5 Kedai Bunga Tangan Pengantin Popular Di Sekitar Shah Alam Untuk Pengantin Buat Tempahan Bunga Segar Sebelum Majlis

Bunga tangan pengantin menjadi satu dekorasi peribadi yang membangkitkan aura keanggunan seorang pengantin. Tanpa bunga segar yang mewarnai majlis perkahwinan tentunya majlis itu tidak ceria dan nampak tidak menarik. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda kedai bunga tangan pengantin yang popular di sekitar Shah Alam.

Pemilihan bunga tangan pengantin yang terbaik

Pemilihan bunga tangan pengantin yang sesuai pastinya menguji kita untuk mencari yang terbaik. Aspek seperti warna, bentuk, saiz, serta jenis bunga memainkan peranan yang penting untuk kita tekankan.

Semua aspek yang disebutkan itu perlu bertepatan dengan tema majlis perkahwinan kita. Gabungan jambangan bunga sebenarnya memiliki makna yang tersendiri.

Berikut adalah kedai bunga tangan pengantin yang boleh anda kunjungi untuk membuat tempahan awal di sekitar Shah Alam.

1. Teratai Floral, Seksyen 20

kedai bunga tangan pengantin

Dengan pengalaman selama 23 tahun menyediakan servis dan perkhidmatan dalam penggubahan bunga, Teratai Floral terbukti mempunyai pengalaman yang luas dalam memuaskan hati semua bakal pengantin di luar sana.

Apa yang menarik, Teratai Floral menjadi tumpuan warga Shah Alam yang mahu mendapatkan gubahan bunga dengan bajet yang rendah. Usah risau soal kualitinya kerana banyak jenis gubahan yang boleh kita pilih.

Alamat: No.3, Jalan Singa E20/E, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.30 pm), Ahad (tutup).

Laman sosial: Facebook | Instagram | Review pelanggan

No. telefon: 016-616 4224


2. NeFlorist, Seksyen U13

NeFlorist yang terletak di Jalan Setia Prime menyediakan lebih dari 400 pilihan gubahan bunga yang menarik. Ia bermula dari harga serendah RM 7.50 sehinggalah RM 830.00.

Produk-produk yang ditawarkan termasuklah jambangan bunga untuk perkahwinan, hiasan dan aksesori kereta pengantin, susunan pasu bunga dan banyak lagi.

Rangkaian servis mereka boleh di dapatkan di seluruh Malaysia dan luar negara, tau!

Alamat: 13-1-1, Jalan Setia Prima DU13/D Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 3.00 pm) .

Laman sosial: Laman web | Review pelanggan 

No. telefon: 016-560 5626


3. Star Garden Florist, Setia Alam

Sebut sahaja apa gubahan bunga yang anda mahukan, bunga tangan pengantin atau apa sahaja boleh di dapatkan di Star Garden Florist.

Bosan dengan rekaan yang ada dalam katalog mereka, anda boleh minta bantuan di sini untuk buat gubahan bunga yang baru agar lebih eksklusif.

Alamat: No 1, U/13BG, 1, Jln Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Laman sosial: Facebook | Review pelanggan

No. telefon: 012-513 6926


4. Imani’s Florist, Seksyen 18

Antara yang paling unik sekali dari kedai bunga lain, Imani’s Florist mengetengahkan konsep perniagaan seperti home-based. Dari bunyinya sahaja sudah menarik bukan?

Untuk pengetahuan anda, kedai ini menjanjikan rekaan gubahan bunga dengan kemasan yang unik beserta perincian yang teliti. Bagi sebuah majlis perkahwinan, Imani’s Florist bukan sahaja tertumpu kepada gubahan bungan tangan pengantin.

Malah, ia juga mampu menyediakan servis membuat rekaan sireh junjung bagi tema majlis perkahwinan adat tradisional Melayu dan gubahan dari wang kertas yang menarik.

Alamat: Ole Ole Shopping Centre, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.30 pm), Ahad (tutup).

Laman sosial: Facebook | Instagram | Review pelanggan

No. telefon: 014-392 1125


5. Luseary Flower, Jalan Setia Dagang

kedai bunga tangan pengantin

Terdapat lebih 11 kategori servis gubahan bunga, Luseary Flower sudah beroperasi menyediakan khidmat gubahan bunga sejak 7 tahun yang lalu. Untuk buat langganan bunga setiap bulan pun ada tau!

Ke semua produk mereka boleh anda dapatkan bermula dari harga  RM 99 sehingga RM 299 pada setiap bulan. Selain menambah keceriaan di majlis perkahwinan kita, boleh juga diletakkan di rumah pengantin baru.

Alamat: Sunsuria Forum @7th Avenue Jalan Setia Dagang AL U13/AL.E-G-18, Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Sabtu (10.30 am – 7.30 pm), Ahad (10.30AM – 5.30PM), Isnin (tutup).

Laman sosial: Laman web | Facebook | Review pelanggan 

No. telefon:  013-5280736

Diharapkan perkongsian mengenai kedai bunga tangan pengantin ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk digunakan. Jangan lupa buat tempahan awal supaya tidak kelam kabut.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart