7 Tips Beli Kereta Pertama Yang Wanita Kena Tahu Sebelum Beli, Kalau Tak Minat Jangan Terus “Swipe”

Rata-rata golongan wanita hari ini tidak kira anak dara, remaja, wanita sudah berkahwin, atau warga emas sudah pandai memandu kenderaan. Bahkan kebolehan mereka bukan sahaja boleh bawa kereta persendirian, tetapi juga pengangkutan khas seperti lori dan bas. Justeru itu, mengambil berat tentang persoalan tips beli kereta pertama adalah perkara yang penting bagi wanita.

Sungguhpun kita nampak tidak berapa mahir tentang ilmu kemahiran seperti ini, tetapi perkara asas dari segi pemilihan dan pengurusan kereta itu sendiri sepatutnya menjadi ilmu pengetahuan yang wajib dikuasai. Apakah tipsnya? Jom kita sama-sama semak.

Beli kereta baru, keperluan atau kehendak?

Perancangan membeli kereta baru sepatutnya mempunyai tujuan yang tepat bagi diri seseorang. Seorang wanita yang membeli kereta baru perlu memastikan tindakan dia berbuat demikian adakah sama ada keperluan atau kehendak.

Keperluan membeli kereta baru biasanya kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk ke tempat kerja atau lebih selesa memandu sendiri atau juga mahu melunaskan impian yang disimpan lama.

Dari ke semua alasan itu, faktor keselamatan peribadi mendahului kerana dengan memilik kenderaan sendiri keselematan seorang wanita lebih terjamin hendak dibandingkan dengan menggunakan pengangkutan awam yang lain seperti MRT, LRT, teksi, Grab, dan sebagainya.

Tips beli kereta pertama yang wajib wanita tahu

Proses beli kereta baru tidaklah terlalu rumit sebenarnya. Hanya sahaja dari segi proses pemilihan sebelum kita membuat sebarang keputusan, ia perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dengan mengaplikasikan tips beli kereta pertama yang betul.

Banyak faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Berikut, adalah tips beli kereta pertama yang para wanita perlu tahu.

1. Memiliki nilai mata wang yang tinggi

tips beli kereta pertama

Umumnya, wanita kurang tahu dalam membandingkan kereta dari sudut teknikalnya. Membeli kereta yang menjadi buah mulut ramai, harga mampu milik, dan mempunyai kualiti yang dikenali ramai menjadi pilihan yang utama.

Oleh kerana itulah, wanita akan berbelanja di tempat yang mereka rasa akan mendapat nilai paling tinggi. Sebuah kereta tetapi memberikan pelbagai perkhidmatan seperti pakej insurans, pakej kewangan, dan banyak lagi.

2. Bergaya dan sofistikated

tips beli kereta pertama

Wanita tidak ketinggalan seperti lelaki yang menjadikan kereta untuk bergaya. Justeru itu, mereka ini akan lebih memiliki kereta yang memberi statement dan berkelas.

Wanita kini tahu apa yang mereka mahukan dan tidak takut untuk mengejarnya. Contohnya sedan segmen B sepeti Honda City.

Ia memiliki reka bentuknya yang mewah dan ruang dalaman yang besar sangat menepati ciri-ciri wanita bekerjaya dan memiliki keluarga.

3. Keselamatan dan reabiliti

Seterusnya, tips beli kereta pertama adalah dari segi faktor keselamatan dan realibiliti. Faktor ini menjadi perkara asas bagi semua jenis pengalaman pemanduan yang terbaik.

Jika diikutkan, hari ini sistem keselamatan yang dipasang pada kenderaan kian canggih, selaras dengan perkembangan teknologi dan juga permintaan pengguna. Keselamatan kenderaan terdiri daripada jenis pasif, aktif dan juga jenis bantuan pemandu.

Ciri keselamatan untuk Honda City juga berada di kelas tersendiri, model ini dilengkapi dengan enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX dan banyak lagi.

Ciri keselamatan lain yang terbaik untuk sebuah kereta termasuklah juga Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC), Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS), Beg Udara SRS, dan Amaran Pengesanan Titik Buta (BSW).

4. Keselesaan ketika pemanduan

Memandu dalam tempoh lama atau sekejap, kita pastinya mahukan keselesaan di tahap yang paling maksima. Pemandu mahupun penumpang, masing-masing akan utamakan keselesaan dahulu.

Dari segi postur badan akan memberi kesan kepada keseluruan anggota tubuh badan. Begitu juga dengan kebolehan kerusi untuk dilaraskan dari kedudukan asalnya seperti kecondongan, depan dan belakang, dan sebagainya.

5. Beli kereta dengan susut nilai rendah, resale value tinggi

Mereka yang bijak dalam mengaplikasikan tips beli kereta pertama akan membeli kereta dengan susut nilai rendah dan resale value (nilai jualan semula) yang tinggi. Kita perlu jelas bahawa kereta ini mempunyai tempoh yang tertentu untuk ia kekal di tahap yang pertama sebelum ia jatuh dan digantikan dengan model baru.

Konsep ini sama dengan barangan seperti komputer, elektronik, pakaian atau kasut. Amat jarang seorang pengguna akan bertahan dalam memakai sebuah kereta sehingga dalam tempoh yang lama.

Biasanya, pemilik kenderaan akan menjual kereta pertama yang dibeli setelah beberapa tahun. Ini mungkin disebabkan oleh keperluan mobiliti mula meningkat seperti pertambahan ahli keluarga atau pendapatan bulanan keluarga bertambah baik kerana dinaikkan pangkat atau bertukar kerja.

Justeru itu, kereta dengan resale value yang tinggi secara tidak langsung membolehkan anda menjual semula kereta pada harga yang tinggi.

Faktor yang mempengaruhi nilai jualan semula ini termasuklah seperti warna kereta, jenama dan model, keadaan dalaman dan luaran kereta, milege atau perbatuan, rekod, kos penyelenggaraan, usia kereta, pengubahsuaian kenderaan, penjimatan bahan api, populariti, dan trend semasa.

6. Pandu uji kereta

Kesemua tips beli kereta pertama itu tidak akan berhasil sekiranya kita sendiri sebagai pembeli tidak melakukan pandu uji kereta sebelum membuat keputusan akhir.

Melihat dari segi luarannya amatlah berbeza dengan kita sendiri merasai pengalaman pemanduan dengan memandu kereta itu. Semasa melakukan ujian ini, perhatikan beberapa perkara yang sering membuat masalah kepada kereta seperti stereng kereta, brek kereta, alignment dan sebagainya.

7. Fahami istilah kontrak pinjaman kereta

Pembelian kereta tidak akan berlaku sebelum kita menandatangani pelbagai dokumen atau kontrak yang mempunyai butiran berkaitan pembelian dan penjualan. Justeru itu, kita amat disarankan untuk memahami kontrak pinjaman sewa beli kereta terlebih dahulu.

Baca dan fahami dengan teliti setiap istilah perjanjian untuk elak sebarang kekeliruan atau tertipu sehingga menyebabkan kita menanggung lebih banyak kos tambahan.

Diharapkan artikel berkenaan dengan tips beli kereta pertama ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk digunakan semasa membeli kereta. Buat pilihan yang tepat dan elakkan dari menanggung kerugian yang lebih besar.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top