantaran menggunakan motosikal.
  • Pakej prabayar dengan langganan pelan data internet RM30 untuk tiga bulan.

Peruntukan bantuan awal persekolahan

  • Ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Rancangan makanan tambahan

  • Peruntukan RM777 juta untuk memastikan 800,000 murid mendapat kandungan khasiat harian.

Senggara dan baik pulih sekolah

  • RM1.1 bilion untuk menyelenggara dan membaik pulih sekolah.

Biasiswa dan pinjaman pendidikan

  • RM3.8 bilion untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.

Inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

  • RM6.7 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET melalui Majlis TVET Negara.

Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN

  • Khusus buat semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

Isu kesihatan mental

  • RM8 juta untuk memperkukuh Pusat Sokongan Sosial Setempat bagi menangani kesihatan mental.

bajet 2023 bantu wanita

Saringan kesihatan

Dana usahawan wanita dan belia

  • RM235 juta bagi dana pembiayaan usahawan wanita dan RM305 juta untuk peniaga belia.

Pengecualian cukai untuk wanita

  • Pengecualian cukai untuk wanita yang kembali bekerja atas pendapatan bagi taksiran 2023 hingga 2028.

Diharapkan bantuan dan inisiatif yang dirancang dalam Bajet 2023 ini yang sememangnya dilihat memainkan peranan penting kepada golongan wanita dapat berjalan dengan lancar. Sekaligus memastikan semua maysrakat dapat menikmatinya dengan sebaik mungkin untuk menaik taraf kehidupan.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

1 thought on “Terkini: Iktiraf Peranan Wanita, Dana RM235 Juta Bajet 2023 Bantu Wanita Jana Ekonomi Keluarga Sebagai Usahawanita”

  1. Pingback: Tips Sebelum Keluar Mengundi, 8 Info Penting Untuk "First Time" Jadi Pengundi

Leave a Reply

Scroll to Top