Elak Dua Ciri Calon Suami Tidak Baik Untuk Bahagia Rumah Tangga, Rasulullah Pesan Nasihat Kepada Kaum Wanita

Setiap wanita pasti mengimpikan calon suami yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Namun tidak dinafikan kadang kala kerana perasaan cinta yang memuncak kepada seorang lelaki atau kerana kekhawatiran kita untuk mendirikan rumah tangga kerana takut tersalah pilih pasangan membuat kita sukar membuat pilihan. Rasulullah sebenarnya sudah berpesan ciri calon suami tidak baik kepada kaum wanita.

Untuk mengetahui apakah ciri calon suami tidak baik itu, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Lelaki pemimpin bagi para wanita

Manusia adalah khalifah di atas muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Bentuk ketaatan kepada Allah SWT yang lain selain sujud kepada Nya adalah dengan menerima penciptaan manusia itu terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Kedua-dua jantina ini mempunyai tanggungjawab yang tersendiri di atas muka bumi serta akan di adili dengan seadilnya di akhirat kelak.
Kaum lelaki misalnya, mereka akan menjadi ketua dalam keluarga yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarganya terselamat daripada api neraka. Kaum wanita pula menjadi isteri yang perlu patuh kepada suaminya selagi suami tidak menyuruh sesuatu yang bersalahan dengan ketepatan Ilahi.
Justeri itu mencari calon suami yang terbaik adalah sangat penting bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga di dunia dan akhirat.

Ciri calon suami tidak baik dan perlu dielakkan

ciri calon suami tidak baik

Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dari perkongsiannya ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW memberi saranan bagi kaum wanita agar menjauhi dan mengelak dari ciri calon suami tidak baik.

Terdapat satu hadis yang dilaporkan oleh seorang perempuan bernama Fatimah binti Qais. Dia seorang janda yang dicerai oleh suaminya dengan talak tiga. Dia memberitahu Nabi SAW bahawa dirinya dilamar oleh tiga orang lelaki.

Mereka adalah Muaqiyah, Abu Jaham dan Usamah bin Zaid. Menurut Fatumah, Nabi SAW berkata kepadanya,

“Muawiyah itu miskin. Abu Jaham itu suka memukul isterinya. Sebaiknya puan terima lamaran Usamah.”

Fatimah tidak setuju. Sambil dia memulas-mulas tangannya, dia berkata, “Usamah?” Nabi berkata, “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Lalu pun bernikah dengan Usamah.

Terdapat dua ciri calon suami tidak baik yang dimaksudkan dalam hadis itu iaitu:

  1.  Lelaki yang kedekut
  2.  Lelaki yang memukul isteri

Ciri calon suami yang baik untuk dijadikan pasangan

Tips untuk kaum wanita, antara calon suami yang baik untuk dijadikan pasangan adalah seperti yang berikut:

1. Taat kepada Allah dan Rasul Nya

ciri calon suami tidak baik

Kriteria utama yang menjadi keutamaan bagi calon suami terbaik adalah taatnya seorang lelaki itu kepada Allah dan Rasul Nya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa.”

Ketakwaan seorang lelaki adalah dengan menjaga diri daripada azab Allah SWT dan taat dalam menjalani perintah Nya dan menjauhi segala larangannya Nya.

2. Bersopan dan berakhlak mulia

Kecantikan fizikal mungkin akan pudar apabila berlalunya usia. Tetapi kecantikan akhlak dan peribadi akan kekal selamanya sehingga dia meninggal dunia.

Begitulah gambaran betapa pentingnya budi bahasa, sopan santun, dan akhlak peribadi seorang manusia. Hal ini juga ada diriwayatkan dalam sabda Nabi SAW:

“Mukmin yang sempurna imanya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya dan yang berbudi bahasa terhadap isterinya.”

3. Menyenangkan apabila dipandang

Faktor fizikal seperti wajah dan ketrampilan yang menarik secara tidak langsung dapat mewujudkan ketenteraman dalam hati. Sungguhpun tidak menjadi keutamaan, namun fitrah kita sebagai seorang manusia tidak akan menafikan gemar melihat sesuatu yang cantik.

Setidaknya dari segi ketrampilan biarlah rapi dan bersih agar pasangan juga selesa melihat diri kita.

4. Kemampuan memberikan nafkah

Carilah seorang suami yang mampu untuk memberikan nafkah. Nafkah ini menjadi kewajipan bagi seorang suami.

Masalah kewangan dalam rumah tangga boleh menjadi salah satu sebab punca pepecahan dalam rumah tangga. Bahkan suami yang lemah dalam mentabir dan menyara keluarga akan menjadikan perjalanan rumah tangga itu terjejas.

5. Tegas mempertahankan maruah

Lelaki yang baik mereka tegas dalam mempertahankan maruah dirinya, isterinya, keluarganya, dan anak-anaknya.

6.  Sekufu

Sekufu atau nama lainnya iaitu al kafa ‘ah bermaksud setaraf dalam halnya kedudukan, agama, nasab, rumah, dan sebagainya.

7. Menjaga pergaulan

Menjaga pergaulan sejak dari muda sebelum berkahwin, adalah tips penting dalam menjemput jodoh yang baik.

Mereka ini menjalani kehidupan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan jauh dari cara hidup bebas yang mampu membuatkan diri hanyut.

8. Bertanggungjawab

Pentingnya seorang lelaki yang bertanggungjawab kerana mereka akan faham akan amanah diberikan seorang isteri dan anak-anak dari Allah SWT kepadanya.

Untuk kaum hawa yang mahu menguji sama ada mereka mempunyai ciri calon suami tidak baik atau sebaliknya, lihatlah bagaimana mereka menjaga dan melayani keluarga dan ibu bapanya.

9. Mudah memaafkan

Melayari bahtera rumah tangga tidak akan pernah terkecuali dengan ujian dan cubaan. Justeru itu, mempunyai pasangan yang mudah memaafkan adalah “air” yang menyejukkan ketika berlaku persengketaan dalam rumah tangga.

Semoga perkongsian mengenai tentang ciri calon suami tidak baik dapat memberikan anda ilmu yang berguna untuk dijadikan panduan dalam memilih  pasangan yang terbaik.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top