Antara songket dan lace, mana satu pilihan hati?

Setiap pengantin pasti menginginkan busana perkahwinan yang tidak akan lapuk dek zaman dan tetap segar walau sudah bertahun-tahun lamanya. Jadi, pastinya pemilihan busana memainkan faktor terpenting.

Antara pakaian pengantin yang menjadi pilihan adalah sudah tentu dari fabrik lace mahupun songket. Kedua-duanya sama cantik sama padan dan berpadanan dari zaman berzaman. Cuma, reka bentuk pakain sahaja yang berubah mengikut peredaran zaman.

Jika anda masih samar dalam membuat pemilihan sama ada songket atau lace, kami disini akan terangkan tentang pro kons kedua-dua jenis fabrik ini. Jadi, mudahlah anda membuat bayangan dan pilihan.

Jangan risau, kedua-duanya cantik dan sesuai untuk semua bentuk fizikal pengantin.

Songket

Fabrik songket sememangnya menjadi trend turun temurun. Namun, pada masa kini, corak songket dilihat telah melalui fasa transformasi dimana menerapkan rekebentuk yang lebih moden. Berbeza berbanding dahulu, dimana songket hanya berkisar pada reka corak bunga tabur mahupun tampuk manggis.

Namun kini, songket melalui era baru dimana kebanyakkannya menerapkan reka corak geometri yang digabung bunga-bungaan. Ditambah pula, songket pada masa kini mempunyai pelbagai warna unik seperti hijau emerald, biru berlian, ungu lavender, oren jingga, merah jambu terang dan sebagainya.

Fabrik panas?

Ada yang menganggap pengantin menggunakan songket pasti akan merasa panas dan bahang kerana diketahui songket diperbuat dari kain tenunan yang tebal.

Sesetengah juga menganggap, songket akan membuatkan mood pengantin jadi kacau kerana ianya menyebabkan rasa rimas dan gatal.

Namun, anda tidak perlu risau kerana songket pada masa kini dipernuat dari fabrik yang lembut dan tidak tebal. Tidak ada masalah jika pengantin menggayakannya walaupun terpaksa berpanas terik semasa majlis.

Pemakaian songket agak ringkas tanpa perlu digayakan dengan veil panjang berjela. Ini membuatkan si pengantin mudah untuk bergerak kemana sahaja tanpa perlu duekori oleh bridesmaid yang terpaksa memegang veil panjang anda.

Walaupun ringkas, pemilihan busana songket seharusnya dipadankan dengan aksesori yang sarat seperti dokoh, pending, tali pinggang, gelang dan lain-lain. Barulah lengkap sepersalinan songket penuh.

Lace

Fabrik lace juga antara fabrik pilihan yang selalu digunakan dalam majlis perkahwinan. Pelbagai jenis lace yang ada antaranya french lace, Alencon lace, nit lace, organza lace, chantilly lace dan pelbagai lagi.

Lace menjadi pilihan kerana material yang agak ringan dan tidak akan membuatkan si pengantin berasa rimas menggayakannya dalam tempoh masa yang panjang.

Namun, kebiasaannya pilihan material ini memerlukan bidang dan panjang kain yang banyak kerana ianya hanya sesuai untuk potongan beralaun dan berombak. Yelah, kain lembut jika dipotong beralun akan lebih cantik, bukan?

Kebiasaanya memerlukan jumlah melebihi 8 meter dan pasti harganya juga buat anda terbeliak biji mata.

Baju lace ini perlulah dipadankan dengan veil yang panjang namun kelebihannya, anda tidak perlu mengenakan aksesori yang sarat berbanding songket.

Jadi sama ada songket atau lace, anda buatlah pilihan yang tepat ikut bajet dan keselesaan sendiri.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart