Masam Manis Sedap! Resepi Colek Limau Viral Di Tik Tok Buat Kecur Air Liur, Buat Sendiri Guna 3 Bahan Je

Bukak sahaja TikTok sekarang ini memang tengah musim video mukbang colek limau viral. Bila tengok orang makan sambil berkerut-kerut dahi tahan rasa masam buatkan kita rasa kecur pula air liur. Rasa masam, manis, masin, memang cukup kesemuanya dalam satu sajian.

Memang buat terliur! Apa kata anda cuba hasilkan dari air tangan anda sendiri. Jom kita buat colek limau viral pada artikel kali ini.

Apa itu colek?

Sebut sahaja pasal colek pastinya ia tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Kelantan. Colek menjadi makanan ringan yang dimakan bersama-sama ahli keluarga dan teman-teman pada waktu malam, seawal selepas solat isyak hinggalah larut malam.

Selain colek limau viral yang selalu kita tengok di TikTok, ada banyak lagi jenis colek yang ada. Antaranya seperti colek buah, colek ayam, colek kerang, colek malas, colek perut, colek campur, dan lain-lain lagi.

Cara hidangannya pun berbeza-beza mengikut jenis. Ada yang dimasak dengan celur, dibakar, digoreng celup tepung, atau dimakan mentah seperti colek limau viral ini.

Resepi colek limau viral homemade

colek limau viral

Resepi colek limau viral pada kali ini adalah menerusi perkongsian dari Puan Aisyah Zulailah di laman Facebook. Mungkin ramai tidak tahu, cabaran utama untuk buat colek limau, adalah bila hendak mengupas limau kasturi tersebut.

Disebabkan limau memang berair, jadi kita perlu lebih berhati-hati semasa mengupas kulit luarnya. Takut-takut baru sebiji limau yang dikupas, airnya sudah sebaldi yang keluar.

Untuk resepi ini, limau kasturi menjadi pilihan kerana tekstur dan saiznya yang sangat sesuai untuk dimakan mentah. Mula-mula ambil beberapa biji limau kasturi, lalu dibersihkan dan dikupas atau diasingkan kulit luar yang keras dari isinya.

Apabila siap, asingkan ke tepi. Seterusnya, kita akan buat bahan cicah atau gulanya pula.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar udang kering
  • 5 – 6 biji cili kering yang sudah dibuang bijinya (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Setengah cawan gula

colek limau viral

Cara-cara membuat:

  1. Sangai udang kering dan cili kering sehingga garing.
  2. Kemudian, tumbukkan ia dengan sedikit garam dan Ajinomoto. Selain tumbuk dengan lesung, kita pun boleh kisarkannya dengan mesin pengisar untuk lebih mudah.
  3. Apabila sudah halus, gaulkan sahaja dengan gula dalam setengah cawan.
  4. Colek limau siap untuk dihidangkan!

Diharapkan semoga resepi colek limau viral ini dapat memberikan anda panduan penyediaan yang betul untuk dicuba bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top