10 Jenama telekung popular di Malaysia sesuai untuk buat hantaran

Telekung perkara penting dalam kehidupan seorang Muslimah, apatah lagi ia pakai untuk menyembah Allah.Pemilihan telekung amat dititik beratkan dari pelbagai faktor, termasuk jenis fabrik berkualiti tinggi, jahitan kemas, corak dan rekaan menarik serta potongan bentuk muka sesuai.


Elemen ini sekali gus memberi keselesaan bagi si pemakai.


Selain daripada itu, perincian rekaan seperti renda dan corak bunga juga sering menjadi pilihan Muslimah moden.

1. Telekung Al-Kauthar


Telekung Al-Kauthar salah satu nama yang tidak asing lagi bagi Muslimah moden yang mahukan telekung yang tampak eksklusif dan elegan.


Al-Kauthar sudah memiliki lebih daripada 20 cawangan di seluruh Malaysia dengan menawarkan telekung yang berkualiti tinggi dari segi jahitan dan kualiti.


Al-Kauthar merangkumi pelbagai koleksi menarik mengikut pilihan dan citarasa Muslimah, membuat si pemakai terpikat pada jenama ini.


Anda boleh lihat dengan lebih terperinci di Telekung Al-Kauthar.

2. Telekung Siti Khadijah


“Lambang Cinta Abadi”.


Jenama ini sudah pasti anda selalu dengar di corong radio dan juga di papan tanda dan iklan di sepanjang jalan.


Telekung Siti Khadijah memiliki keistimewaan dari segi fabrik yang berkualiti, rekaan dan bentuk muka yang selesa, serta pemilihan sulaman dan warna yang menarik sebagai pilihan para wanita.


Ia juga menawarkan set telekung ibu dan anak yang sudah pasti akan menarik minat si kecil anda.
Layari Sitikhadijah.com untuk lihat dengan lebih lanjut.


3. Telekung Zara Awliya

Telekung Zara Awliya menawarkan telekung yang diperbuat daripada fabrik kapas dan sutera premium Jepun bagi menjamin keselesaan pengguna.


Menepati konsep mesra pengguna, Zara Awliya juga menyediakan pelbagai kelengkapan umrah dan haji.
Oleh itu, Telekung Zara Awliya semestinya mudah dibawa bersama ke mana sahaja, dengan set telekung dan beg “travel” sama warna yang menarik.


Dengan harga yang berpatutan serta koleksi yang menarik, Telekung Zara Awliya sudah pasti menjadi pilihan Muslimah.


4. Telekung Kareful

Telekung Kareful mempunyai pelbagai reka bentuk dan warna yang anda boleh pilih.
Telekung keluaran jenama ini diperbuat dari fabrik kapas dan dihalusi dengan hiasan serta corak bunga-bunga yang cantik.


Ia juga disertakan sekali dengan beg comel yang sepadan dengan Telekung Kareful yang pasti digemari wanita-wanita muda.


Dengan beg ini juga, sudah pasti akan memudahkan urusan anda di luar.

5. Telekung Azalea


Bagi wanita yang meminati fabrik kapas berat serta telekung yang padat dengan sulaman yang indah, Telekung Azalea pasti menjadi pilihan.


Disertakan bersama beg kecil yang sepadan, ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Ia juga sesuai untuk dijadikan hantaran atau hadiah kepada yang tersayang.

6. Telekung TEA

Telekung Era Alem atau lebih dikenali sebagai TEA, menjanjikan keselesaan daripada rekaan yang menarik serta warna yang cantik.


Ia merupakan telekung dengan gabungan rekaan tradisional dan moden yang dihasilkan dengan jahitan kualiti tinggi.


Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun kegunaan anda seharian.

7. Telekung An-Najwa


Telekung An-Najwa menawarkan pelbagai pilihan dan juga rekaan merangkumi variasi warna dan fabrik yang bermutu tinggi.


Rekaan yang ringkas, dengan sulaman bunga yang indah pasti menarik minat anda.
Selain itu, Telekung An-Najwa juga menghasilkan telekung untuk si cilik, yang sepadan dengan ibu.

8. Telekung Aleena

Telekung Aleena menghasilkan telekung yang selesa menggunakan fabrik kapas dan campuran polyester.
Bukan sahaja Aleena menghasilkan rekaan menarik dengan teknik sulaman yang cantik, malah ia juga mempunyai pelbagai warna.


Telekung Aleena didatangkan dalam “free size” bagi kemudahan dan keselesaan pengguna, tidak kira sama ada remaja atau dewasa.


Klik Telekung Aleena untuk melihat lebih banyak pilihan rekaan dan warna.


9. Telekung Hawa Muslimah

Telekung Hawa Muslimah menjanjikan keselesaan maksimum kepada pengguna dengan menawarkan rekaan serta bentuk muka dengan pelbagai saiz.


Didatangkan dengan sulaman indah serta poket di bahagian kain, pasti anda akan rambang mata dengan koleksi telekung keluaran Hawa Muslimah ini.


10. Telekung Zaahara

Telekung Zaahara terkenal dengan banyak reka bentuk telekung dan keselesaan untuk si pemakainya.


Telekung Zaahara mempunyai pelbagai reka bentuk, warna, keselesaan yang dapat memenuhi semua jenis pelanggan, malah ia juga menawarkan harga berpatutan bagi mereka yang mahukan sentuhan mewah, tetapi dengan harga mampu milik.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart