10 Idea Hantaran Kahwin Untuk Lelaki (2023) Yang Eksklusif Tetapi Under Bajet

Masyarakat Melayu di Malaysia sangat berpegang teguh kepada adat resam dan budaya khususnya apabila melibatkan pertunangan dan perkahwinan. Bahkan kadang kala bukan sahaja adat dalam bangsa sendiri tetapi mereka turut melibatkan adat negeri, dan etnik masing-masing. Dalam hal ini ia termasuklah juga tentang hantaran kahwin untuk lelaki dan hantaran kahwin untuk perempuan. Apakah idea terkini yang bersesuaian dengan bajet anda untuk hantaran itu nanti. Artikel pada kali ini mungkin akan memberi jawapan kepada semua persoalan yang bermain di fikiran anda.

Berapa bajet yang diperlukan untuk hantaran?

Secara umumnya, soal wang atau bajet ini tidaklah mempunyai apa-apa ketetapan langsung. Sekadar apabila kedua-dua belah pihak bersetuju dengan jumlah bajet tersebut maka ia dianggap sebagai kata putus.

Dalam merancang kewangan atau kos melibatkan hantaran kahwin untuk lelaki atau sebaliknya ia mestilah melibatkan tiga perkata utama yang sangat penting, merangkumi:

  • Bajet untuk dulang hantaran
  • Bajet untuk gubahan dulang dan upah bagi penggubah dulang
  • Bajet untuk barang hantaran yang akan diletakkan di atas dulang

Dari segi dulang hantaran, bilangan dulang mesti dalah angka ganjil. Contohnya, pengantin perempuan memberikan tujuh dulan berbalas 5 dulang oleh pengantin lelaki. Mengikut adat Melayu tradisional, pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada pihak perempuan.

Hukum pengantin lelaki tidak memberikan wang hantaran kepada pihak perempuan?

Islam hanya menetapkan mahar di dalam perkahwinan. Adapun hantaran berupa wang ataupun barang, ia tertakluk kepada budi bicara dan perbincangan di antara kedua belah pihak.

Ini secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa pemberian mas kahwin hukumnya wajib manakala pemberian wang hantaran tidak wajib sama sekali.

Contoh barang hantaran kahwin untuk lekaki

Bosan dengan idea hantaran kahwin untuk lelaki yang biasa. Hadiah sejadah, tuala, kain pelikat, dan baju melayu sudah terlalu biasa kita lihat di setiap dulang-dulang hantaran. Apa kata anda cuba contoh barang hantaran kahwin untuk lelaki yang kami cadangkan seperti yang berikut.

1. Jam fitness smartwatch

Kaum lelaki dengan aktiviti sukan berpisah tiada. Setidak-tidaknya seorang lelaki pasti melakukan satu aktiviti sukan walau berjogging sekalipun. Mereka bersukan untuk kesihatan dan secara tidak langsung keperihatinan untuk membaca gerakan kesihatan juga menjadi satu kemestian.

Oleh yang demikian tidak hairan, hantaran kahwin untuk lelaki berbentuk jam fitness smartwatch adalah pilihan yang tepat untuk menjadikan aktiviti sukan lebih efektif. Untuk 3-4 tahun kebelakang mungkin kita boleh katakan jam pintar ini mahal harganya. Namun untuk sekarang, ianya boleh dibeli dengan harga serendah RM100 tetapi mempunyai kelebihan yang sama mengagumkan.

2. Dompet

hantaran kahwin untuk lelaki

Jika aksesori istimewa untuk perempuan adalah beg tangan, berbeza pula dengan lelaki kerana mereka sangat gemarkan dompet. Bahkan dompet antara barang peribadi yang wajib dibawa ke mana-mana sahaja. Lelaki biasanya jarang tukar dompet mereka walaupun sudah terlalu teruk dan koyak rabak keadaannya.

Inilah masanya untuk kita berikan dompet baru sebagai hadiah hantaran. Selangkah mereka masuk ke alam perkahwinan juga bersama hadiah penuh bermakna untuk sentiasa diingati.

3. Set pakaian kemeja lelaki atau baju kasual

Baju formal seperti set kemeja atau baju kasual memang menjadi pilihan popular kerana ianya dipakai walau ke mana-mana kaum lelaki pergi seperti acara rasmi, majlis perkahwinan, bersiar-siar atau sebagainya. Jadi memang tidak rugi untuk dijadikan hantaran kahwin untuk lelaki.

Ada juga sesetengah pasangan yang menjadikan set pakaian ini sebagai pakaian couple yang pastinya lebih eksklusif untuk pasangan pengantin baru.

4. Pencukur automatik

hantaran kahwin untuk lelaki

Barang wajib seterusnya untuk lelaki adalah pencukur automatik yang menjadi pilihan kaum lelaki hari ini. Penggunaan pencukur moden lebih digemari kerana sangat efisien, mudah, dan jimat masa berbanding pencukur biasa.

Kaum lelaki memerlukan pencukur agar kebersihan diri mereka terjaga. Penampilan yang kemas dan selesa, anda sendiri pun teruja dengan penampilan pasangan anda yang bersih dan tidak kusut-masai.

5. Kasut

hantaran kahwin untuk lelaki

Seterusnya, barang hantaran kahwin untuk lelaki yang lain adalah kasut. Lelaki memerlukan empat jenis kasut kulit, sneakers, sport shoes, dan moccasins. Kasut dikategorikan sebagai hadiah yang mampu bertahan lama melebihi 4 atau 5 tahun untuk sepasang kasut.

Yang pastinya setiap lelaki pasti mempunyai kasut idaman mereka masing-masing sejak dulu lagi. Inilah peluang anda untuk berikan kejutan untuk pasangan. Tetapi pastikan dulu, anda ambil tahu saiz kakinya sebelum membeli.

6. Set minyak wangi

hantaran kahwin untuk lelaki

Lelaki yang wangi menjadi idaman ramai perempuan. Minyak wangi jugak menjadi antara yang paling mudah untuk memikat hati lelaki. Sama ada untuk kepuasan diri atau untuk dihargai orang tersayang, tentunya wangian menjadi pilihan.

Minyak wangi lelaki biasnya memberi bau yang kuat seperti maskulin. Jenama yang berkualiti akan memberikan efek wangi yang tahan lama bila dipakai.

7. Gajet

Gajet 

Hobi lelaki rata-rata hari ini pastinya ada bersangkut paut dengan teknologi. Tidak kiralah apa pun minat, hobi atau kerjayanya, lelaki mempunyai kecenderungan kepada gajet dalam sesuatu perkara.

Contohnya seperti kamera, permainan video, telefon pintar, pemain muzik, earphone, drone, laptop, dan sebagainya. Hantaran kahwin untuk lelaki yang ini sangat disarankan jika anda mempunyai bajet yang lebih.

8. Cincin

Sesetengah pengantin perempuan gemar untuk memberikan cincin untuk pasangan mereka sebagai simbolik yang penuh bermakna. Cincin berbentuk permata menjadi pilihan yang istimewa.

9. Set penjagaan rambut

hantaran kahwin untuk lelaki

Rambut juga termasuk dalam kategori penampilan diri. Ia adalah makhota kepada kekacakan seorang lelaki. Lelaki akan mengunjungi tukang gunting rambut 2 minggu sekali untuk memotong dan menghias rambut mereka.

Apa kata anda letakkan di dulang hantaran nanti set penjagaan rambut yang lengkap untuk memudahkan kaum lelaki mengurus rambut mereka biarpun di rumah.

10. Blazer atau jaket

hantaran kahwin untuk lelaki

Jaket menjadi pilihan kepada kaum lelaki kerana ia nampak lebih bergaya dan bahkan mudah digayakan untuk ke majlis semi formal atau ke mana-mana jua. Maka ini tidak hairanlah jaket dianggap sebagai antara pakaian paling popular dalam kalangan lelaki bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Semoga perkongsian mengenai hadiah hantaran untuk lelaki ini dapat memberikan anda idea yang menarik dan kreatif untuk menyiapkan hantaran perkahwinan. Berikan sesuatu yang berharga bukan mahal semata-mata, yang digunakan sehari-hari bukan yang disimpan dalam almari.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart