12 sebab kenapa lepas kahwin perlu duduk rumah sendiri, bukan rumah mertua

Biasanya selepas mendirikan rumah tangga pasti akan selesa tinggal berdua bersama pasangan. Begitupun, ada pasangan yang sama ada suka atau terpaksa, perlu tinggal bersama di rumah mertua bersama ibu bapa pasangan masing-masing.


Apa pun semuanya bergantung kepada kehendak dan keperluan atau keselesaan masing-masing serta atas pelbagai sebab untuk tinggal di rumah mertua.


Ada yang lebih selesa di rumah dan ada pula yang sebaliknya. Tepuk dada tanya selera…


Setiap pasangan ada pendapat dan pandangan tersendiri di mana mereka hendak menghuni. Di bawah ini pula pendapat yang dikongsikan oleh seorang influencer di Facebook yang mempunyai lebih 24k follower ini:

“Susah macam mana pun, usahalah duduk rumah sendiri dengan anak isteri.”

Bila tengok drama ni tetiba aku teringat dulu aku duduk bersembang dengan kawan-kawan yang anak dah 3-5 orang, kahwin dah lebih 10 tahun diorang selalu cakap benda ni.

“Tak kisah la kau duduk rumah sewa ke, rumah tu beli ke janji kau duduk dengan anak bini serumah.”


“Sebab apa tu? Tak boleh ke menumpang duduk rumah mak sendiri, mak mertua atau adik beradik yang lain?”


Boleh. Tapi jangan lebih seminggu hingga sebulan mahupun lebih dari tu. Kalau tak akan jadi ‘taik’ dalam rumah yang sebelum ni harmoni.


Mula-mula saja best tapi lama-lama banyak yang tak best akan timbul.

Kenapa lepas kahwin suami isteri perlu duduk rumah sendiri bukan rumah mak atau mertua?


1. Rumah kita duduk adalah rumah mertua. Jadi kita kena ikut rules mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.

2. Duduk sebulan dua ok lagi. Masih mesra senyum-senyum. Tapi lama-lama mertua akan mula nampak perangai menantu yang dia rasa tak suka dan tak patut. Baru kahwin ni nak ubah tabiat tu makan masa sikit.

3. Adakalanya kita tidur balik selepas solat subuh time hari minggu. Tidur dan bangun lewat sikit dah kena perli pemalas. Dah nampak tak elok dah pada mata mertua. Mula masam muka dalam rumah. Aura jadi makin negatif.

4. Dalam rumah ada abang ipar, kakak ipar, adik ipar. Semua mak mertua suruh duduk sekali sebab bilik dah buat banyak. Dah tak ada privacy dengan suami nak manja-manja sangat dalam rumah.

5. Ramai dalam rumah pakat duduk dengan mertua, akan jadi isu pasal bil elektrik, air. Yang pakai ekon setiap masa tak nak bayar lebih. Anak pula tak hulur duit kat mak ayah buat bayar bil. Kena perli, hati dah tak tahan, mula tak sua muka.

6. Bila nak masak makanan tak boleh masak untuk suami saja. Kena masak untuk semua. Kadang dah masak, turun nak makan je makanan tu adik, akak atau abang ipar berkeluarga dah melantak makan. Kecewanya hati.

7. Nak keluar tengok TV rancangan kegemaran pun susah sebab kuasa remote dekat orang lain. Sebab bukan rumah sendiri. Tumpang duduk rumah orang. Bila masuk bilik kata tak pandai bergaul dan sombong.

8. Bila pertama kali duduk rumah mertua, memang rasa kekok nak biasakan diri. Jadi banyak benda nerves dan tak biasa. Mertua akan nampak kita tak pandai serba serbi tak reti nak tolong.

9. Isteri ni nak sangat-sangat ada rumah sendiri yang boleh dia hias, nak ada dapur untuk masak dengan peralatan dapur sendiri dan sebagainya. Isteri akan rasa dia dihargai.

10. Isteri tak setiap masa nak pakai tudung dan kain labuh setiap dalam rumah. Jadi bila ada rumah sendiri dia bebas nak pakai apa pun termasuk nak pakai lingerie kat ruang tamu. Kalau tengok pun, suami sendiri. Takde hal. Sudah halal. Kat ruang tamu pun on.

11. Bila duduk rumah sendiri, jauh sikit, perasaan sayang kat mertua lebih tinggi. Sebab tak jumpa selalu. Rasa rindu tu akan ada. Bila jumpa sembang pun nampak mesra.

12. Kat rumah sendiri bila silap masak, garam terlebih sepaket, masak hangit pun sendiri saja tau dengan suami. Tak la kena bahan dengan mertua. Memang akan down kata tak reti masak. Biasalah menantu baru nak belajar masak.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] pengantin baru rancang untuk beli rumah pertama sebelum mendirikan rumah tangga. Mengapa? Ini adalah wajar kerana rumah kediaman sendiri merupakan […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart