10 Produk Skincare Untuk Pengantin Serikan Wajah, Wajib Guna Seminggu Sebelum Majlis Perkahwinan

Pengantin mula risau kulit wajah semakin teruk menjelang hari perkahwinan? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 10 produk skincare untuk pengantin yang wajib anda cuba kerana ia memberi kesan maksima dalam masa yang singkat merangkumi seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

1. COSRX BHA Blackhead Power Liquid

 

Bagi wanita yang mempunyai masalah untuk menghilangkan bekas jerawat dan benjolan kecil di pori-pori kulit wajah, produk dari COSRX iaitu BHA Blackhead Power Liquid adalah solusi yang diyakini ramai. Ia mampu untuk menghilangkan 100% bekas jerawat dan menyamakan warna tona kulit wajah sehingga menampakkan ia tidak berbelang.

2. Jafra Gentle Exfoliating Scrub

skincare untuk pengantin

Siapa yang tidak kenal dengan kosmetik dan produk penjagaan wajah dari jenama Jafra yang berasal dari Amerika Syarikat ini. Jafra Gentle Exfoliating Scrub misalnya amat disarankan sebagai skincare untuk pengantin kerana ia bermanfaat dalam membersihkan wajah dari sel kulit mati.

Bukan itu sahaja, produk ini turut merangsang pembentukan jaringan kulit yang baru pada wajah anda. Hasilnya, wajah semakin berseri menjelang majlis perkahwinan nanti.

3. The Body Shop Seaweed Oil Control Gel Cream

skincare untuk pengantin

Setiap hari, jangan pernah terlupa untuk menggunakan pelembap atau sunscreen di kulit anda. Keistimewaan pelembap dari The Body Shop Seaweed Oil Control Gel Cream ini sangat sesuai sebagai skincare untuk pengantin kerana bebas alkohol dan sangat wangi.

Bukan itu sahaja, skincare ini juga berfungsi sebagai perlindung utama kulit kita dari radikal bebas dan tetap menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit.

4. Sukin Rosehip Oil

skincare untuk pengantin

Pakai skincare tidak sah jika tidak menggunakan Trilogy Rosehip Oil dari Sukin. Kandungannya dikatakan mampu untuk membaik pulih tekstur kulit wajah jadi lebih lembut, halus, dan lembap sepanjang masa.

Selain daripada itu, pengantin yang mempunyai kulit wajah yang tidak sihat, Rosehip Oil mampu menghilangkan bekas jerawat, mengurangi garis-garis halus pada wajah. Jangan risau kulit wajah tidak berminyak selepas mengggunakannya kerana ia sangat cepat menyerap di kulit. Hanya gunakan 1 hingga 2 titis sahaja setiap kali sebelum tidur.

5. Innisfree Green Tea Sleeping Pack

skincare untuk pengantin

Kerisauan menjelang hari perkahwinan kadang kala menganggu emosi dan memberikan tekanan kepada diri. Tekanan itu secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kulit wajah tampak tidak sihat dan memberi potensi yang besar untuk jerawat tumbuh.

Tenang jangan risau, jangan panik. Sebelum tidur dari anda sibuk bermain smartphone adalah lebih baik untuk menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Pack sebagai pilihan sleeping mask paling berkualiti.

Sleeping mask ini membantu menenangkan diri dan melembutkan kulit ketika tidur. Kebaikannya dua dalam satu, beri kesan yang baik untuk emosi diri dan kesegaran kulit.

6.  Lush Bubblegum Lip Scrub

skincare untuk pengantin

Pengantin selalu inginkan bibir yang munggil dan seksi untuk tampak lebih anggun di atas pelamin tetapi mereka lupa untuk mementingkan penjagaan kesihatan bibir. Bubblegum Lip Scrub dari Lush ini berguna untuk menjaga bibir agar selalu lembap dan meninggalkan sel-sel kulit mati bibir.

Hasilnya, bibir lebih terlihat indah dan merona dengan cara paling semula jadi tanpa pembedahan atau suntikan filler untuk bibir tebal.

7. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30

Siapa yang tidak kenal dengan Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30. Formulasi ekstrak bunga Sakura, Vitamin B3 dan Vitamin CG berkesan untuk merawat kulit tidak bermaya, kusam, menutup liang pori yang terbuka, sekaligus mengembalikan tona kulit tidak sekata.

Hanya dalam masa 4 minggu penggunaannya, anda akan dapat lihat hasil kulit yang semakin cerah dan tidak kusam lagi.

8. Some by MI Snail Truecica Miracle Repair Serum

Formula ekslusif Black Snail dan Truecica tekah menghasilkan produk Snail Truecica yang sesuai untuk kulit sensitif. Teksturnya adalah sebagai serum yang berair tetapi tidak melekit dan cepat menyerap pada kulit.

Ia mengandungi asid glycolic untuk mengawal lebihan minyak, ekstrak sage pula memberi efek menenangkan, dan ekstrak willow bark menghapuskan sel kulit mati.

9. Tatcha The Water Cream

Tatcha The Water Cream adalah produk Jepun yang membantu 1001 masalah kulit wajah wanita, Kandungan Wild Rose dan Leapord Lily berupaya memambah glow pada kulit, mengawal lebihan minyak dengan membersihan kulit, dan menyokong pertumbuhan baru sel semula jadi kulit.

Tekstur krim ini justeru menjadikan kulit lebih anjal dan lembap sepanjang masa lebih-lebih lagi adanya sentuhan emas 23 karat di dalamnya.

10. Lancome Advanced Genifique Sensitive Dual Concentrate

skincare untuk pengantin

Lancome datang dengan produk terbaru Advanced Genifique Sensitive Dual Concentrate yang mana ia sesuai kepada mereka yang mengalami masalah kulit kering, kemerahan gatal, dan kasar. Mereka memberi jaminan sekali pemakaian sahaja sudah menampakkan kesan perubahan yang ketara pada tektur kulit.

Setiap 1 titik, ada 98% anti-oksidan asli iaitu Asid Ferulat dan Vitamin E. Bagi pengantin yang masih keliru mencari skincare terbaik dalam masa yang singkat ini adalah pilihan paling tepat.

Teringin mahu nampak berseri menjelang hari perkahwinan, skincare untuk pengantin ini wajib untuk anda cuba. Tampak anggun dan segar sentiasa itulah resepi wanita bahagi.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart