7 Tips Pilih Kasut Yang Sesuai Dari Fesyen Pemakaian, Elak Sakit Kaki Bila Berjalan Lama

Jika ada orang beranggapan yang memilih fesyen pakaian lebih rumit dan cerewet berbanding kasut, mereka mungkin silap. Tugas memilih kasut yang dianggap mudah inilah yang sering kali menyebabkan kita terlepas pandang dalam menitikberatkan aspek keselamatan dan keselesaan diri berbanding kecantikan semata-mata. Apa kata kita ikuti tips pilih kasut yang sesuai ini berpandukan pemakaian fesyen yang betul.

Wanita jangan ketepikan soal trendy dalam memilih kasut

Buang jauh-jauh “mind set” hendak sihat perlu ikut cara lama semata-mata sehingga melupakan soal modeniti dan trendy dalam fesyen. Jika kasut kesihatan yang dijual di pasaran hari ini pun sangat mementingkan aspek trendy dan populariti rekaan, amatlah pelik sekali kasut yang kita pakai sehari-hari masih bergaya “mak cik”. Yang penting sebenarnya, ilmu berkenaan tips pilih kasut perlu ada bagi setiap wanita.

Ini akan menjadi garis panduan bagi mereka sebelum mengambil keputusan untuk membeli sepasang kasut dan bukannya hanya terikut-ikut dengan kecantikan luaran padanya sahaja.

Cara pilih kasut yang sesuai dan terkini, ini tips perlu anda tahu

Dibawah ini adalah tips pilih kasut yang sesuai untuk anda cuba dan praktikkan sebelum membeli.

1. Tahu kegunaan memakai kasut

tips pilih kasut yang sesuai

Kasut untuk ke majlis lain, kasut kasual lain, dan kasut dalam acara santai juga lain. Kesemuanya mempunyai  fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menonjolkan si pemakai. Bagi tips pilih kasut yang sesuai pertama, adalah kita perlu jelas dan tahu apakah kegunaan kasut tersebut?

Ianya sama ada untuk dipakai ke tempat kerja, majlis rasmi tertentu, acara santai, kasual, sukan, atau sebagainya. Sebagai contoh, kasut ke majlis rasmi biasanya lebih glamor, menawan, dan menjadi perhatian. Ada manik bling bling dan lorekan warna memukau pastinya membuatkan si pemakai dikenali ramai.

2. Tahu geografi lokasi yang hendak dituju

Jika si pemakai tahu tempat yang bakal dia tuju itu bergeografi tidak rata, bertanah lembap, atau berbatu, pastinya pemilihan kasut tumit yang terlalu tinggal atau runcing amat tidak sesuai. Bukan sahaja kasut boleh kotor dan sukar berjalan, malah lebih teruk ianya akan tenggelam ke dalam tanah atau si pemakai jatuh tersungkur di jalan.

Bunyinya agak lucu, tetapi itulah yang sering terjadi bila mana si pemakai nekad mengenakan kasut yang berisiko tinggi untuk memberi beban kepadanya apabila tidak mementingkan soal geografi lokasi. Dalam keadaan lokasi seperti ini, memilih kasut bertapak flat atau bertumit rendah lebih sesuai. Untuk nampak lebih menarik, ketengahkan aspek tekstur dan perincian yang lebih halus serta terbuka.

tips pilih kasut yang sesuai

3. Ada perincian yang menarik

Siapa kata kasut leper atau flat membosankan? Bijak sesuaikan perinciannya agar rekaan bertambah menarik. Fesyen kasut flat hari ini telah mengaplikasikan rekaan kasut flat balet yang mendapat permintaan ramai.

Apa yang menarik, ia bukan sahaja digunakan untuk acara santai malah sudah setaraf ke majlis-majlis rasmi di luar sana.

4. Boleh jadi kasut segera 2 in 1

Pasti anda memiliki kasut segera yang menjadi penyelamat setiap kali malas bersiap untuk kemana-mana. Sama ada mengenakan seluar jeans dan kemeja, atau baju blouse dan seluar panjang, kedua-dua jenis fesyen ini sesuai dikenakan dengan kasut segera anda.

tips pilih kasut yang sesuai

5. Apa beza beli kasut siang dan malam?

Ramai orang tidak tahu, membeli kasut disiang hari memang berbeza dengan waktu malam. Pakar mengatakan, kaki seseorang akan kembang sedikit pada waktu petang selepas banyak berjalan.

Oleh yang demikian, membeli kasut pada waktu siang lebih disyorkan kerana kita dapat mengenal pasti keselesaan kasut pada kaki dengan lebih baik.

6. Berjalanlah… jangan hanya sarung kasut di kedai

Jangan malu-malu lagi. Selepas ini sebelum beli kasut cuba sarungkan dahulu dan jalan di sekeliling dalam kedai untuk rasakan sendiri pengalaman dan keselesaan itu. Elak beli kasut yang anda rasa tidak selesa bila dipakai lama kerana besar kemungkinan ia akan memburukkan keadaan kaki.

7. Saiz tumit kasut tentukan keselesaan

Hendak cantik bukan sahaja perlu berani tetapi bijak juga. Bagi pengemar kasut tumit tinggi yang selalu berhadapan dengan masalah kaki tidak selesa jangan korbankan minat anda begitu sahaja. Pilh sahaja jenis kasut tumit tinggi yang bertumit blok besar untuk menambah keselesaan bila berjalan jauh.

tips pilih kasut yang sesuai

Kesimpulannya, bijak dalam berfesyen bukan sahaja menambahkan lagi pesona seorang wanita tetapi juga meningkatkan tarikan dan keyakinan diri semua orang. Kasut “makhota” bagi setiap gaya fesyen lama, terkini, dan akan datang.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

2 Comments
  1. […] kesukaran kepada pergerakan harian mereka. LRT terganggu menyebabkan ada di antaranya yang terpaksa berjalan kaki sejauh puluhan batu dan menggunakan khidmat e-hailing yang mahal untuk sampai ke tempat yang ingin […]

  2. […] kepada pergerakan harian mereka. LRT Rapid KL terganggu menyebabkan ada di antaranya yang terpaksa berjalan kaki sejauh puluhan batu dan menggunakan khidmat e-hailing yang mahal untuk sampai ke tempat yang ingin […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart