Pentingnya Duduk Asing Dari Keluarga, Ada Rumah Sendiri 8 Panduan Beli Rumah Pertama Untuk Pengantin Baru

Ramai pengantin baru rancang untuk beli rumah pertama sebelum mendirikan rumah tangga. Mengapa? Ini adalah wajar kerana rumah kediaman sendiri merupakan salah satu impian setiap insan. Sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan rumah pertama bagi tempat tinggal isteri dan bakal anak-anak nanti. Sungguhpun menyewa dikatakan lebih “mesra duit poket” namun halnya yang demikian memiliki kediaman sendiri adalah lebih baik dan memberi kepuaaan yang tersendiri dalam hidup berkeluarga.

Kenapa pasangan baru kahwin nak duduk sendiri?

beli rumah pertama

Pasangan baru kahwin lebih gemar untuk duduk sendiri oleh kerana untuk mendidik diri lebih berdikari dan bebas dalam menguruskan kehidupan berkeluarga. Ini termasuklah dari segi aurat yang perlu dijaga khususnya ketika isteri sedang di dalam rumah sambil melakukan kerja harian mereka bebas untuk pakai apa sahaja, tidak perlu bertudung, atau pakai baju labuh.

Dalam masa yang sama, ini juga bagi mengelakkan salah faham berlaku antara pasangan dan mertua. Kadang kala perkara kecil pun boleh jadi besar bila mana kita duduk sekali dalam satu rumah. Oleh yang demikian, memiliki rumah sendiri adalah solusi bagi masalah ini.

Jangan gopoh! Baca dulu tips memiliki & beli rumah pertama menurut pakar

Panduan asal beli rumah pertama ini adalah dari perkongsiaan Dr. Azizul Azli Ahmad, seorang ikon Facebook berkaitan pelaburan hartanah dan pengurusan kewangan orang muda.

1. Faham kalkulator modal beli rumah

beli rumah pertama

Modal membeli rumah pertama adalah antara 15% – 16% dari harga rumah yang hendak dibeli. Dengan pengiraan:

(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian).

2. Check pinjaman bank yang beri keuntungan terbaik

Asasnya, 90% pinjaman untuk rumah pertama, tetapi sesetengah bank ada juga yang menawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

Untuk itu, kita mestilah rajin dan tidak malu bertanyakan kepada penjual rumah, agen rumah, atau pihak bank yang lebih arif soal hartanah ini untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

3. Lakukan pembelian secara bersama

beli rumah pertama

Deposit 10% boleh diambil dari KWSP kita. Dalam masa yang sama, kita sendiri boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu. Selain itu, kita juga boleh membeli rumah dengan menggabungkan pemilikan rumah secara bersama yang biasa dilakukan oleh pasangan bekerjaya.

Mereka mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP secara bersama. Melalui cara ini proses beli rumah pertama akan lebih mudah kerana bank mempunyai keyakinan yang tinggi berdasarkan sumber kewangan kita.

4. Siapkan penyata slip gaji, SOCSO & KWSP

Jangan lupa bawa “pay slip” ke mana-mana bank yang berdekatan untuk anda minta mereka hitung kelayakan gaji bagi persediaan beli rumah pertama. Dari situ kita boleh tahu sendiri berapa harga rumah yang layak atau mampu kita beli.

Sediakan penyata sekurang-kurangnya 1 tahun lengkap kerana kebiasaan pihak bank mahukan penyata 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kelayakan kita sendiri.

5. Pilih lokasi yang “meriah”

Lakukan kajian sendiri dengan melihat kepada potensi hartanah yang terbaik. Adalah lebih baik sekiranya ia mempunyai kemudahan atau fasiliti yang berguna seperti pengangkutan awam, sekolah, kedai makan, pejabat pos, bank, pusat beli-belah, dan sebagainya.

6. Lakukan tinjaun siang & malam

Jenguk-jenguk rumah dengan buat lawatan pada dua waktu berbeza iaitu sebelah pagi dan malam. Lihat kepada kepadatan orang di sana. Sekiranya keadaannya baik dan padat penduduk di kawasan tersebut, berkemungkinan besar rumah itu berpotensi untuk disewakan jika kita mahukan sedikit keuntungan.

7. Beli rumah ikut kemampuan bukan “keinginan”

beli rumah pertama

Cari gaji yang sesuai dengan margin gaji sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri. Elakkan beli rumah yang terlalu mahal. Ikut pengiraan yang terbaik adalah:

(Gaji Tahunan X 6.5 = Harga Rumah Kita)

Ambil tahu juga perkiraan perbelanjaan lain seperti barang dapur, nafkah isteri, duit untuk ibu bapa, dan persediaan perbelanjaan anak. Jangan sampai keghairahan kita untuk membeli rumah sehingga menyebabkan semua tanggungjawab ini terabai.

Dalam masa yang sama, lebih baik sekiranya kita tidak membuang masa untuk ke “show room” rumah yang kita yakin dan pasti tidak mampu untuk memilikinya. Apa yang penting dalam memiliki rumah pertama, ianya mesti realistik dan boleh dicapai.

8. Jangan mudah berpuas hati dengan satu rumah

Tidak mudah jatuh cinta dengan satu hartanah sahaja. Orang bijak akan lihat 100 hartanah, kemudian lawat 10 hartanah dan hanya beli 1 hartanah sahaja.

Di akhir pesanan, Dr. Azizul sempat menasihati anak muda di luar sana yang teringin untuk beli rumah pertama agar tidak berputus asa dan terus usaha mencapai kejayaan tersebut. Tanpa usaha yang gigih impian yang diangan-angankan itu hanyalah sekadar mimpi kosong yang tiada makna.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

1 Comment
  1. […] bulan dulu. Dan ketika itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada menghulurkan bantuan memberi rumah sewa yang dibiayainya setiap bulan serta mencari pengasuh untuk Nur […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart