Fanatik Kpop: Pengantin teruja terima hantaran album solo Kai EXO

Seorang pengantin perempuan di Indonesia tidak menyangka menerima hantaran perkahwinannya sebuah album solo Kai dari kumpulan EXO.

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan hujung minggu lalu menjadi tular selepas gambar hantaran mereka dimuatnaik di Instagram oleh salah seorang tetamu.

Pengantin yang dikenali sebagai Grace, 31, berkata beliau sudah lama ingin membeli album berkenaan memandangkan Kai EXO adalah artis K-Pop yang paling diminatinya.

“Saya memang meminati artis K-Pop dan Kai EXO adalah artis yang paling saya gemari.“Sudah lama saya ingin membeli album Kai dan suami membuat kejutan dengan menjadikannya barang hantaran perkahwinan kami,” katanya kepada Tribunnews.com.

Beliau juga merasa gembira kerana suaminya tidak pernah membantah dan faham akan minatnya terhadap artis K-Pop.

“Saya gembira kerana suami melayan sahaja kerenah saya yang meminati artis K-Pop,” ujarnya.

Sumber: Tribunnews.com

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top