5 Tanggungjawab Anak Perempuan Selepas Berkahwin Kepada Ibu Bapa Yang Perlu Dibuat

Seorang anak perempuan adalah permata terindah buat ibu bapanya. Dijaga, dibelai, dan dicurahkan sepenuh kasih sayang dari kecil sehingga sekarang. Lantaran itu sungguhpun nanti anak perempuan selepas berkahwin mereka tetap mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa selagi mana mereka masih ada.

Artikel pada kali ini kami aka berkongsi kepada anda mengenai beberapa tanggungjawab anak perempuan selepas berkahwin khusus kepada ibu bapanya.

Usah ketepikan ibu bapa atas alasan taat suami

Seperti yang kita tahu, semua anak perempan yang belum berkahwin, syurganya terletak pada ibu. Manakala anak perempuan selepas berkahwin, syurganya terletak pula di bawah telapak kaki suami.

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisaa, ayat 34 yang bermaksud:

“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.”

Menerusi ayat ini, Allah ada menyebutkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan suaminya. Namun ini tidak bermaksud anak perempuan selepas berkahwin terus melupakan dan tidak menghargai jasa kedua ibu bapanya lagi.

Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang mewajibkan akan perintah mentaati kedua ibu bapa seperti mana yang terkandung dalam surah Al-Luqman ayat 14 dan surah Al-Ahqaf ayat 15 yang berbunyi:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukan selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.”

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa..”

Justeru itu usahlah menjadikan alasan sibuk bekerja, menguruskan anak dan suami atau atas alasan taat kepada suami sekalipun sehingga menjadikan kita derhaka dan melukai hati ibu bapa sendiri.

Kewajipan anak perempuan selepas berkahwin

Selagi mana ibu dan bapa kita masih ada di dunia ini atau sudah meninggal dunia sekalipun, pertalian darah dan hubungan sebagai anak dan keluarga tidak akan pernah putus.

Oleh kerana itu tidak hairanlah anak perempuan selepas berkahwin masih mempunyai kewajipan tertentu kepada ibu bapa mereka.

Antara kewajipan anak perempuan selepas berkahwin adalah seperti:

1. Berbakti selagi ada

Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, maka teruskanlah berbakti kepada mereka dengan mengambil peluang yang ada sebanyak mungkin untuk membalas budi dan kasih sayang yang selama ini dicurahkan.

Pada usia yang tua ini, sebenarnya ibu bapa kita tidak menginginkan yang lain selain dari kasih sayang dan perhatian seorang anak kepadanya. Ada pada ketikanya, mereka perlu dijaga dan diberikan penjagaan khusus dirumah kita kerana sakit, tua, dan tidak bermaya.

2. Cari bekalan pahala

Seorang suami biarpun tanggungjawab pertama seorang wanita adalah mengasihi Allah, kedua Rasulullah, ketiga suami dan selepas itu barulah ibu bapanya. Namun kita perlu mempunyai sikap kefahaman yang baik dalam menjadi seorang nakhoda rumah tangga yang beriman.

Jangan ego dengan pangkat dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai ketua dalam rumah. Sebaliknya bantulah isteri untuk menjaga dan mengambil tanggungjawab terhadap ibu bapanya.

Amalan menjaga ibu bapa khususnya ibu bapa yang sakit merupakan ladang pahala bagi seorang anak kerana disitulah nanti terletak kebaikan yang banyak di akhirat.

3. Dapat rahmat allah

Seorang anak yang masih diberikan nikmat memiliki ibu bapa tetapi kita tidak menjaganya, maka anak itu tidak termasuk dalam golongan mereka yang mendapat rahmat Allah. Alangkah ruginya kalau kita termasuk dalam golongan itu.

4. Tidak membebankan ibu bapa

Dugaan selepas berkahwin memang banyak dan kadang kala ia membebankan fikiran seorang isteri. Walau sesusah mana pun, jangan sesekali bebankan kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang lain dengan masalah kita.

Cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikan sebelum meminta bantuan dari mereka. Baik ia dari masalah kewangan diri, hubungan dengan suami, atau sebagainya.

5. Sentiasa mendoakan

Mendoakan perkara yang baik-baik kepada ibu bapa adalah satu kewajipan anak-anak termasuklah anak perempuan setelah berkahwin.

Rasulullah SAW mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibu bapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ أَنَّى هَذَا؟ فَيُقَالُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

“Seorang lelaki diangkat kedudukannya di dalam syurga (kelak), lalu dia bertanya: Dari mana datangnya (anugerah kenaikan ini)? Lalu dijawab kepadanya: Daripada doa istighfar anakmu buat dirimu.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah – dinilai Sahih)

Diharapkan perkongsian kami mengenai tanggungjawab anak perempuan selepas berkahwin ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam hidup.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart