Maksud Isteri Nusyuz Dalam Islam & Kategorinya Yang Perlu Anda Tahu

Selalu kita dengar istilah isteri nusyuz dan suami dayus dalam sesebuah perkahwinan. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan tentang nusyuz, ciri-ciri, kategori, dan hukumnya dalam Islam?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai isteri nusyuz dalam pengertian Islam dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya.

Pengertian tentang nusyuz

Dari sudut bahasa, nusyuz dari sudut bahasa berasal dari perkataan nasyz (نشز) bermaksud tempat tinggi.

Definisi nusyuz dari sudut istilah syarak, kebiasaannya disifatkan kepada isteri, yang mana dia telah berkelakuan meninggi diri kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan kepada suami yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisaa, ayat 34 yang bermaksud:

اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

Hukum nusyuz

Hukum bagi nusyuz adalah haram dan ia termasuklah dalam salah satu daripada dosa-dosa besar yang mempunyai hukuman tertentu bagi sesiapa yang melakukannya.

Ia boleh memberi kesan kepada hukum nafkah dimana seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.

Kategori isteri nusyuz

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan oleh suami

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” – (Surah Ar-Ruum, ayat 21)

2. Melukai hati suami dengan sengaja

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.

Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.” – (Surah Al-Nisa, ayat 35)

3. Keluar tanpa izin suami tanpa alasan munasabah

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” – (Surah Al-Ahzab, ayat 33)

4. Tidak menjaga kehormatan diri sebagai isteri

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka…, 

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”  – (Surah An-Nur, ayat 31)

5. Minta cerai daripada suami tanpa alasan yang kukuh

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“…Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

Layakkah suami melabel nusyuz kepada isteri?

Gelaran isteri yang nusyuz adalah satu tuduhan yang berat buat seorang isteri. Justeru itu adalah tidak layak bagi mana-mana suami untuk menjatuhkan gelaran tersebut sesuka hati mereka.

Hari ini kita lihat para suami begitu mudah melafazkan nusyuz bagi isteri. Buat salah sikit dikatakan nusyuz.

Tidak mengikut arahan juga dikatakannya nusyuz. Ada sahaja sebab yang menjuruskan seorang suami itu melabelkan isterinya nusyuz apabila ada sesuatu yang tidak kena pada matanya.

Tindakan itu bagaikan sudah menjadi satu penyebab itu menakut-nakutkan isteri dan menunjukkan kuasa veto sebagai suami. 

Perlu kita ketahui bahawa yang berkuasa untuk menentukan seorang sama ada isteri itu nusyuz atau pun tidak adalah dilakukan oleh Mahkamah Syariah sendiri dan bukannya dakwaan oleh suami secara lisan.

Bahkan undang-undang menetapkan pensabitan sama ada seorang isteri itu nusyuz atau tidak, hanya boleh ditentukan oleh Hakim Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 59 (2) Akta Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.

Adakah suami juga boleh nusyuz?

Nusyuz sebenarnya boleh berlaku kepada kedua-dua pasangan sama ada suami atau isteri. Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap pasangan dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.

Cara menyelesaikan isu nusyuz dalam rumah tangga

  1. Kedua-dua pasangan sama ada isteri atau suami hendaklah saling bertoleransi dalam menyelesaikan konflik perkahwinan yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
  2. Kenal pasti punca kepada masalah yang berlaku lalu buatlah perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian agar perkahwinan dapat diselamatkan sebelum terlambat.
  3. Banyakkan bersabar dan menasihati pasangan dengan cara yang baik seperti mengingatkan kembali pasangan tentang tanggungjawabnya dan patuh pada perintah agama.
  4. Membuat perdamaian bersama pasangan dengan meminta bantuan orang tengah seperti ahli keluarga atau sahabat yang mampu membantu menyelesaikan masalah.
  5. Mencontohi sifat Rasulullah dalam hal melayani pasangan dengan baik.
  6. Isteri dan suami membuat pengakuan kepada pihak mahkamah sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan.

Diharapkan semoga pencerahan kami mengenai isu isteri nusyuz ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda informasi serta ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk memudahkan anda membina bahtera bahagia rumah tangga.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart