Padah Suka Tiru Meniru Tanpa Ada Ilmu, Dr Malar Tegur Wanita Islam Suka Pakai ‘Pottu dan Sindoor’ Takut Jatuh Hukum

Malaysia sangat terkenal dengan keunikan etnik, bangsa, budaya dan kepercayaan yang pelbagai dan boleh diamalkan bebas mengikut diri masing-masing. Sikap keterbukaan kita dalam hidup bermasyarakat majmuk ini memberikan setiap bangsa turut merasai perayaan bangsa lain yang diraikan. Masakan tidak, ketika sambutan Hari Raya, rumah terbuka dipenuhi dengan orang Cina dan India juga. Begitu juga dengan perayaan bangsa lain, kita memang tidak kekok dalam menyantuni amalan ziarah-menziarahi, dan berbuat baik sesama masyarakat. Namun yang demikian, setiap perbuatan itu haruslah berpaksikan juga kepada had dan sempadannya kerana mungkin perbuatan kita yang tidak disedari itu terkait dengan agama masing-masing. Ikuti perkongsian Dr Malar tegur secara “direct” pemakaian Pottu dan Sindoor.

Perlu tahu beza antara budaya dan hukum agama, Dr Malar tegur wanita Islam

dr malar tegur

Siapa yang tidak kenal dengan sosok wanita India yang juga seorang doktor viral iaitu Dr Malar. Baru-baru ini ketika masyarakat India sedang menyambut perayaan Deepavali, ada Dr Malar tegur wanita Islam yang berpakaian cantik seperti busana masyarakat India untuk ke majlis-majlis yang bertemakan bollywood. Tidak kiralah ia majlis pertunangan, perkahwinan, atau keraian sekalipun.

Dalam perkongsian itu, Dr Malar tegur mengenai pakaian tema bollywood dan akseseori yang dipakai oleh mereka.

“Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang wanita Islam yang mengenakan pakaian tema bollywood. Sebenarnya, terdapat dua komponen iaitu bangsa India dan komponen agama Hindu.

“Contohnya, kalau nak pakai Tikka (aksesori) yang cantik di bahagian dahi. Itu adalah budaya dan tiada masalah untuk mengenakannya,  termasuklah memakai sari, henna, subang, cincin dan rantai. Itu adalah budaya.

“Tapi saya tengok ada rakan agama Islam yang memakai pottu itu adalah agama Hindu. Kebiasaan wanita India yang telah berkahwin akan memakai pottu berwarna merah dan yang pakai warna hitam adalah wanita belum berkahwin,” jelas Dr Malar dalam tegurannya itu.

Sindoor atas kepala pun ada ertinya dalam agama Hindu

Selain itu, Dr Malar tegur juga tentang pemakaian sindoor yang dipakai atas kepala seseorang. Katanya, sindoor bukanlah melibatkan budaya tetapi ia adalah mengenai agama.

“Jadi, jaga-jaga bila pakai pottu semasa mengikut tema bollywood, takut jatuh hukum. Ambil budaya dan bangsa sahaja. Hati-hati dengan komponen agama hindu,” terang Dr Malar agar selepas ini masyarakat Islam khususnya wanita ambil tahu tentang perkara tersebut dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Apa maksud disebalik pemakain pottu bagi masyarakat India?

Seorang penulis buku dan penceramah, Ahmad Iqram Mohamad Noor mengulas mengenai hiasan di dahi masyarakat Hindu iaitu Tilak. Tilak adalah apa-apa simbolik yang disapu di dahi seseorang penganut Hindu.

Bagi penganut Hindu mereka percaya dan menyakini bahawa pemakaian tilak di dahi akan membantu untuk membuka titik chakra tersebut di dahi. Chakra yang dimaksudkan ini adalah 7 titik chakra seperti Chakra Ajna atau Chakra Mata Ketiga bagi mencapai “pencerahan” dan mendapat tahap spiritual tertinggi.

Bahkan setiap dewa yang penganut Hindu sembah juga memiliki perbezaan simbolik di dahi yang tersendiri.

Contohnya penyembah dewa Siva (Saivite), akan memakai Tilak di dahi berbentuk 2 atau 3 garis putih memanjang secara melintang. Penyembah dewa Vishnu (Vaishanava), akan memakai Tilak di dahi berbentuk “U” dan “V”.

Dalam masa yang sama juga penyembah Dewi (Shakta), akan memakai Tilak berbentuk dot merah di dahi. Masyarakat Hindu Bali pula mengenakan Tilak beras ditampal di dahi mereka.

Bindu atau Pottu yang berbentuk pes merah dan disapu dot di dahi atau kadang kala juga dalam bentuk permata atau manik merupakan simbol keagamaaan masyarakat Hindu sendiri.

Larangan menyerupai kaum dan agama lain

Dalam Al-Quran, Allah SWT ada berfirman mengenai ritual dan perbezaan agama yang ada serta menyuruh umat Islam menjaga aqidah mereka:

Maksudnya: “Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat) kamu.” – (Surah Al-Syura, ayat 15).

Kemudian, Baginda Rasulullah SAW turut memberi larangan kepada umat Islam agar tidak menyerupai golongan kafir khususnya dalam identiti agama dan kepercayaan mereka.

Daripada Ibnu Umar R. Anhuma bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:

Maksundya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalngan mereka.” – (Hadis Riwayat Abu Daud).


Artikel berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

1 thought on “Padah Suka Tiru Meniru Tanpa Ada Ilmu, Dr Malar Tegur Wanita Islam Suka Pakai ‘Pottu dan Sindoor’ Takut Jatuh Hukum”

  1. Pingback: Ustazah Kata Suami Dayus Biarkan Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki, Mufti Jawab Isu Ini

Leave a Reply

Scroll to Top