Mufti Perjelas Hukum Tayang Makanan Di Media Sosial Sebelum Berbuka Puasa

Perbuatan tayang makanan di media sosial dilihat sudah menjadi trend yang biasa orang buat tidak kira usia. Namun apabila kebiasaan ini tetap dibuat juga pada bulan puasa, ia mewujudkan satu keadaan yang kurang enak dalam suasana masyarakat Muslim yang sedang mengerjakan ibadah puasa.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai hukum tayang makanan di media sosial pada bulan Ramadhan.

Mufti Pulau Pinang tegaskan hukum tayang makanan di media sosial

tayang makanan di media sosial

Hukum asal perbuatan menularkan gambar makanan yang sedap kepada orang lain adalah harus. Namun hukumnya boleh berubah tergantung kepada niat mereka yang tayang makanan di media sosial tersebut.

Sekiranya niat kita adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai maka hukumnya adalah haram. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati umat Islam agar tidak memuat naik juadah makanan atau minuman ke media sosial.

Menurut beliau, hukum tayang makanan di media sosial biarpun tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut cenderung untuk menggalakkan orang lain untuk tinggal puasa atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

tayang makanan di media sosial

Ia boleh jatuh kepada hukum berdosa kerana dilihat mendorong orang lain untuk tinggal puasa. Menurut pandangan ulama lain seperti Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskkan bahawa tindakan tayang makanan di media sosial ketika bulan puasa tidak jatuh haram hukumnya.

Namun begitu ulama berpesan supaya janganlah kita ketika berpuasa bersikap terlampau menayang-nayangkan gambar makanan kerana bukan semua orang yang mampu beli apa yang kita tunjukkan di media sosial.

Budaya membanding-bandingkan dengan orang lain

Hanya dari sekeping gambar, bermacam-macam terjemahan boleh dihadam dalam minda masyarakat kita. Ada yang terliur melihat keenakkan makanan, ada yang sedih kerana tidak mampu, ada yang dengki dan cemburu, dan bermacam-macam ragam lagi.

Sebagai seorang manusia, kita tidak mempunyai kekuatan untuk membaca isi hati seseorang sama ada mereka terkesan atau tidak semasa melihat gambar yang ditayang di media sosial itu.

Elak berkongsi jika tiada kepentingan

tayang makanan di media sosial

Justeru itu, adalah lebih baik untuk kita menjaga diri, tangan, dan mata masing-masing dari berkongsi sesuatu yang mungkin dalam tidak sedar boleh memudaratkan orang lain.

Mungkin niat kita baik untuk berkongsi menu masakan kepada orang lain, namun berbalik pada soal hati tiada siapa yang tahu isi hati orang yang menerimanya.

Oleh yang demikian, bersederhanalah dalam setiap tindakan. Jika tiada kepenting untuk tayang makanan di media sosial, lebih baik dielakkan.

Melainkan jika ada tujuan yang benar-benar bermanfaat seperti berkongsi resepi atau mempromosikan restoran dan kedai makan.

Tips puasa dari media sosial ketika ramadhan

Bulan puasa mendidik kita bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga tetapi juga nafsu sendiri. Yakni di bulan penuh keberkahan ini, setiap amal baik yang kita lakukan akan dinilai pahala sebaliknya keburukan yang dibuat akan mengurangi pahala.

Dari sebesar-besar perbuatan sehinggalah sekecil-kecil amal seperti penggunaan media sosial di bulan Ramadhan juga akan dinilai.

Hal ini kerana ramai orang tidak sedar, cara kita menggunakan media sosial boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif kepada diri.

Berikut ini adalah beberapa tips penggunaan media sosial di bulan Ramadhan untuk anda jadikan panduan:

  • Bijak dalam membuat konten atau posting yang terbaik dan berfaedah kepada orang lain.
  • Mula unfollow dan block mana-mana akaun yang membawa aura negatif kepada diri.
  • Setting penggunaan media sosial.
  • Pilih konten video yang bermanfaat dan positif.
  • Hindari konten berunsurkan hiburan dan kontroversi.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai hukum menayang gambar makanan di media sosial ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dan dikongsikan bersama.


aRTIKEL bERKAITAN:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top