Berkorban Segalanya Si Isteri Jaga Suami Lumpuh Selama 5 Tahun Hingga Sembuh, Akhirnya Berpisah Jua Kerana…

Hanya satu impian bagi setiap pasangan yang mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga iaitu mahu bahagia hingga ke syurga. Liku-liku perkahwinan itu biasa. Setiap pasangan pastinya mempunyai cara yang berbeza untuk membina kebahagiaan tersendiri. Namun sebaik mana pun kita, diri ini hanya seorang manusia biasa yang mungkin tidak akan sesempurna di mata orang lain ketika  menjalankan tanggungjawab. Kisah pengorbanan seorang isteri jaga suami lumpuh selama 5 tahun ini dapat mengajar kita banyak sekali perkara khususnya mengenai makna kesetiaan dan keikhlasan dalam rumah tangga.

Viral suatu ketika dulu, kegigihan isteri jaga suami lumpuh undang simpati ramai

isteri jaga suami lumpuh

Beberapa tahun dulu, kita mungkin pernah dengar kisah Siti Rohaya, seorang isteri jaga suami lumpuh disebabkan oleh kemalangan jalan raya pada 2017 sehingga menyebabkan dia koma hampir enam bulan. Pada ketika itu, hampir semua orang berputus asa untuk melihat suaminya, Ridhwan kembali pulih seperti sediakala. Ditambah dengan jangkaan doktor yang mengatakan suaminya itu tidak akan mampu bertahan melebihi 6 bulan sahaja.

Kegigihan dan sikap tidak berputus asa wanita berusia 31 tahun yang menjaga suaminya ini telah menyebabkan dia pulih sepenuhnya sehingga mampu bercakap dan bergurau seperti sedia kala. Semua ini berkat atas kuasa Allah SWT juga yang memberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik.

isteri jaga suami lumpuh

Sejak dari kisah ini mula tular, ramai netizen sudah mulai mengikuti perkembangan rapat antara Ayu dan suaminya yang gemar juga dipanggil dengan gelaran Umy dan Abi. Siapa sangka Abi yang dulunya terlantar membisu sudah mampu untuk tersenyum kembali. Malah dia sudah boleh untuk melakukan aktiviti harian dan berkomunikasi seperti biasa walaupun sedikit terbatas.

Perkongsian video-videonya bersama suami di Tik Tok setakat ini sudah meraih lebih daripada 2.4 juta tontonan. Lantaran itu juga, Ayu sudah mampu untuk menguruskan bisnesnya sendiri seperti biasa. Apa-apa bantuan dari masyarakat yang dulu pernah disalurkan kepadanya untuk perubatan suami, dia “kembalikan semula” dengan banyak bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Kasih dan cinta yang diuji oleh keluarga mertua

Kebahagiaan yang dicipta saat susah dan senang itu rupanya mendatangkan rasa “berbeza” dari orang terdekat. Di saat sibuk mengharungi ujian kesihatan suami, keluarga belah suami juga dalam masa yang sama berusaha sehabis daya untuk memisahkan mereka berdua.

Keluarga mertuanya sehingga sanggup menggunakan khidmat makhamah untuk mendapatkan semula hak penjagaan anak mereka. Keputusan ini diambil atas satu “alasan peribadi” yang sukar dibicarakan.

“Selamat tinggal, abi,” cinta sejati yang putus di tengah jalan

isteri jaga suami lumpuh

Beberapa hari lalu menjadi titik nokhtah buat Ayu dan Ridhwan apabila cinta mereka akhirnya terlerai jua. Ini berdasarkan kapsyennya di Instagram @wanayu303,

“Buat kali terakhirku jalankan tugas sebagai seorang isteri buat dirimu. Esok berakhirlah sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, maafkan diriku sepanjang bergelar isterimu. Maafkan aku tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.

Segalanya salah diriku, muncul dalam hidupmu. Akanku undur diri demi kebaikkan semua, redha. Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluargamu. Lebih baik dari aku menjagamu. Halalkan segala-galanya. Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suamiku.”

isteri jaga suami lumpuh

Tidak berapa lama kemudian di Tik Toknya, juga dimuat naik status ini,

“Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah satu dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.

Dunia ini sedang berputar, ini ujianku. Belum lagi ujianmu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tidak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tidak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku. Lepas in fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tidak puas hati dan kecewa dengan Umy.”

isteri jaga suami lumpuh

Kali terakhir dilihat Ayu memimpin tangan suaminya di hadapan Makhamah Syariah yang mungkin pada ketika itu suaminya sendiri tidak mengerti apa-apa tentang keputusan yang dibuat ini.

Sungguh melepaskan sesuatu yang sangat disayangi itu sakit. Namun bila terpaksa melepaskan sesuatu yang disayangi dan merelakan ia pergi demi kebahagiannya itu lebih pedih. Kita doakan semoga Ayu mendapat ketenangan dan diberikan kekuatan untuk terus membesarkan anak-anaknya. Diharapkan ketabahan kisah si isteri jaga suami lumpuh ini dapat memberikan pengajaran kepada semua pasangan suami isteri di luar sana bahawa jodoh itu rahsia Allah, dan atas kuasa Nya juga ianya boleh bersatu atau terlerai.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart