10 Tips Pujuk Pasangan Kuat Merajuk Ikut Cara Pakar

Bila pasangan kuat merajuk memang haru biru jadinya rumah tangga. Tetapi itulah asam garam dalam rumah tangga, ada kalanya bahagia dan ada ketika juga garu kepala dibuatnya.

Apa-apa pun merajuk tandanya sayang tetapi janganlah sampai semua perkara hendak dirajukkan. Pasangan kuat merajuk haruslah berpada-pada agar tidak mengundang masalah yang lebih besar dalam rumah tangga.

Dikurniakan seorang pasangan yang pandai memujuk itu anugerah. Namun jika tidak pandai memujuk, jangan dibiarkan begitu sahaja.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai langkah-langkah mudah pujuk pasangan kuat merajuk.

Cara handle Pasangan Kuat merajuk yang berkesan

Terdapat beberapa cara untuk kita uruskan pasangan kuat merajuk ini yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan alam rumah tangga. Antara caranya adalah seperti yang berikut:

Langkah 1: Kenal Pasti emosi pasangan

pasangan kuat merajuk

Perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk pujuk pasangan kuat merajuk adalah kenal pasti dahulu sebab atau faktor yang menyebabkan dia marah.

Adakah disebabkan oleh dia terlalu sensitif, tertekan, rasa tidak dihargai, rasa diambil hak, atau apa-apa sahaja.

Kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah rajuk dia jika kita tidak masuk dalam emosi yang sama dengannya. Bila kita sudah kenal pasti punca utama yang menyebabkan pasangan merajuk barulah mudah kita cari solusi untuk menangani.

Langkah 2: Menerima dan mendengar

Selami perasaan pasangan dengan cara yang lembut dan tidak memaksa. Pandang tepat pada matanya dan tanyakan dengan lembut apa yang menyebakan perasaan merajuk dia membuak-buak.

Pada kebiasaannya, setiap kali isteri berhadapan dengan masalah dalam rumah tangga dia akan kerapa menangis dan murung. Justeru itu sebagai pasangan ambillah peluang ini untuk menjadi teman padanya.

Peluk dan katakan kepadanya, “Tidak mengapa untuk menangis, tidak mengapa untuk marah.” Dengarkan juga segala apa luahan yang ingin disampaikan pasangan kepada kita.

Walaupun pasti ada antaranya kita kurang bersetuju tetapi lebih baik buang perasaan ingin menang dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

Langkah 3: Reflek

Tunjukkan empati kita pada pasangan dengan usaha kita cuba untuk memahami perasaannya. Minta maaf tanpa mengambil kira siapa yang diposisi salah dan siapa yang diposisi betul. Ego tidak akan sesekali menjadi solusi bagi keharmonian dalam hubungan suami isteri.

Apabila pasangan sudah mula tenang, maka kita teruskan dengan menerangkan apa jua tindakan yang kita ambil sehingga menyebabkan dia merajuk. Terangkan dengan lembut, tenang, dan cuba fahamkan mereka agar tidak wujudnya pergaduhan yang baru.

Langkah 4: Mula memujuk

Langkah yang terakhir adalah teknik-teknik untuk memujuk pasangam kuat merajuk. Kita sedia maklum ada sesetengah pasangan yang sukar untuk kita pujuk hanya dengan kata-kata maaf sahaja.

Justeru itu berikut ini kami kongsikan beberapa tips menarik dan berkesan untuk pujuk pasangan.

1. Puji pasangan

Manusia akan lupa segala kebaikan yang kita buat hanya dengan satu kesalahan yang dia nampak. Itu adalah hakikat yang banyak terjadi dalam rumah tangga mahupun kehidupan bermasyarakat.

Justeru itu, ambillah langkah ini dengan memuji pasangan dengan apa jua kata-kata indah dan baik agar ia membantu mengembalikan semula mood positif pasangan.

2. Berikan hadiah

Mana-mana pasangan sekalipun jika diberikan kejutan dan hadiah pasti tersentuh dan gembira. Soal mahal atau murah harga hadiah tersebut bukanlah menjadi isu yang penting.

Hadiah sebenarnya menjadi simbolik kepada perasaan sayang dan cinta yang ingin kita beritahu kepada pasangan .

3. Buat apa yang pasangan suka

Lakukan aktiviti yang pasangan suka bersama-sama. Contohnya seperti berbasikal, bermain badminton, menonton Netflix, atau sebagainya.

Ambil masa berdua untuk kita hangatkan kembali momen bahagia bersama-sama.

4. Beri kejutan

Bawa pasangan keluar makan malam, membawanya bercuti ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabat atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan.

5. Ucapkan kata-kata yang indah

Berkata-kata yang manis dan indah sebenarnya salah satu cara ampuh kepada pasangan kuat merajuk lebih-lebih lagi yang baru berkahwin.

6. Gurau senda

Suasana humor penting dalam menjadikan sebuah perhubungan itu tidak kaku dan tertekan. Jika anda mencintainya, anda pasti tahu apa yang mampu membuatkan pasangan anda ketawa dan kembali tersenyum.

7. Sentiasa berdoa

Akhir sekali adalah sentiasa berdoa akan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keharmonian dalam rumah tangga.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai tips memujuk pasangan kuat merajuk ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam hubungan suami isteri.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top