Dr Amalina Bersalin Anak Sulung Tak Sampai 44 Hari Dah Keluar Rumah, Ini 8 Tips Berpantang Yang Diamalkannya

Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu memang sentiasa menjadi panduan oeh semua orang khususnya wanita. Bahkan boleh dikatakan rata-rata masyarakat dulu beranggapan berpantang itu wajib untuk jangka masa panjang bagi penjagaan kesihatan kaum wanita yang merangkumi aspek pemakanan dan minuman, berpakaian. Hal ini kerana, semasa bersalin wanita akan kehilangan banyak darah. Berehat sambil mematuhi amalan tertentu dalam berpantang itulah yang disarankan. Umumnya, tempoh berpantang yang biasa adalah sekitar 40 hingga 55 hari bagi masyarakat Melayu, dan 30 hari bagi wanita Cina dan India. Baru-baru ini influencer terkenal, Dr Amalina bersalin anak sulungnya, Arabella Mia telah mengundang perhatian ramai apabila dia memuat naik foto sedang berjalan-jalan sambil menolak stroller walaupun ketika itu belum masuk 44 hari lagi.
Dr Amalina bersalin tapi tak berpantang, netizen pula sibuk
Baru 4 hari Dr Amalina bersalin puteri sulungnya, Arabella Mia dia sudah kelihatan keluar bersiar-siar bersama anak dan suami. Foto itu dimuat naik sendiri olehnya di laman akuan Instagram @dramalinabakri. Hanya berniat untuk mengukirkan memori selepas bergelar seorang ibu, tidak menyangka ruangan komennya diserang pula dengan netizen yang berasa bimbang akan penjagaan dirinya selepas bersalin.
Bertebaran kritikan atas tindakan Dr Amalina bersalin tetapi tidak berpantang dengan cara yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita Melayu lain. Bahkan ramai yang menyifatkan ianya di luar norma adat dan tradisi masyarakat Melayu.
Antara komen yang paling ditulis adalah seperti, “Empat hari? Kita 44 hari masih tak keluar rumah lagi, hanya pergi ke klinik saja. Kalau tak ikut pantang, nanti orang tua bising.”
8 tips berpantang cara Dr Amalina
Tidak melatah sama sekali dengan segala komen dan kecaman yang diterima, Dr Amalina akhirnya tampil dan berkongsi cara penjagaan dirinya selepas bersalin. Menerusi perkongsian di Instagram juga, Dr Amalina menjelaskan dengan lebih terperinci tentang cara dia mengamalkan penjagaan selepas bersalin yang telah pun disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman sebagai seorang doktor sendiri.
“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan. Saya aka berkongsi amalan saya sendiri yang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” ujarnya.
Antara tips berpantang yang telah diamalkan oleh Dr Amalina adalah seperti yang berikut:
1. Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan garam, gula, dan minyak. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu berpantang telur atau ayam jika tiada alahan.
2. Minum air kosong
Minum air kosong sekitar 2-3 liter sehari. Kurangkan minum air manis seperti air boba atau milo.
3. Mulakan senaman ringan
Sekiranya kita bersalin secara normal tanpa komplikasi, kita boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja kita rasakan sudah bersedia. Ini termasuklah berjalan kaki untuk mengelakkan darah beku, kegel (otot lantai pelvis) dan senaman perut.
Kita digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) kita bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selapas melakukan aktiviti, kita mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan.
Oleh yang demikian, kurangkan aktiviti dan pastikan kita mendapat banyak rehat. Pemakaian compression ted stocking juga digalakkan untuk elak darah beku.
4. Jaga bahagian perineum
Basuh dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad setiap 3-4 jam. Jika bersalin melalui c-section, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari.
Pakai juga pakaian yang longgar dan seluar dalam jenis cotton dan ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak sembelit.
5. Buat senaman kegel
Senaman kegel sangat bagus bagi wanita kerana dapat menguatkan otot pelvis kita.
6. Elakkan hubungan seks
Hubungan seks mestilah dihentikan sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
7. Jangan stress selalu happy
Pastikan kita mendapat kesihatan mental yang baik, jangan stress dan nikmati pengalaman kita sebagai seorang ibu. Dapatkan juga sokongan daripada suami dan keluarga.
Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup dan bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin.
8. Tingkatkan intensiti aktiviti harian
Tingkatkan intensiti bagi aktiviti seharian secara beransur-ansur atau sedikit demi sedikit. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi kita selama 6 minggu.
Itulah sedikit sebanyak tips yang dikongsikan selepas Dr Amalina bersalin dan caranya berpantang mengikut pemantauan doktor pakar dan keilmuan dirinya sendiri yang seorang arif dalam bidang perubatan.
Apa pun, semua ini terpulang kepada para ibu di luar sana untuk memilih cara yang mana. Cara moden atau tradisional, kedua-duanya boleh diamalkan jika ia diyakini berkesan dan baik untuk diri kita.
Artikel Berkaitan:
- Betul Ke Larangan Mandi Malam Hanya Mitos?
- Awas! Jangan Abaikan Simbol Yang Ada Pada Produk Kecantikan
[…] yang mahu bersalin. Maka timbullah juga isu doktor lelaki sambut kelahiran wanita yang mahu bersalin. Perkara ini bukanlah baru tetapi isu ini viral kembali apabila dengan berani seorang ustazah kata […]