Cara Buat Bergedil Biskut “Aneh” Tapi Enak Dijadikan Minum Petang Bersama Keluarga

Bergedil adalah makanan pembuka selera yang sangat popular bagi masyarakat Jawa. Masyarakat Indonesia memanggilnya perkedel, sedangkan kita di Malaysia menamakannya sebagai bergedil. Hari ini, kami ingin kongsikan kepada anda satu resepi unik berunsurkan makanan ini iaitu bergedil biskut.

Air tangan isteri untuk tambat perut dan hati suami

Orang lama kata, cara isteri untuk menzahirkan rasa romantik dengan suaminya adalah dengan air tangan di dapur. Bahkan ramai juga para suami yang “mengiayakan” kenyataan ini apabila mereka mengatakan makanan yang dimasak di rumah dirasakan lebih romantik berbanding masakan di restoran atau mana-mana kedai makan di luar.

Sesibuk manapun seorang isteri itu, pastikan ada makanan yang terhidang untuk suami di atas meja. Hal ini justeri dapat mengeratkan lagi hubungan antara pasangan suami isteri bertambah kuat.

Resepi bergedil biskut untuk santapan minum petang

Untuk membuat bergedil biskut, sebenarnya ia sama sahaja dengan membuat bergedil yang biasa kita buat. Namun uniknya, bagi resepi, adunan bergedil akan diapit dengan biskut Hup Seng.

Resepi unik ini kedengaran agak pelik tetapi memang sedap. Berikut adalah langkah bagaimana untuk menyiapkan sajian tersebut.

bergedil biskut

Bahan-bahannya:

  • 6-7 biji kentang (direbus dan dilenyek)
  • Garam, lada sulah, cukup rasa (secukup rasa)
  • Bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun sup dan bawang hiris halus
  • Sebji telur
  • Biskut Hup Seng secukupnya
  • Telur untuk celup bergedil sebelum goreng

Cara-cara membuatnya:

Berikut adalah cara-cara dalam membuat bergedil biskut ini:

Langkah A:

  1. Kupas kentang dan potong dengan ukuran secara sederhana nipis.
  2. Cuci dan toskannya.
  3. Kemudian, goreng sehingga masak, angkat, dan toskan dari lebihan minyak goreng.
  4. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa kentang itu masih panas.
  5. Ketepikan  dulu kentang yang sudah dilenyak tadi.

Langkah B:

  1. Masukkan semua bahan termasuk kentang yang dilenyekkan tadi kecuali telur dan biskut ke dalam satu bekas.
  2. Kemudian, gaul sehingga rata dan letakkan sedikit garam secukup rasa.
  3. Setelah sebati adunan dan rasanya, barulah dimasukkan telur kuning.
  4. Ambil sedikit adunan dan dikepal-kepalkan.
  5. Kapitkan adunan itu dengan biskut Hup Seng atau apa-apa biskut tawar.
  6. Seterusnya, celupkan ia dengan telur dan goreng dengan minyak panas seperti biasa.
  7. Masak sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.
  8. Bergedil biskut ini sedia untuk dinikmati.

bergedil biskut

Resepi bergedil biskut ini boleh menggunakan apa-apa resepi bergedil yang anda jumpa. Cumanya, resepi yang diajarkan ini memfokuskan kepada penggunaan kentang.

Kita boleh sahaja menukar resepi tersebut dengan mengantikan kentang dengan ayam atau daging. Mungkin lebih sedap dan membangkitkan selera.

Diharapkan perkongsian tentang resepi bergedil biskut ini memberikan anda ilmu baru yang bermanfaat untuk dijadikan santapan seisi keluarga.

Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart