Posted on: October 24, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.

Memperbaiki kesilapan adalah kunci hidup rumah tangga yang bahagia.

Sesungguhnya dalam melayari bahatera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.

Kehidupan suami isteri akan sentiasa diduga. Bagaimana kita menghadapi dugaan itu, terpulang pada kita sendiri samada menganggapnya dan memandangnya dari sudut positif mahupun negatif.

Fasa berumahtangga terutamanya 5 tahun awal perkahwinan adalah saat yang dianggap mencabar. Disinilah, kekuatan dan kesetiaan kita diuji.

Bila sentuh isu bahagia, pasti ramai yang akan faham kebahagiaan bukan sahaja terletak pada hubungan batin semata-mata tetapi nafkah zahir juga menjadi faktor utama seprti contoh dari segi kewangan suami isteri.

Percayakah, rezeki akan berganda jika si suami rajin bersedekah kepada isterinya?

Rezeki Suami Bertambah
Bila Ringan Tulang,
Tak Lokek Belanja Isteri,
Itulah Sebaik-baik Sedekah

Sepanjang masa, isterilah yang akan berada di samping suaminya. Jadi nak tahu pemurah atau tak suami, isterilah yang paling dekat dan boleh jawab. Salah satu cara nak bagi suami murah rezeki adalah dengan memberi sedekah pada isteri sendiri.

Sedekah bukan saja wang ringgit. Sedekah masa, sedekah tenaga itupun dikira sedekah. Suami yang pemurah, takkan pernah berkira kalau kena basuh baju sendiri, isteri dan anak- anaknya.

Sesekali turun ke dapur siapkan sarapan pagi untuk anak isteri. Mungkin, suami kita tak kaya dari segi duit. Tapi hati isteri akan jadi tersangatlah tenang bila suami kita kaya budi bahasa.

Suami yang kaya, adalah suami yang sentiasa berusaha menggembirakan orang disekelilingnya. Biarlah dia letih sedikit. Dia tetap bahagia tengok orang lain bahagia.



Cara Buat Suami Murah Hati Bersedekah Pada Isteri


Isteri sendiri kenalah pemurah. Bukan saja pemurah dari segi wang ringgit. Tapi pemurahlah melayan dengan baik ibu bapa suami malah adik-beradik suami.
Hubungan baik itu akan buatkan suami jadi tenang. Mudah saja nanti nak minta suami hulurkan sedekah kepada kita. Percayalah! Suami memang takkan teragak-agak jika kita ikhlas sayangkan orang-orang yang pernah membesar dan berjasa dengannya.

Adatlah hidup berumah tangga ada masa tenang macam air tasik. Ada masa bergelora macam Laut China Selatan. Tengah marah sekalipun, jangan sampai keluar ayat-ayat yang menyakitkan.

Biarlah cuma ayat-ayat cinta pedas menusuk ke kalbu isteri berikan pada suami. Isteri yang bijak adalah isteri yang pandai bermain dengan bahasa. Kalau marah pun, marahlah dalam gurauan. Hati pun tak sakit, tapi pedasnya terasa.

Mengalahlah untuk satu-satu perkara yang memberi manfaat pada suami mahupun isteri. Kadangkala terlalu ego dan menegakkan benang yang basah pun ada tak eloknya. Mungkin di mata kasar, isteri kalah. Tapi hikmahnya, isteri telah menang besar.


Leave a Comment