Terbongkar Rahsia Unik Kecantikan Sarimah Ibrahim, Kekal Awet Muda Walau Sudah Cecah 40-an

Bagi seorang wanita, apa yang paling digeruni adalah bertambahnya usia. Tanyalah mana-mana wanita sekalipun, pastinya mereka mahukan penampilan diri yang kemas dan sedap mata memandang walaupun dimamah usia. Namun memiliki tubuh yang cergas dan langsing serta wajah yang awet muda adalah keinginan semua wanita. Antara topik selebriti yang menjadi bualan ramai hari ini adalah mengenai kecantikan Sarimah Ibrahim.

Penampilan “vass” Sarimah Ibrahim tambat hati netizen dengan kecantikan

kecantikan sarimah ibrahim

Pemilik suara asli lagu kini kau tiada, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim atau lebih popular dengan nama Sarimah Ibrahim baru-baru ini telah membuat kemunculan semula di sebuah program rancangan realiti terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9 2022). Apa yang membuat ramai tetamu dan penonton terpegun dan teruja adalah kecantikan Sarimah Ibrahim yang bagaikan anak dara dan tidak dimamah usia sedikit pun.

@astrogempak

Gempaklive: Jangan lupa tgk Sarimah Ibrahim kat Vass Vaganza lepas show GV9 nnt! #GegarVaganza #GV9 #GegarVaganza9 #bintangkembalimenyengat

♬ original sound – Gempak – Gempak

Malah pujian demi pujian tidak berhenti begitu sahaja. Bahkan ada yang memuji akan penampilan Sarimah yang anggun dan kecantikannya yang kekal awet muda walaupun sudah menginjak di usia 42 tahun.

“Seriously Sarimah Ibrahim dah 40-an. She is a real vampire!” – Fatin

Apakah rahsia kecantikan Sarimah Ibrahim?

Menerusi perkongsian Sarimah di Twitter baru-baru ini mengenai persoalan yang sering ditanya tentang rahsia awet mudanya. Katanya, dia mengamalkan minum air kosong 2 litre setiap hari, dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.

Selain itu, dia juga sangat komited dengan senaman kardio selama 40 minit untuk memastikan fizikal yang sentiasa cergas. Kualiti tidur juga memainkan peranan yang penting bila mana dia sentiasa memastikan dapat tujuh jam tidur setiap hari. Di samping itu, dia juga ada rahsia mengamalkan teknik pernafasan secara dalam perut untuk menguatkan otot-otot diafragma.

Dari segi pemakaian alat solek pula, Sarimah tidak akan memakai foundataion setiap hari. Sebalikmya akan memastikan wajah sentiasa bersih dan rajin mencucui muka setiap malam sebelum tidur. Pemakaian produk yang mempunyai SPF50 diutamakan bagi memberikan perlindungan maksimum pada kulit wajah dari pancaran sinar matahari.

Manfaat dari rutin kecantikan Sarimah Ibrahim

Setiap amalan penjagaan diri yang dilakukan oleh Sarimah Ibrahim sebenarnya mempunyai kelebihan yang cukup besar dalam diri kita khususnya kaum wanita.

1. Minum air 2 litre setiap hari

kecantikan sarimah ibrahim

Air sangat penting dalam tubuh badan manusia. Hal ini kerana, air merupakan bahan utama dalam badan untuk mengekalkan kelembapan kepada tulang, tisu, otot, dan organ. Kandungan air 60% dalam tubuh orang dewasa adalah kadar yang optimum untuk memastikan penyerapan dan perkumuhan bahan tepat pada masanya. Manfaat minum air yang cukup:

  • Bekalkan tenaga sepanjang hari
  • Berat badan mudah turun
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Memperbaiki sistem pencernaan
  • Meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan
  • Menstabilkan suhu badan
  • Mengelakan dari dehidrasi

2. Tidur yang mencukupi 7 jam

Banyak orang sering memandang remeh soal tidur. Gaya hidup yang sibuk dan tidak menentu akan menyebabkan seseorang gagal mendapatkan tidur yang berkualiti. Manfaat tidur yang cukup:

  • Meningkatkan produktiviti
  • Minda lebih fokus
  • Lebih bertenaga
  • Mood sentiasa baik

3. Kurangkan pakai make up, rajin cuci muka waktu malam

Wanita dan make up berpisah tiada. Namun tanpa kita sedar amalan kurang pakai make up sebenarnya memberikan kebaikan yang banyak antaranya:

  • Kulit bebas bernafas
  • Pori-pori semakin samar
  • Kulit kelihatan lebih sihat dan bersih
  • Hindari kekeringan kulit
  • Kecantikan asli sebenar

4. Sentiasa letak sunscreen

sunscreen

Keluar rumah tanpa memakai sunscreen ibaratanya seperti kita dengan sengaja mendedahkan wajah dalam bahaya untuk jangka masa panjang. Tidak kira apa jua jenis kulit kita, sunscreen amat membantu melindungi dari sinaran UVA/UVB dan beberapa manfaat lain:

  • Mengelakkan keradangan kulit
  • Mengurangkan risiko kansar kulit
  • Mencegah tona warna kulit tidak sekata
  • Mencegah sunburn

5. Senaman kardio

Senaman kardio cukup popular sebagai senaman pembakar lemak yang pantas. Antara kebaikannya ialah:

  • Membantu metabolisma menjadi lebih baik
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menangani kencing manis
  • Mempercepatkan pemulihan badan
  • Meransang hormon

kecantikan sarimah ibrahim

6. Buat pernafasan dari perut

Pernafasan dari perut adalah teknik pernafasan yang melbatkan diafragma, mulut, hidung, dan paru-paru Bunyi macam pelik tetapi menurut kajian pernafasan dari perut memang banyak kebaikannya seperti:

  • Melambatkan degupan jantung
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu lebih rileks
  • Membantu tangani stress
  • Menurunkan risiko keletihan otot dan cedera otot

Kecantkan itu mahal dan sukar didapatkan, namun untuk kekal cantik tidak perlu mahal jika kita mengamalkan kesihatan luar dan dalam yang baik sejak muda lagi.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart