11 Tips Minta Jodoh Cepat Dengan Cara Terbaik, “Orang Single” Memang Wajib Buat Perkara Ini

Jodoh sungguhpun ia telah pun ditetapkan kepada setiap orang tetapi ia perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Ia sama juga seperti konsep dalam memperoleh rezeki. Sama ada kita sudah mempunyai pilihan atau belum mempunyai pilihan ianya masih perlu usahakan sebaik yang mungkin melalui cara yang terbaik. Ini adalah 12 tips minta jodoh cepat khusus bagi orang-orang bujang di luar sana yang mahu mendirikan rumah tangga.

Tips minta jodoh segera yang baik dan setia, insha Allah makbul hajat

Diantara petua dan tips minta jodoh yang boleh dijadikan panduan dan dipraktikkan setiap masa adalah melalui cara yang berikut seperti:

1. Berdoa mencari jodoh

tips minta jodoh

Terdapat empat doa yang disarankan dan digalakkan untuk kita baca bagi memperoleh jodoh yang baik.

Doa 1

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

(Robbana hablana min azwaajina. Wa dzurriyyatina qurrata a’yun. Waj’ala lil muttaqiena imaamaa)

Maksudnya: “Ya Allah, anugerahkan oleh kami jodoh isteri-isteri kami serta keturunan kami sebagai penyenang hati kami serta jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)

Doa 2

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

(Rabbi laa tadzarni fardan wa anta khoirul waritsiina)

Maksudnya: “Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Dzat Maha Waris Paling Baik.” – (Surah Al-Anbiya, ayat 89)

Doa 3

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

(Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibatan akhtubuhaa wa atazawwaju biha watakunu shoohibatan lii fiddunyaa wal akhiroh)

Maksudnya: “Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Doa 4

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

(Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban, wayakuuna shoohiban, lii fiddiini wa dunyaa wal aakhiroh)

Maksudnya: “Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

2. Jaga solat di awal waktu

Solat fardhu adalah tiang agama yang menjadi amalan wajib pertama diperiksa ketika di akhirat kelak. Oleh yang demikian, jagalah amalan solat fardhu ini dengan melaksanakannya 5 waktu setiap hari dan di awal waktu agar lebih kusyuk serta berkualiti ibadah yang dilakukan.

Insha Allah berkat kita menjaga solat itu, kita juga akan dikurniakan pasangan yang serupa menjaga solat dan soleh atau solehah. Yakinlah, mereka yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan baik pada agamanya dan Tuhannya, maka dia juga mampu untuk memperlukan yang terbaik kepada pasangan dalam rumah tangga.

3. Memperbetulkan niat berkahwin

Periksa dan kemas kini semula niat asal kita untuk berkahwin. Tanya pada diri adakah kita benar-benar sudah bersedia atau sekadar mengikut kata orang-orang yang sering bertanya bila kita akan mendirikan rumah tangga.

Tips minta jodoh yang ketiga ini penting agar kita mampu ikhlas dalam mempersiapkan diri sebagai seorang suami atau isteri.

4. Membaca surah Yasin setiap pagi

tips minta jodoh

Surah Yasin dikenali sebagai jantung bagi Al-Quran. Menurut para ulama, yasin adalah jantung Al-Quran oleh kerana inti dan kesimpulan Al-Quran semuanya ada di dalamnya. Keseluruhan kandungan Al-Quran itu ada di dalam surah tersebut.

Amalan kepada surah Yasin setiap pagi ini sudah tentu memberikan manfaat dan mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

5. Membaca surah Al-Waqiah setiap malam

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” – (Hadis Riwayat Baihaqi dari Ibnu Mas’ud RA).

6. Menjadi anak yang soleh dan jaga ibu bapa dengan baik

Memperlakukan ibu bapa dengan layanan yang terbaik adalah kunci kepada rezeki dan kebahagiaan hidup di dunia. Layanlah mereka dengan penuh sopan dan berkasih sayang selagi mana mereka masih hidup. Doa seorang ibu tidak ada hijab baginya. Insha Allah dengan doa itu maka akan disegerakan jodoh kita.

7. Bertahajud setiap malam

tips minta jodoh

Disaat orang lain sedang lena diulit mimpi, gagahkan diri kita untuk bertahajud di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukuplah sekadar dua rakaat sahaja.

Masa-masa sunyi dan sepi inilah waktu yang terbaik untuk kita mengadu segala keluh-kesah, dan kemahuan ataupun hajat kepada Allah.

8. Memaafkan semua orang

Satu perkara yang mudah untuk ditulis tetapi sukar disebut dengan keikhlasan iaitu kata maaf. Tidak ramai yang mampu mengungkapkan kata-kata kemaafan dengan sepenuh hati dan benar-benar dari hati yang terbuka. Maka beruntunglah mereka yang mampu menyampaikan kata maaf dan lebih beruntung yang mahu memaafkan orang lain.

9. Memperbanyakkan senyuman dan sedekah

tips minta jodoh

Sedekah dan senyuman itu adalah satu bentuk amalan yang disayangi oleh Allah. Dengan sedekah dan senyuman kita dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain. Apabila orang lain bahagia melihat kita, maka kita akan mudah disenangi dan didoakan oleh orang.

10. Yakin dengan ketentuan jodoh dari Allah

Walau bagaimanapun kita berusaha dan segigih mana pun kita memperjuangkan sebuah hubungan. Yakinlah bahawa segala ketentuan jodoh itu datangnya dari Allah SWT. Tetaplah kita ikhlas dan menerima segala kehendak dan ketentuan. Hal ini kerana, segala qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk kita adalah yang terbaik menurut Allah.

11. Istiqamah menjauhkan diri dari perkara haram dan maksiat

Jalan hijrah itu tidak mudah dan penuh liku-liku ujian yang mendatang. Tabahkanlah hati dan tetaplah istiqamah dalam menjauhkan diri dari perkara haram dan maksiat sepanjang kita hidup. Asbab kepayahan kita menjaga kesolehan diri sewaktu di dunia, semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk kita jika tidak di dunia maka di akhirat bersama bidadari yang rupawan.

Diharapkan tips minta jodoh terbaik ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Sesungguhya sangat mudah seseorang itu menemukan cinta tetapi tidak mudah untuk menemukan jodoh. Jodoh itu juga tanda kekuasaan Allah SWT kepada hamba Nya.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart