Posted on: September 25, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Mungkin situasi ini selalu terjadi dan mungkin suami tidak sedar dan faham akan mengapa kebanyakkan isteri akan tertidur di dalam kereta. Ada juga sesetengah suami terasa hati dengan tindakkan isteri sedemikian dan merasa seakan tidak senang dengan si isteri. Namun para suami sekalian, jika anda membaca coretan suami bernama Dr Redza Zainol ni..mungkin anda akan lebih memahami isteri anda.


“Dulu masa mula-mula nampak isteri saya tertidur dalam kereta, saya tersenyum seorang diri. Saya fikir ruginya tidur dalam kereta.  Saya ni jenis yang suka tengok keadaan sekeliling. Tengok bangunan, kedai atau apa-apa saja. Signboard besar-besar tepi jalan pun saya suka tengok.

Dah lama kahwin, barulah saya perasan yang isteri saya tidur tu sebenarnya sebab dia sedang kepenatan.”


Biarkan isteri berehat


Sejak tu, saya akan biarkan je dia tidur selena-lenanya. Kalau di lebuh raya, saya akan pandu kereta dalam kelajuan yang sama dan saya tak akan potong kereta lain melainkan kalau sangat perlu.


Kalau boleh, saya tak nak dia terbangun pun. Biarlah dia rehat.  Yang kelakarnya, setiap kali dia terjaga dari tidur, dia akan rasa bersalah sebab tertidur. Dia kata dia patutnya temankan saya masa memandu. Saya gelak je. Nak tidur, tidur je lah.

Kereta tempat paling tenang untuk isteri


Sebenarnya, bila isteri kita ada dalam kereta, itu boleh jadi tempat yang paling tenang untuk mereka. Bilik mandi pun tak setenang macam dalam kereta.


Dalam kereta, minda isteri bertukar kepada minda berehat. Mereka tak lagi nampak dapur yang bersepah, lantai yang kotor atau baju yang bersepah.  Setiap masa di rumah, otak isteri akan bekerja tanpa henti menguruskan itu dan ini di rumah. Tak habis satu, ada lagi satu kerja nak dibuat.


Tapi bila masuk dalam kereta semua imej rumah bersepah, baju bertimbun pun menghilang. Sebab tu bila masuk dalam kereta, terus otak dan badan isteri sama-sama berehat.

Jadi bila isteri ajak kita keluar rumah, niat tanpa sedar sebenarnya dia cuma nak berehat.
Kadang-kadang suami nampak isteri macam malas nak temankan suami memandu sebab asyik tidur. Itu bukan malas tapi kemungkinan besar isteri sedang ada penat yang melampau. Percayalah, kalau isteri dapat tidur walaupun hanya 20 minit, kita boleh nampak muka dia jadi segar dan lebih berseri-seri. Sebab tu saya tak berkira pun kalau dia nak tidur.

Kepenatan akan ganggu emosi isteri

Bila isteri terlalu penat, isteri yang baik pun boleh berubah menjadi garang pada anak-anak dan keluarga.

Kalau nampak isteri tengah tak keruan dan masam muka sepanjang hari, itulah tanda mereka sedang kepenatan. Cuti hujung minggu ni bawalah mereka berjalan. Bila isteri dapat rehat yang cukup, dia akan membahagiakan keluarganya semula.

Leave a Comment