Biarkan Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin Ustazah Kata Suami Dayus, Mufti Tampil Beri Penjelasan Hukum

Setiap tahun hospital, klinik, dan pusat kesihatan pastinya tidak lekang dikunjungi oleh wanita-wanita yang mahu bersalin. Maka timbullah juga isu doktor lelaki sambut kelahiran wanita yang mahu bersalin. Perkara ini bukanlah baru tetapi isu ini viral kembali apabila dengan berani seorang ustazah kata suami dayus apabila membenarkan doktor lelaki sambut kelahiran.

Setiap tahun ribuan wanita bersalin di Malaysia

ustazah suami dayus Mengikut statistik dari Laporan Perangkaan Penting Malaysia 2022, jumlah kelahiran pada 2021 adalah sebanyak 439,744. Faktor jumlah ini dipengaruhi oleh Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia iaitu 15 hingga 49 tahun dengan 1.7 bayi pada 2021. Bagi suku tahun kedua 2022 jumlah kelahiran terus meningkat sebanyak 0.2 peratus iaitu sekitar 110,858 kelahiran. Pecahan ini terbahagi kepada 56,801 kelahiran bayi lelaki dan 54,057 bayi perempuan. Negeri Selangor mencatat kelahiran paling ramai dengan 22,017 kelahiran, manakala Labuan paling rendah sebanyak 413 kelahiran sahaja.

Viral ustazah kata suami dayus biarkan doktor lelaki sambut kelahiran

ustazah suami dayus Video viral di Tik Tok @sunnah tidak berbohong yang disampaikan oleh Ustazah Siti Afifah Shabudin mendapat reaksi ramai khususnya para isteri dan wanita yang merasakan ceramah singkat ustazah tersebut agak melampau. Ustazah kata suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki sambut kelahiran sama juga seperti suami membenarkan suami melihat lelaki lain melihat kemaluan isteri saat melahirkan anak. Pada hakikat, aurat isteri di bawah itu adalah sulit dan menjadi rahsia bagi suami sahaja. Menurut perkongsian ustazah ini juga, suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isterinya ada tiada ehsan dan tidak membela nasib isterinya dan semua itu perlu dijawab di hadapan Allah kelak.
@sunnahtidakberbohong

#doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong

♬ bunyi asal - Siti Afifah Shahbudin - Siti Afifah Shahbudin

Tidak semua suami berkemampuan bayar hopsital swasta

Apa yang disampaikan oleh ustazah ini ada benarnya. Namun apabila dia seakan-akan menolak sepenuhnya keperluan doktor lelaki atas urusan kecemasan khususnya saat isteri sedang bertarung nyawa dan mereka tidak mempunyai banyak pilihan, ini yang menimbulkan percanggahan dari segi hukum Islam. Hakikat, pasti tiada seorang pun wanita dan isteri yang mahu alat kelamin mereka dilihat, atau disentuh oleh lelaki bukan muhrim. Dari segi kewangan pula, tidak semua para suami di luar sana berkemampuan untuk membayar kos rawatan di hospital swasta. Oleh kerana hospital swasta, mempunyai kos yang lebih mahal berbanding hopsital kerajaan, ia bukanlah pilihan pertama bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Mufti perjelas isu ustazah kata suami dayus

ustazah suami dayus Menjawab persoalan ramai mengenai ustazah kata “suami dayus” terma ini sepatutnya diperhalusi lagi. Hal ini telah dijawab oleh Mufti Wilayah dalam siri Al-Kafi pada tahun 2018. Soalan: Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sedangkan di hopsital yang sama masih terdapat doktor perempuan?Bagaimana aurat wanita dalam perubatan? Jawapan: Tidak dibenarkan di sisi hukum syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terhadap “hajah” (keperluan) dan “darurah”(keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawaran al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkam akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh syarak. Justeru hukumnya harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan beberapa syarat:
  • Jika perawat yang Muslim, maka tidak boleh digantikan.
  • Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang terpercaya.
  • Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
  • Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Status ini berdasarkan kepada hadis Jabir RA:
Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.” Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah suadara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” (Hadis Riwayat Muslim) ustazah suami dayus

Ulama berpendapat lelaki ajnabi dibenarkan melihat aurat wanita dalam keadaan darurat

Berkata Syeikh Mulla Ali Al-Qari Rahimahullah: Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, khitan.” Berkata Al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihat pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” – (Marqah Al-Mafatih, no: 3103) Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dalam keadaan darurat dan kecemasan ia dibolehkan untuk doktor lelaki merawat pesakit wanita atau sebaliknya dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Islam ini memudahkan dan kita sepatutnya tidak memberatkannya dengan sesuatu yang bakal mendatangkan kekeliruan kepada ramai orang.

Artikel Berkaitan

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top