Tak Perlu Tunggu Lelaki Kaya Baru Nak Kahwin, Wanita Kena Pandai Cari Duit Sendiri!

Kacak, tinggi dan bekerjaya? Wanita mana yang tidak mahu seorang suami ‘sempurna’ dan mempunyai kewangan yang kukuh. Sudah tentu anda inginkan pasangan yang dapat membantu meringankan beban seorang isteri serta boleh hidup susah senang bersama.

Anda sebagai wanita tahu, tanggungjawab seorang suami adalah menyediakan tempat tinggal, memberi nafkah dan pelbagai lagi tetapi itu tidak bermakna anda boleh hanya ‘bersantai’ tanpa ada kewangan atau simpanan duit sendiri. Bayangkan jika suami tiba-tiba mempunyai masalah dari segi kewangan anda pula tidak bekerja atau tiada langsung duit?

Wanita pada zaman kini harus lebih sedar dan bersedia walau apa jua keadaan kerana mempunyai duit hasil usaha sendiri rasanya sangat berlainan daripada anda bergantung harap pada pasangan.

Mempunyai kewangan sendiri banyak kelebihan antaranya :

Mampu Beli Barang Yang Diimpikan

Tengok barang makeup mesti teringin nak beli? Haa kan bagus kalau ada duit sendiri, tak perlu tunggu suami bagi atau anda yang minta. Balik rumah, anda boleh claim semula pada suami itu bagi pasangan anda yang tidak jenis berkira hiks!

Bersedia Untuk Hal Kecemasan

Sediakan payung sebelum hujan itu lebih baik. Kadangkala kita tidak tahu ujian atau musibah yang menduga kerana ia datang tanpa anda sedar. Mana tahu bila suami tidak dapat bekerja akibat sakit, siapa nak tanggung perbelanjaan kalau bukan isteri? Jika anda mempunyai kewangan sendiri, sedikit sebanyak boleh bayar apa yang patut.

Dapat Bantu Suami

Walaupun suami anda bergaji RM5000 sekali pun, ia tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan. Itu baru keperluan, belum lagi kehendak yang anda dan pasangan inginkan seperti bercuti atau shopping? Jika anda dapat membantu suami dalam perbelanjaan rumah sedikit sebanyak akan ada simpanan untuk beri keselesaan pada masa hadapan dan tidak perlu ikat perut jika berlakunya perkara yang tidak diingini.Buat wanita di luar sana, tidak perlu tunggu lelaki kaya masuk meminang.

Anda sendiri perlu bangkit dan terus berdikari untuk mempunyai wang sendiri.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top