fbpx

Hanya 187 Calon Wanita Bertanding PRU15, Mana Perginya Suara Wanita Dalam Pilihan Raya?

Wanita hari ini semakin maju dan mempunyai peranan serta kedudukan yang penting dalam pelbagai sektor. Tidak kiralah ia dalam sektor kerajaan mahupun swasta, masing-masing memberi impak yang berbeza dan memberangsangkan mengikut kemampuan diri sendiri. Tidak terkecuali juga dalam arena politik Malaysia. Pengumuman baru-baru ini mengenai seramai 1,389 calon bakal bertanding dalam PRU15 akan datang telah mendapat perhatian ramai bila mana dari jumlah berkenaan hanya 187 calon wanita yang tersenarai. Di mana perginya suara wanita dalam pilihan raya dan politik Malaysia?

Suara wanita dalam pilihan raya semakin pudar

suara wanita dalam pilihan raya

Dari laporan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Bidang Terpilih, Malaysia 2020 (Statistics on Women Empowerment in Selected Domains, Malaysia 2020) menunjukkan bahawa pemerkasaan wanita dalam bidang politik telah mencatat skor terendah iaitu hanya 10.8 peratus sahaja. Ini jelas menjadi asbab mengapa suara wanita dalam pilihan raya tidak mudah didengari.

Tambahan lagi, laporan ini turut mendapati bahawa golongan wanita masih tersangat jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam arena politik Malaysia dengan nisbah yang sedemikian.

Apa yang berlaku apabila suara wanita dalam pilihan raya berkurang?

Bila mana sesebuah negara demokrasi itu kurang suara wanita dalam politik maka nisbah mereka juga akan berkuang dalam komposisi kabinet. Hakikat yang berlaku hari ini, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sangat kurang calon wanita sehingga menyebabkan pandangan serta suara wanita tidak lagi kedengaran.

suara wanita dalam pilihan raya

Secara umumnya, jurang ini sepatutnya tidak berlaku. Ini disebabkan pencapaian wanita dalam Pengajian Tinggi telah pun mengatasi lelaki dengan skor 1.053.

Daripada data yang diperoleh oleh Indeks Jurang Jantina Malaysia (MGGI – Malaysia Gender Gap Index) tercatat sebanyak 70.9%, sekaligus menunjukkan bahawa kesaksamaan jantina belum lagi mampu dicapai dalam negara kita ini.

Komitmen keluarga sebab wanita kurang pengaruh politik?

“Selagi masyarakat masih berpandukan sistem sosial patriakri, maka wanita tidak akan pernah maju.”

Itulah kata-kata yang selalu diucapkan dan menjadi hujah dalam membela keperluan wanita dalam aspek pemerintahan negara. Sistem sosial patriakri adalah sistem dimana lelaki akan menjadi golongan dominan yang memegang tampuk kekuasaan dalam pentadbiran manakala wanita menjadi orang bawahan kebiasaannya.

suara wanita dalam pilihan raya

Perkara ini dikaitkan pula dengan sesetengah graduan wanita yang lebih memilih untuk menjadi suri rumah tangga daripada mengasah bakat sebagai golongan profesional.

Sama ada wanita bekerjaya ataupun wanita yang menjadi suri rumah tangga, kedua-duanya adalah norma biasa yang berlaku dalam masyarakat tidak kira di mana jua kita berada, negara maju atau bukan.

Apabila wanita berkahwin dan menjadi seorang ibu, maka komitmen hidupnya akan terbahagi kepada suami, anak, dan rumah tangga. Lantaran itu, sokongan dari keluarga khususnya suami dari pelbagai aspek rumah tangga perlu wujud.

Hal ini bagi memastikan, wanita sungguhpun seorang ibu dan isteri masih berpeluang untuk “kehadapan” sebagai model berkesan dalam masyarakat khususnya golongan wanita.

suara wanita dalam pilihan raya

Kesaksamaan di rumah memacu ke arah kesaksamaan dalam pentadbiran

Peranan yang sama antara lelaki dan wanita sebenarnya bermula dari rumah. Di rumah mereka mengalas tanggungjawab yang bukan satu tetapi banyak apatah lagi yang sudah berkeluarga.

Bagaimana suami dan isteri mewudjukan kesaksamaan di rumah, ini akan menjadi teladan kepada generasi akan datang dalam membentuk kesaksamaan juga dalam peranan lelaki dan wanita di arena politik misalnya.

suara wanita dalam pilihan raya

Sudah tiba masanya suara wanita dalam politik didengari. Mereka perlu diberi peluang untuk menyantuni arena politik dalam negara bagi memastikan keharmonian sejagat itu dapat dipenuhi hingga ke akar umbi meliputi semua golongan dan jantina.

Jika undi wanita membawa pengaruh besar dalam keputusan PRU15 ini, lalu mengapa wanita masih kurang diberi perhatian dalam politik Malaysia?


Artikel Berkaitan

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

1 Comment
  1. […] PRU15 semakin tiba pada fasa kemuncaknya. Sedar tidak sedar hanya tinggal kira-kira 4 hari lagi untuk […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Shopping cart