15 Idea Hantaran Kahwin Untuk Perempuan (2023) Yang Eksklusif Tetapi Buat Hati Cair

Susah ke pilih barang hantaran kahwin untuk perempuan ni? Sebenarnya tidaklah susah mana pun. Cumanya mungkin disebabkan terlalu banyak idea yang difikirkan sesuai, kita jadi sukar untuk memilih mana satu yang terbaik.

Tetapi jangan risau, artikel pada kali ini kami akan senaraikan 15 idea hantaran kahwin untuk perempuan yang memang sesuai untuk diberikan kepada mereka.

Contoh barang hantaran kahwin untuk perempuan

Bosan dengan idea hantaran kahwin untuk perempuan yang biasa. Hadiah sejadah, telekung, dan persalinan kain songket sudah terlalu biasa kita lihat di setiap dulang-dulang hantaran. Apa kata anda cuba contoh barang hantaran kahwin untuk perempuan yang kami cadangkan seperti yang berikut.

1. Set wangian

hantaran kahwin untuk perempuan

Kaum perempuan dan minyak wangi tentunya tidak boleh dipisahkan lagi. Bawa mereka ke mana-mana butik menjual minyak wangi pasti mereka akan jadi rambang mata.

Tetapi sebelum itu, kita perlu tahu ada lima jenis kategori minyak wangi untuk dipilih. Antaranya ialah:

  • Parfum – mengandungi kepekatan minyak wangi antara 20% sehingga 30%.
  • Eu de Parfum (EDP) – mempunyai kepekatan minyak wangi sebanyak 10% sehingga 20%.
  • Eu de Toilette (EDT) – mempunyai kepekatan minyak wangi antara 4% sehingga 15%.
  • Eu de Cologne (EDC) – mempunyai 2% sehingga 5% kepekatan minyak wangi.
  • Eau de Fraiche (EDF) – mempunyai kepekatan minyak wangi yang terendah iaitu 1% sehingga 3%.

Pastikan sebelum beli, buat dulu uji cuba minyak wangi tersebut untuk mengenal pasti kesesuainnya dengan pasangan.

2. Barang kemas

hantaran kahwin untuk perempuan

Rata-rata hampir kesemua wanita sukakan barang kemas. Emas adalah perhiasan yang menjadi tarikan dan membuat orang terpesona apabila melihatnya atau memakainya.

Justeru itu, memilih barang kemas sebagai hantaran kahwin untuk perempuan memang idea yang menarik.

3. Beg tangan

hantaran kahwin untuk perempuan

Beg tangan atau handbag juga antara barang yang kaum perempuan suka. Bukan sahaja menjadi kegemaran wanita yang bekerjaya dan bahkan budak-budak sekolah pun sudah mula pakai beg tangan apabila keluar dengan kawan-kawan.

Ada beg tangan, mudahkan mereka isikan barang-barang keperluan peribadi bila keluar nanti seperti purse, alat make up, handphone, dan sebagainya.

4. Kasut

hantaran kahwin untuk perempuan

Tidak kira lelaki mahupun perempuan, kasut menjadi idea hantaran kahwin yang memang penting. Hal ini kerana, sungguhpun hantaran ibaratnya seperti hadiah tetapi pasti setiap barang hantaran yang kita berikan kita mahu ia berguna untuk sehari-hari.

Misalnya seperti kasut ini, ia digunakan setiap hari untuk bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.

5. Alat solek

hantaran kahwin untuk perempuan

Make up menjadi sebahagian daripada bercambahnya keyakinan diri kepada kaum wanita. Sama ada yang gemarkan soft make up, full make up, atau sebagainya, masing-masing memerlukan barangan alat solek ini untuk menambah keanggunan pada diri.

6. Set mandian

hantaran kahwin untuk perempuan

Pernah atau tidak anda terfikir mengapa perempuan ambil masa yang agak lama berbanding lelaki bila mandi. Mungkin kita tidak perasan, tetapi sebenarnya perempuan selalu dikaitkan dengan mandi lama kerana mereka suka membelek muka, rambut, dan badan dulu.

Justeru itu, penggunaan set mandian memberi keceriaan kepada mereka kerana ia mengandungi pakej penjagaan yang lengkap dari kepala sehingga ke hujung kaki.

7. Mas kahwin

Mas kahwin merupakan suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Trend pada hari ini, kaum lelaki biasanya suka untuk meletakkan replika cek mas kahwin atau sebagainya di dulang hantaran.

Mas kahwin boleh juga digubah menjadi suatu bentuk yang sangat menarik untuk diletakkan di atas dulang hantaran.

8. Alatan memasak

Pikat suami dari perutnya dahulu. Jadi memang pentinglah untuk isteri rajin memasak. Sedap ke tidak sedap itu tidak penting.

Yang penting, usaha kena ada supaya setiap hari kita boleh perbaiki cara masakan dengan lebih baik.

9. Tiket penerbangan berbulan madu

Tiket penerbangan berbulan madu menjadi salah satu dari idea hantaran eksklusif untuk kaum perempuan.

Kejutan buat mereka bila, kita berikan hadiah yang istimewa seperti itu pasti membuatkan mereka tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

10. Telekung

Gubah telekung menjadi barang hantaran kahwin untuk perempuan memang cukup popular dari dulu sehingga sekarang. Apatah lagi, hari ini banyak jenama telekung yang didatangkan bersama set atau beg khas untuk mudah dibawa telekung itu ke mana-mana.

11. Naskah Al-Quran

Al-Quran adalah idea hantaran kahwin untuk perempuan yang sudah menjadi kelaziman ramai orang. Al-Quran menjadi panduan bagi membentuk sebuah keluarga yang dicorakkan di atas jalan agama yang benar.

12. Coklat

Antara coklat dan bunga, kedua-duanya memainkan peranan yang penting bagi diri seorang wanita. Bezanya, bunga kita tidak boleh makan tetapi coklat boleh dimakan dan mendatangkan kegembiraan serta kekenyangan kepada mereka.

13. Jam tangan

Jam tangan sesuai untuk dijadikan idea hantaran kahwin untuk perempuan dan lelaki kerana ia mempunyai pilihan design yang menarik.

14. Dulang tepak sirih junjung

Sirih junjung menjadi adat budaya Melayu yang masih diamalkan sehingga kini. Tanpa sirih junjung, maka tidak sempurnalah satu dulang hantaran itu kerana adat ini sudah diamalkan sejak turun temurun lagi.

15. Dulang bunga rampai

Bunga rampai adalah hasil adunan beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang dihiris halus dan digaul dengan minyak wangi.

Biasanya digunakan ketika majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin. Bunga rampai yang digubah dan diletakkan di atas dulang hantaran memang sangat unik selain menghadirkan aroma harum dan segar.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai idea hantaran kahwin untuk perempuan ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan informasi yang berguna khususnya kepada bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart