Berat Badan Naik Lepas Kahwin Tanda Pasangan Bahagia? Ketahui Puncanya Supaya Tak Salah Faham Lagi

Perasan atau tidak lelaki atau wanita yang sudah pun mendirikan rumah tangga dalam beberapa tahun sahaja, berat badan naik lepas kahwin? Ada orang kata, ianya disebabkan oleh rasa bahagia yang semakin bertambah oleh pasangan. Sejauh mana ia boleh dijadikan fakta dalam membahas isu ini? Jom kita tengok apakah punca yang menyebabkan berat badan seseorang itu boleh naik selepas berkahwin.

Berat badan berlebihan tanda bahagia?

berat badan naik lepas kahwin

Penyelidik daripada Universiti Queensland, Australia menjalankan kajian terperinci untuk mengkaji punca berat badan naik lepas kahwin dengan mengambil data daripada 15,000 orang dalam tempoh 10 tahun.

Hasil mendapati bahawa, mereka yang mempunyai pasangan akan menambah purata berat badan sekitar 5.7 kilogram setahun, sedangkan bagi bujang hanya 1.7 kilogram setahun. Menurut Stephanie Schoeppe, ketua penyelidik berkata pasangan yang sudah berkahwin berasa bebas untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak dan mengandungi kandungan lemak serta gula yang tinggi.

Hal ini disebabkan, merasakan tiada lagi keperluan untuk kekal tampil menarik di hadapan pasangan masing-masing. Pengkaji tidak menolak punca pasangan perlu menghabiskan makanan anak agar tidak membazir.

Di samping itu, Prof Jerica Berge, daripada Jabatan Perubatan Keluarga dan Kesihatan Komuniti, Universiti Minnesota berpendapat bahawa punca utama peningkatan berat badan adalah kerana gaya hidup tidak sihat iaitu tabiat makan malam romantik dan suka makan di luar.

4 punca berat badan naik lepas kahwin

Wanita atau lelaki sama-sama mempunyai kecenderungan untuk berat badan naik lepas kahwin oleh kerana mereka tinggal serumah dan mengamalkan cara hidup serta suasana yang sama. Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain yang menjadi puncanya seperti:

1. Perubahan hormon

Wanita yang bertambah berat badan secara lazimnya bermula semasa dia mengandung. Mereka akan bersikap sedikit “paranoid” dan berhati-hati dalam menjaga dan memastikan kesihatan anak dalam kandungan dalam keadaan baik. Jika dulu para isteri hanya perlu memikirkan pemakannya sendiri, namun hari ini dia juga perlu menjaga kebajikan dua orang sekaligus iaitu dirinya dan bayi dalam perut.

Bayi berkongsi khasiat makanan dari apa yang ibunya makan. Maka kerana itu, ibu cepat berasa lapar dan kerap kali letih. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan kerap sangat diperlukan untuk membekalkan nutrisi sepanjang masa. Disebabkan itu juga, berlaku berat badan naik lepas kahwin secara mendadak dan kita sering lihat wanita makin montel dan comel.

2. Ada peneman setia yang selalu disisi

berat badan naik lepas kahwin

Lelaki atau wanita bujang memang gemar berhiasa kerana mereka cukup masa untuk menyiapkan diri mereka sendiri. Di tambah, kemahuan untuk mencari pasangan hidup dan keinginan untuk berkahwin maka mereka perlu menjaga fizikal, rohani, dan intelek agar kekal “segar” ketika bersama orang ramai.

Apabila sudah berkahwin, pasangan kebanyakan lepas tangan dengan kurang berhias untuk pasangan sendiri. Hal ini kerana disebabkan masa yang terhad menguruskan kerjaya dan rumah tangga. Pemikiran konsep “terima seadanya” mungkin perlu dihapuskan dalam fikiran masing-masing. Perlu diingatkan bahawa berhias untuk pasangan juga merupakan satu ibadah yang mengharmonikan lagi rumah tangga.

3. Selalu sangat ke dapur

berat badan naik lepas kahwin

Dulu semua perkara kita lakukan sendiri. Makan sendiri, tidur sendiri, tengok televisyen sendiri, beriadah pun sendiri. Paling tidak pun kita keluar dan meluangkan masa bersama rakan-rakan ketika dihujung minggu untuk elak bosan di rumah.

Tetapi perubahan hidup selepas berkahwin amat berbeza sekali. Kalau dulu berkira-kira hendak masak sebab takut tidak habis dan membazir tetapi sekarang sama ada sedikit atau sajian yang ringkas kita akan paksa juga untuk terhidang di atas meja makan.

Dapat pula isteri yang pandai memasak dan suami yang rajin menolong di dapur memang setiap kali hujung minggu akan cuba bereksperimen dengan pelbagai jenis resepi. Opps, makan biar berpada! Jangan sampai berat badan naik lepas kahwin pula. Kawal sahaja pemakanan dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.

4. Paling malas nak bersenam

Aktiviti bersenam sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan kita tambahan lagi selepas berkahwin. Ia adalah perkara penting jika mahu mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak menjadi pasangan yang berat badan naik lepas kahwin.

berat badan naik lepas kahwin

Senaman adalah aktiviti fizikal yang disusun dan dilakukan berulang kali bertujuan meningkatkan kecergasan otot, dan flesibiliti badan. Boleh sahaja dilakukan dengan pelbagai cara dan di mana sahaja.

Namu begitu, perlu difahami bahawa asas dalam senaman ada 3 perkara yang utama iaitu untuk meningkatkan pergerakan badan, menaikan kadar nadi, dan melibatkan renggangan sendi dalam satu tempoh masa tertentu. Contohnya seperti renggangan otot, senam aerobik, berjalan, berjogging, berbasikal, berenang, dan yoga.

berat badan naik lepas kahwin

Kebaikan bagi mereka yang bersenam adalah dapat:

  • Mengurangkan dan mengawal berat badan.
  • Meningkatkan horman gembira.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  • Jantung yang lebih sihat.
  • Menguatkan otot dan tulang.
  • Baik untuk kecerdasan otak.
  • Mendapat tidur yang lebih baik.
  • Mengurangkan kesakitan kronik.
  • Lebih “bertenaga” di bili tidur.

Tidak susah untuk jadi pasangan yang sihat sepanjang masa. Lebih mudah jika dapat lakukan perubahan ini bersama-sama pasangan untuk anda cipta memori yang indah bersama.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

1 Comment
  1. […] atau perempuan, masing-masing pastinya dalam diam menyimpan kriteria calon pilihan untuk dijadikan pasangan hidup. Namun tidak semua yang menjadi kesukaan kita itu turut disukai oleh insan yang membesarkan kita […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart