60 Ucapan Pengantin Baru Yang Paling Terkini Pasti Buat Mereka Rasa Dihargai

Menerima khabar keluarga atau kenalan terdekat melangsungkan hari perkahwinan, pastinya ucapan pengantin baru menjadi penghubung silaturahim untuk menyerikan lagi majlis mereka.

Ucapan yang tulis diberikan menerusi kad ucapan perkahwinan, atau balasan mesej melalui pesanan ringkas atau WhatsApp membawa 1001 erti kepada pasangan mempelai dalam melangkah ke fasa perkahwinan baru. Ucapan pengantin baru.

Ucapan pengantin baru versi kasual untuk umum

ucapan pengantin baru

1. “Tahniah! Selamat Pengantin Baru.”

2. “Selamat menempuhi hidup baru bersama pasangan. Semoga cinta dan kasih sayang kalian terus berkembang mekar setiap hari.”

3. “Tahniah, semoga menjadi pasangan yang berkekalan sehingga anak cucu.”

4. “Semoga perkahwinan kalian sehingga ke jannah.”

5. “Gembira dapat sambut hari bahagia ini bersama kalian.”

Ucapan versi islamik ya habibi

ucapan pengantin baru

1. “Semoga Allah menjadikan perkahwinan kalian yang berkah dan dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah.”

2. “Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin.”

3. “Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berduaan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.”

4. “Semoga kalian dapat mencipta syurga di dunia sebelum mana syurga di akhirat. Jalani perkahwinan ini dengan sabar, jalannya Al-Quran, dan redhanya dari Allah.”

5. “Alhamdulillah selamat atas ikatan perkahwinan. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, kebaikan, dan kebahagiaan. Jazakallahu khair khatira.”

Ucapan pengantin baru untuk sahabat sejati

ucapan pengantin baru

1. “Selamat menempuh hidup baru sahabat. Semoga bersama dengan ikatan pernikahan menjadikan kalian sekeluarga sentiasa dilindungi Tuhan, dan hidup penuh kebahagiaan dan kenikmatan.”

2. “Selamat menempuh kehidupan baru sahabat. Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaan kalian dan menyempurnakan ibadah kalian. Segera diberikan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki dan nikmat yang berkat.”

3. Selamat menempuh hidup baru sahabatku. Tahniah! Akhirnya saat yang engkau nantikan tiba juga hari ini.”

4. “Selamat pengantin baru sahabat! Jaga dirimu baik-baik dan lindungi buah hatimu dengan sepenuh rasa dan jiwa.”

5. “Kawan yang paling teruk ialah yang meninggalkan kawannya untuk berkahwin dahulu, hahaha! Jangan risau, kamu masih kawan baik saya. Selamat menempuh hidup baru kawan.”

Ucapan untuk menantu tersayang

1. “Selamat menempuhi alam rumah tangga. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Moga lekas menimang cahaya mata.”

2. “Selamat memulakan kehidupan baru bersama. Semoga segera diberikan zuriat keturunan yang soleh dan solehah.”

3. “Semoga keluarga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warrahmah. Diberikan kemudahan rezeki dan juga segera diberikan keturunan oleh Allah.”

4. “Tahniah kepada anak-anak ibu! Semoga perjalanan kamu bersama membina keluarga sentiasa kekal indah. Cepat-cepat ibu timang cucu.”

5. “Jadikanlah niat menikah untuk ibadah dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.”

Ucapan pengantin baru budak-budak tiktok

ucapan pengantin baru

1. “Assalamualaikum pengantin baru, semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datangnya dari syurga. Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.”

2. “Alhamdulillah. Syukur segalanya telah berlangsung dengan baik. Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke Jannahtul Firdaus. InsyaAllah dapat membina keluarga yang sakinah mawaddha warahmah. Mudah-mudahan bertambah rezeki kalian dengan ikatan suci ini.”

3. “Cinta sesama manusia keranan Allah akan menuju syurga nan indah. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina diredhai dan membawa 1001 kebaikan di dunia dan akhirat. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.”

4. “Cinta di antara kedua insan adalah kejadian yang cukup indah dan istimewa kerana datangnya dari Allah.”

5. “Congratulations on your wedding day! Cinta bukan tentang mencari kesempurnaan. Melengkapi satu sama lain adalah cara terbaik untuk saling mencintai.”

6. “Menikah adalah sebuah langkah besar sebagai bukti matangnya diri menghadapi babak dalam kehidupan yang baru. Selamat menempuh chapter hidup baru, berbahagialah selalu.”

7. “Pernikahan adalah komitmen bersama untuk saling menciintai tanpa mengeluh dengan apa jua rintangan mahupun dugaan yang menanti. Selamat menempuh alam kehidupan yang baru.”

8. “Selamat pengantin baru. Jaga ikatan ini erat-erat kerana pernikahan bukan mengenai cinta semata-mata tetapi yang paling penting dari sekadar cinta adalah kerjasama, komitmen, dan tanggungjawan.”

9. “Hakikat bagi semua pernikahan adalah mengisi kekosongan yang hilang, dan menyempurnakan yang kurang sempurna. Selamat menempuh hidup baru.”

10. “Semoga pernikahan ini abadi dan membawa kebahagiaan pada orang disekitar kalian, dan semoga Allah merahmati kalian dengan kedamaian dan kebahagiaan yang tidak berkesudahan.”

Ucapan lebih moden dalam Bahasa Inggeris

ucapan pengantin baru

1. “Wishing you the best as you embark on this next chapter of your life.”

2. “Your wedding day may come and go, but may your love forever grow.”

3. “Congratulations to both of you on your special day! Your greatest adventure has just begun.”

4. “Here’s to a lifetime of love, happiness, and each other.”

5. “May the years ahead be filled with lasting joy.”

6. “Wishing you joy, love, and happiness on your wedding day.”

7. “Congratulations to the gorgeous duo!”

8. “Many-many congratulations on (finally) tying the knot!”

9. “May your love grow forever. Many congratulations to the happy couple!”

10. “May this marriage be a bridge to usher in prosperity, happiness, and peace.”

Ucapan pengantin baru dari rakan kerja

ucapan pengantin baru

1. “Semoga pernikahan yang telah kalian langsungkan pada hari ini kekal abadi. Selamat menempuh hidup baru. Dengan doa yang indah untuk kalian yang baru saja menikah, semoga keluarga kalian sakinah, mawaddah dan warrahmah.”

2. “Selamat menikah, semoga pernikahan ini membuka pintu rezeki semakin besar pada kalian berdua.”

3. “Semoga perkahwinan ini menjadi ikatan yang berkekalan dan memberi kebahagiaan kepada orang sekeliling. Dan juga semoga Allah sentiasa memberikan rahmat Nya kepada kamu agar terus bahagia menjalani kehidupan alam rumah tangga.

4. “Happy Wedding. Semoga selalu diberikan kebahagiaan.”

5. “Semoga menjadi keluarga baru yang penuh cinta.”

Ucapan versi lawak jenaka

ucapan pengantin baru

1. “Ucap doa selamat buat kedua penganti. Dulunya bujang sekarang sudah kahwin. Kalau sudah kahwin, sudah boleh pakai kain, tiap malam Jumaat ikut mertua wirid yasin. Ucap selamat pengantin baru, semoga berbahagia dari anak sampai ke cucu. Kita semua berpesan cuma satu kalau nanti malam hati-hati dalam kelambu.”

2. “Selamat menempuh hidup baru! Akhirnya lagu Selamat Penganti Baru berkumandang juga dalam playlist mu.”

3. “Selamat menikmati hidup baru. Status dalam IC sekarang bukan single seumur hidup lagi, ya.”

4. “Cerita cinta kalian bagaikan Romeo dan Juliet, tapi kalian lebih beruntung dari mereka.”

5. “Cinta monyet menjadi cinta akad. Kini menjadi pasangan raja sehari merpati sejoli.”

Ucapan dari keluarga sendiri

ucapan pengantin baru

1. “Mudah-mudahan Allah memberkahimu, ketika senang mahupun susah dan akan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”

2. “Hari ini, kalian menjadi pasangan sehidup semati dalam ikatan pernikahan suci.”

3. “Selamat datang kakak ipar baru!”

4. “Tahniah buat raja sehari. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.”

5. “Selamat sudah menjadi pasangan yang serasi! Semoga perjalanan kalian bersama-sama membangun keluarga selalu tetap indah. Selamat menempuh kehidupan yang baru.”

Ucapan penganti baru dalam Bahasa Arab

ucapan pengantin baru

1. “Barakallahu lakum wa baraka alaikum. Alf Mabrouk Ala Alzeefaf Alsa’eed!” (Semoga Allah selalu melimpahkan berkatnya. Selamat atas pernikahan kalian)

2. “Barakallahu lakuma Wa jama’a baina kuma fii khair” (Semoga berkat Allah senantiasa dilimpahkan kepadamu dan menghimpun engkau berdua dalam keadaan baik bahagia).

3. “Barakallahu laka wa baroka alaika wa jama’a Bainakumaa fii khoirin” (Semoga Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.

4. “Barakallahu fiikum.” (Semoga Allah memberkahi kalian)

5. “Tahanina, tamniyyatuna lajum bidawamis sa’adati.” (Selamat, kami mengharap kalian terus bahagia)

Semoga ucapan pengantin baru yang dikongsikan tadi dapat memberikan anda idea yang kreatif untuk diberikan kepada pengantin di luar sana. Mereka pasti teruja dan sangat bahagia dengan ucapan pengantin baru yang positif, dan doa-doa yang baik dari anda semua!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart