Tak Sampai 24 Jam LRT Rapid KL Terganggu Wanita Disamun Guna Jalan Alternatif, Highway Jem Luar Biasa!

Pengangkutan awam di Malaysia menjadi jaringan utama dan kemudahan yang menghubungkan masyarakat dengan sesuatu tempat. Bahkan ia juga menjadi pilihan utama setiap hari bagi pekerja yang bekerja di ibu kota untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya. Pengumuman pergantungan 16 stesen berpunca dari sistem LRT Rapid KL terganggu ini memberi banyak kesan kepada ramai orang.

Sistem LRT Rapid KL terganggu, ramai terkesan

lrt terganggu

Ramai pengguna LRT laluan Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula 8 November lalu memberi kesukaran kepada pergerakan harian mereka. LRT Rapid KL terganggu menyebabkan ada di antaranya yang terpaksa berjalan kaki sejauh puluhan batu dan menggunakan khidmat e-hailing yang mahal untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.

Oleh kerana, lokasi tempat kerja yang jauh dari kediaman segelintir dari mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab. Hal ini kerana, rasa risau sekiranya lambat masuk kerja.

“Saya terpaksa keluarkan RM60 atau lebih untuk perjalanan pergi dan balik sehari ke tempat kerja menggunakan khidmat e-hailing.” – (Siti Hajar Abdullah, 23)

Pengguna yang terkandas selama 30 minit kerana kesesakan di Stesen Masjid Jamek turut berpeluang melihat sendiri lautan manusia yang terkesan dengan LRT Rapid KL terganggu.

“Stesen Jamek memang berganda sesak kerana masalah LRT Rapid KL terganggu ini. Nak pesan makanan pun kebanyakkan rider terpaksa tolak kerana jalan yang sesak.” – (Nurul Ashikin Mohd Zalizan, 25)

Bagi seorang pemuda yang sudah biasa menggunakan LRT untuk urusan hariannya, dia mengaku keadaan ini benar-benar menganggu emosinya semalam. Dengan keadaan cuaca yang melampau, semuanya sedikit sebanyak “memakan” rasa sabar.

“Saya bukan mengada-gada atau lemah tetapi dalam situasi hujan lebat dan penat dengan terpaksa menunggu lama memang betul-betul buat saya rasa tertekan dan kecewa kerana kita bayar perkhidmatan ini.” – (Nur Muhammad Haikal Ramli, 24)

Ini turut dirasai oleh seorang pegawai eksekutif yang selalu menggunakan laluan di Kelana Jaya. Menurutnya, setiap hari laluan tersebut memang sibuk dan sesak lalu penggunaan LRT menjadi pilihan tetapi bila mana ia tidak beroperasi rasa macam patah kaki.

“Sistem LRT Rapid KL terganggu ibaratnya seperti “patah kaki” kerana kemudahan awam itu adalah kenderaan harian saya.” – (Humairah Ismail, 30)

Wanita jadi mangsa samun kerana LRT Rapid KL terganggu

lrt terganggu

Mungkin ramai yang tidak nampak kepada risiko kaum wanita khususnya yang berdepan dengan situasi LRT Rapid KL terganggu ini. Masalah ini boleh mencetuskan kepada risiko keselamatan diri masing-masing.

Mana tidaknya, ada segelintir yang terpaksa menggunakan laluan alternatif susulan gangguan perkhidmatan tersebut. Baru-baru ini, seorang mangsa samun, Nur Sophia Jesmine Hasmin, 25 ada berkongsi pengalaman didekati dua lelaki yang menunggang motosikal.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika dia sedang menunggu bapanya di persimpangan antara LRT Sri Rampai dan sebuah kondominium.

Lelaki tersebut telah menyamum begnya yang mengandungi sebuah komputer riba berjenama dan telefon pintar.

“Pada awalnya, saya enggan melepaskan beg saya. Namun, selepas lelaki tersebut bertindak mengoyakkan beg menggunakan pisau, saya melepaskan beg tersebut sebelum mereke melarikan diri,” luah Sophia.

Dia walau bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi kes ini telah dilaporkan ke Balai Polis Setiawangsa.

Netizen pakat kongsi kereta pergi tempat kerja

lrt terganggu

Dalam kekusutan itu juga, seorang pengguna Twitter, Puteri N Balqis ada menawarkan kenderaanya untuk tiga individu yang mahu ke kawasan sekitar stesen KL Sentral dari stesen LRT Wangsa Maju akibat dari masalah LRT terganggu ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya di laman akaun Twitter. Perbuatan wanita ini dijadikan contoh oleh ramai rakyat Malaysia lain yang seikhlas hati untuk berkongsi kereta.

Kesimpulannya, LRT yang mengalami gangguan pada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik (ATC) ini memang menjejaskan ramai pihak.

Diharapkan anda semua dapat merancang perjalanan pergi dan balik dengan baik dan selamat sampai ke lokasi yang mahu dituju. Sama-sama kita doakan supaya masalah LRT Rapid KL terganggu ini tidak berpanjangan dan kita semua dapat beraktiviti seperti biasa.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top