Gangguan Iblis Dalam Rumah Tangga: Tanda-Tanda & Tips Elak Diganggu

Salah satu faktor pergaduhan dan perselisihan faham di dalam rumah tangga adalah kerana hasutan dan kerja syaitan. Dari masalah kecil ianya boleh membiak sehingga sebegitu besar dan meruntuhkan mahligai perkahwinan yang terbina.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai gangguan iblis dalam rumah tangga merangkumi tanda-tandanya, serta tips untuk mengatasi masalah ini.

Siapa iblis Dasim, pemusnah rumah tangga

gangguan iblis dalam rumah tangga

Dasim adalah iblis yang tidak suka melihat suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Tugas utama makhluk ini adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

Kebiasaannya, kes rumah tangga yang berlaku Dasim ini akan cuba untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Caranya adalah mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tidak sefahaman tanpa sebab.

Selain itu, Dasim ini juga gemar membuat pasangan terasa hati. Yang mana ia akan buat orang itu takkan diam diri, apabila terasa hati sedikit terus berperang mulut, dan keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.

Akibatnya, rumah tangga yang dibina ini akan menjadi suram, tawar, dan tidak lagi tenteram dari sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda, diwaktu aktif Dasim adalah ketika wanita dalam keadaan tidak suci.

Dasim ini suka menghasut terutamanya pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin, sedang mengandung, atau bila-bila waktu yang ketika emosinya tidak menentu.

Tanda-tanda kehadiran makhluk halus dalam rumah

Terdapat beberapa tanda yang menunjukan bahawa adanya wujud kehadiran makhluk halus atau jin dalam rumah kita. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti:

  1. Terdapat lebam pada tubuh badan apabila bangun dari tidur
  2. Rasa sentiasa diperhati apabila berada di rumah
  3. Terdengar bunyi pelik 
  4. Tercium bau yang terlampau busuk dan terlampau wangi tanpa sebarang punca
  5. Bunyi dan suara seperti orang sedang menangis dan mengilai
  6. Sering mengalami gangguan tidur
  7. Mimpi buruk dan aneh 
  8. Sakit tubuh badan apabila berada dirumah 
  9. Rasa seram sejuk atau panas ketika dirumah
  10. Hilang barang atau duit 
  11. Bayi sentiasa meragam apabila di rumah 
  12. Ternampak kelibat bayang bayang di sekitar rumah
  13. Objek bergerak sendiri

Tip untuk elak gangguan iblis dalam rumah tangga

1. Lazimkan diri beristighfar

Bila tengah marah pada pasangan, lazimkan diri untuk mengucap dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Tarik nafas dan cari tempat atau suasana baru bagi menenangkan diri dalam rumah.

Sifat marah umpama api, hanya dengan air wuduk dan tunaikan solat dua rakaat sahaja cara untuk kita meredakannya,

2. Amalkan sikap segera memohon maaf

Bila salah jangan tunggu nanti. Sebaliknya cepat-cepatlah memohon maaf pada pasangan. Cara ini akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalam diri kita serta pasangan.

3. Solat berjemaah bersama

Seorang suami yang baik sepatutnya mampu untuk menjadi imam buat ahli keluarganya. Amalkan juga makan dan solat berjemaah bersama-sama.

Hal ini kerana, dengan cara ini ia dapat mengeratkan lagi perhubungan antara keluarga dan rumah tangga.

4. Isi ruang kosong dengan sesuatu yang bermanfaat

Mungkin ramai orang tidak sedar bahawa bilik kosong dalam rumah yang dibiarkan lama akan menyebabkan “benda lain” datang dan menetap bersama.

Justeru itulah Rasulullah SAW pernah berpesan “ketuk / libas” selimut bantal sebelum naik atas katil / tempat tidur dan kerapkan juga solat dan berzikir di dalam bilik-bilik yang tidak berpenghuni.

Disarankan untuk buka pintu, dan biarkan bilik atau ruang kosong itu terdengar akan alunan azan, zikir, ayat-ayat Al-Quran yang kita lantunkan.

5. Beri salam ketika masuk ke dalam rumah

Jangan sesekali terlupa untuk memberi salam setiap kali masuk ke dalam rumah sungguhpun tidak terdapat orang di dalamnya,

Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan “Dasim” untuk melakukan kerja dan hasutannya di dalam rumah tangga.

6. Baca Al-Quran

Biasakan diri kita dan keluarga untuk mengaji di dalam rumah. Jika suami tidak sempat, isteri buat. Kalau kedua-duanya tidak sempat, maka galakkan anak-anak pula buat.

Jika kesemuanya tidak sempat, cuba untuk pasang MP3 biar setidaknya ayat-ayat suci terus berkumandang dalam rumah kita.

Diharapkan perkongsian kami mengenai gangguan iblis dalam rumah tangga ini dapat memberikan anda semua infomasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan yang berguna.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart