8 Tempat Makan Romantik Johor Yang Menarik Untuk Sambut Anniversary

Sesibuk mana pun kita dan pasangan setiap hari, jangan terlupa untuk cari masa eksklusif berdua untuk menghangatkan semula hubungan. Dating berdua tidak perlukan tempat mahal tetapi cukup ia memberi makna dan memori yang tersendiri untuk kalian.

Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa tempat makan romantik Johor yang terbaik untuk anda dan pasangan sambut anniversary atau ulang tahun hari jadi bersama.

1. Bora Bora Botanist

tempat makan romantik johor

Tidak perlu hairan jika sesiapa sahaja yang singgah ke Bora Bora Botanist akan berhenti sejenak di hadapan pintu masuk untuk melihat hiasan dalamannya yang begitu indah.

Aura kehijauannya sahaja sudah memberi kita ketenangan yang tersendiri.

Dinding restoran yang ditutupi dengan tumbuhan subur dan dan hijau ditambah barisan huruf neon yang berwarna merah jambu semakin menarik dari pancaran cahaya lampu rotan di atasnya.

Restoran ini benar-benar sesuai sebagai tempat makan romantik Johor khusus bagi mereka yang mahu menyambut hari jadi dan ulang tahu perkahwinan.

Menu paling popular di sini adalah Wagyu Tomahawk yang digilai ramai. Selain itu, ada juga hidangan lain seperti burger dengan kentang goreng, Sup Cendawan Truffle Hitam dan Tiram segar untuk para pelanggannya.

Waktu beroperasi: Setiap hari (12 pm – 10 pm)

Laman sosial: Facebook | Instagram

Lokasi: Unit No.1 Block B, 81750 Masai, Johor


2. Cafe BLD

tempat makan romantik johor

Bagi yang mahukan sebuah tempat makan romantik di Johor tetapi mahu sajian makan malam bufet bertaraf antarabangsa, Cafe BLD mungkin pilihan yang tepat untuk anda cuba.

Pelbagai hidangan laut segar ada disediakan di sini seperti udang, ikan, ketam, tiram dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, bagi yang teringin untuk cuba makanan Jepun seperti Teppanyaki turut disediakan.

Bagi yang berkunjung ke sini untuk menyambut hari jadi atau anniversary, anda boleh cuba menu pastri termasuklah kek mereka yang lembut dan gebu itu.

Waktu beroperasi: Setiap hari (6 am – 10 pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

Lokasi: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor


3. Chez Papa French Bistro

Jika anda gemarkan suasana dan sajian French cuisine, boleh singgah ke Chez Papa French Bistro.

Restoran yang sudah beroperasi sejak 1999 ini memang berpengalaman luas dalam memberikan sajian Perancis terbaik dan berkualiti seperti Escargots, French Onion Soup, and Foie Gras dan sebagainya.

Waktu beroperasi: Isnin – sabtu (6 pm – 10.30 pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

Lokasi: 38 and 40, 38 and 40, Jalan Jaya, Taman Maju Jaya, 80400 Johor Bahru, Johor


4. George & Dragon Cafe

Keunikan dari restoran George & Dragon Johor Bahru adalah ia menawarkan pengalaman baru bagi anda yang mahu merasai sendiri berada dalam zaman pertengahan England.

Barangan antik Inggeris asli yang tergantung di dinding restoran ini benar-benar memukau perasaan mereka yang datang ke sini.

Memfokuskan sajian barat yang menarik, George & Dragon Johor Bahru menyajikan kek Inggeris yang lazat seperti Baileys Cheesecake Chocolate Brownies, Chocolate Peanut Butter Cake, Lemon Drizzle, dan bermacam lagi menu barat yang lain.

Waktu beroperasi: Rabu – Isnin (12 pm – 10 pm)

Laman sosial: Facebook

Lokasi: No. 1 & 3, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor


5. Sky 26 Holiday Villa

Siapa kata di Johor Bahru, kita tidak boleh dapat merasai pengalaman berada di restoran atas atap seperti di Atmosphere 360 atau Marini’s on 57?

Tempat makan romantik Johor iaitu Sky 26 Holiday Villa ini menyediakan semua apa yang anda mahukan.

Menikmati makan malam bersama orang tersayang sambil melihat panorama keindahan malam dari atas, ianya memang sesuatu yang sangat istimewa.

Bila lokasinya pun sudah strategik dan menarik, apatah lagi makanannya. Memang confirm tidak menyesal!

Waktu beroperasi: Setiap hari (6 pm – 2 am)

Laman sosial: Facebook | Instagram

Lokasi: Holiday Villa, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor


6. Rowan & Parsley Food Atelier

Restoran Rowan & Parsley Food Atelier menawarkan konsep rekaan lokasi makan yang bercirikan desa dari perabot kayu dan seni hiasan dalamannya.

Dari segi menu sajian, restoran ini menawarkan pelbagai hidangan barat bermula dari sarapan dengan daging salai yang digabungan bersama kopi sehinggalah makan tengah hari dan malam.

Latar belakang semula jadi yang menakjubkan ini sangat sesuai bagi para instagrammable untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

Waktu beroperasi: Ahad – Jumaat (11 am – 10 pm)

Laman sosial: Facebook | Instagram

Lokasi: 17, Jalan Cenderai 20, Taman Perindustrian Kota Puteri, 81750 Masai, Johor


7. Aticca Bistro & Bar

Tempat makan romantik Johor yang berikutnya adalah Aticca Bistro & Bar. Konsep restoran ini lebih minimalis dan moden.

Ia juga menyajikan pelbagai menu barat yang enak untuk anda cuba bersama pencuci mulut yang manis.

Waktu beroperasi: Setiap hari (4 pm – 1 am )

Laman sosial: Facebook

Lokasi: 2, Jalan Roda 3, 81300 Skudai, Johor


8. Tosca Italian Trattoria

Teringin menikmati hidangan Itali di restoran makanan Itali asli? Anda boleh cuba untuk singgah ke Tosca Italian Trattoria.

Menikmati hidangan di sini sambil melihat pemandangan di bandaraya Johor Bahru memang satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Waktu beroperasi: Setiap hari (12 pm – 12 am)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

Lokasi: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai tempat makan romantik Johor ini dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk merancang aktiviti di hujung minggu bersama yang tersayang dengan sebaik mungkin.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart