6 Tips Mudah Solekan Tahan Lama & Kekal Flawless Sampai Habis Majlis

Pengantin berhadapan dengan masalah untuk pastikan solekan tahan lama? Takut kurang keyakinan diri bila di majlis kahwin nanti dengan wajah pucat tidak sekata?

Jika kedua-dua ini permasalahan anda, mungkin artikel ini sesuai untuk anda semua baca dan praktikkan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips bagaimana untuk memastikan solekan tahan lama khusus untuk bakal-bakal pengantin di luar sana.

Cara mudah buat solekan tahan lama

solekan tahan lama

Umumnya terdapat banyak faktor yang boleh menentukan sama ada solekan tahan lama atau tidak. Contoh faktor-faktor yang dimaksudkan itu adalah seperti kualiti produk yang digunakan, cara kita mengaplikasikan produk tersebut ke wajah, dan sebagainya.

Bagi yang masih baru dalam dunia solekan, rasa keliru untuk memilih produk make up yang sesuai sudah pasti menganggu kita untuk membuat keputusan yang terbaik bagi menghasilkan wajah yang sempurna di hari pernikahan.

Berikut ini, kami kongsikan beberapa tips untuk memastikan solekan tahan lama yang anda boleh lakukan:

1. Jaga rutin penjagaan wajah setiap hari

Sebelum meletakkan apa-apa makeup di wajah, pastikan dahulu wajah sudah dicuci sebersihnya, exfoliate dan pakai pelembap wajah juga. Hal ini kerana menurut seorang jurusolek profesional, 70% penyebab solekan tahan lama adalah dari persediaan dan keadaan kulit muka sebelum disolek.

Manakala 30% selebihnya adalah dari bagaimana kita mengolah solekan itu sendiri. Justeru itu jelaslah di sini menitikberatkan soal kebersihan wajah adalah yang utama untuk mendapat solekan tahan lama.

Kita disarankan untuk cuci muka 2 kali setiap hari, pakai pelembap dan pelindung matahari serta buat exfoliation sebanyak 2 kali seminggu.

Selain penggunaan produk penjagaan muka, kita juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Lakukan senaman untuk kecergasan diri dan minum air yang secukupnya agar kulit sentiasa segar dan menawan.

2. Gunakan primer

Selain itu, untuk pastikan solekan mampu bertahan juga, kita perlu memakai primer sebelum bersolek. Fungsi primer ini adalah untuk membuatkan pori wajah nampak lebih kecil dari asal.

Ia juga digunakan untuk membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit cukup rata untuk proses pemakaian make up nanti.

3. Pilih foundation yang betul

Beli alat solek perlu dengan betul, teliti, dan sesuai untuk keperluan diri kita sendiri. Sangatlah membazir jika kita beli itu dan ini tetapi semua yang dibeli tidak sesuai untuk dipakai lalu akhirnya barang tersebut terbiar tidak digunakan.

Misalnya adalah halnya membeli foundation kita perlu melihat dengan teliti dari segi kualiti jenamanya dan kesesuain warna pada kulit wajah agar tidak nampak campik bila dipakai.

Disarankan untuk anda pilih foundation yang bebas minyak untuk elak dari bercapuk semasa digunakan. Bagi mereka yang ada masalah kulit kering pula, carilah produk yang mempunyai asid hialuronik agar wajah sentiasa hidrat.

4. Bersolek nipis tetapi berlapis

Letaklah seberapa banyak pun make up pada wajah kita, akhirnya pada sesuatu keadaan tertentu ia tetap akan luntur juga. Hal ini kerana solekan tahan lama bukan dinilai dari kuantiti yang banyak.

Namun sebaliknya adalah teknik yang kita gunakan semasa menyolekkan seseorang. Untuk teknik solekan yang lebih baik ia perlulah bermula dari pemakaian foundation yang betul.

Pastikan foundation diaplikasikan secara nipis sahaja lalu biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum di tambah dengan lapisan yang kedua. Ia diakhiri dengan pemakaian foundation dengan bedak untuk pastikan solekan tahan lama.

5. Spray solekan tahan lama

Beli setting spray untuk pastikan solekan tetap pada tempatnya dan kulit lebih glowing. Gunakan di pada proses terakhir solekan agar tahan lama.

6. Buat test make up terlebih dahulu

Nasihat kepada bakal pengantin di luar sana, setelah anda berjaya memilih MUA untuk majlis perkahwinan anda. Tolong pastikan anda buat test make up terlebih dahulu sehingga anda berpuas hati sebelum menyerahkan tugas solekan kepadanya.

Hal ini bagi memastikan kedua-dua belah pihak boleh mencapai kata sepakat yang memuaskan hati semua bagi memastikan perjalanan majlis perkahwinan itu nanti berjalan dengan lancar khususnya dari sudut persediaan pengantin.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai tips solekan tahan lama ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam pemilihan solekan terbaik untuk majlis perkahwinan nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart