10 Kafe Estetik Di KL Yang “Muslim-Friendly” dan Berbaloi Untuk Geng Instagrammable

Tempat makan dekat Malaysia ini memang sangat banyak. Setiap setapak kita berjalan, tentunya ada sahaja lokasi tempat makan baru yang menyajikan manakan lazat dari air tangan tempatan, western, chinese food dan banyak lagi.

Namun mencari tempat makan yang best, unik, estetik dan sesuai untuk “port” melepak bersama rakan-rakan di sekitar bandar Kuala Lumpur tidaklah begitu mudah. Artikel pada kali ini, kami akan menyenaraikan 10 kafe estetik di KL yang sangat sesuai untuk instagrammable dan paling penting mesra Muslim.

1. F.R Coper

kafe estetik di kl

Mahukan kafe yang menyajikan 1001 pencuci mulut dan manisan yang lazat? Anda patut cuba untuk ke F.R Copper.

Di sini ia sangat terkenal dengan suasana kafe santai, rekaan hiasan minimalis dan moden, serta menu sajian yang menyelerakan.

Alamat: 117, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 7pm)

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook 


2. Dotty’s

Dotty’s mempunyai banyak cawangannya di sekitar bandar Kuala Lumpur. Ia menyediakan pelbagai jenis pastri yang murah dan sedap bermula dari jenis moden sehinggalah ke tradisional seperti red velvet croissant, salted egg cronut, charcoal cruffins, dan banyal lagi.

Alamat: Lot G03J-K, Ground Floor, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am – 10pm)

Laman sosial:  Website | Instagram | Facebook 


3. Merchant’s Lane

Bagi pengemar kopi seperti latte, espresso, cappucino, dan americano, tentunya Merchant’s Lane perlu tersedia dalam senarai kafe estetik di KL yang wajib anda kunjungi.

Kelainan yang ada selain konsep dalaman kafenya yang menarik dan cantik, ia juga menyajikan makanan barat mengikut citarasa masyarakat Malaysia.

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11.30am – 9.30pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook 


4. SWÔL

Antara kafe estetik di KL yang paling “mind blowing” adalah SWÔL. Kafe ini sangat hebat dan bercirikan rekaan futuristik putih dan sedikit funky.

Ia menyajikan menu pilihan dari Perancis seperti makaron, croissant, pain au chocolat, piza twist, tart, kopi istimewa, dan banyak lagi.

Alamat: 34-1, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 8pm)

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook 


5. Jibby by the Park

kafe estetik di kl

Jibby by the Park menjadi antara lokasi yang sangat istimewa kepada sesiapa yang mahu lari dari hiruk pikuk bandar kepada suasana alam semula jadi dan pokok-pokok hijau.

Ia mengamalkan konsep semula jadi yang mana tempat makan diletakkan di luar kedai untuk membangkitkan aura yang lebih “fresh”.

Alamat: FF-18 & FF-19, First Floor, The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa ParkCity, 52200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook 


6. Pokok.kl

kafe estetik di kl

Menjadi lokasi wajib sarapan pagi pelajar MAHSA, kafe Pokok.kl mengekalkan konsep alam semua jadi yang sangat estetik di tambah ruangan kafe yang luas dan terang.

Tarikan yang ada di sini selain pelbagai makanan barat hingga Asia seperti Salad Salmon Mediterranean, Nasi Lemak, Avo Maverick, dan Acai Bowls.

Anda juga pasti terpukau dengan tingkap ikonik dan suasananya yang begitu mengasyikkan untuk menangkap gambar.

Alamat: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Khamis – Ahad (10am – 9pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook 


7. Bukku Cafe

kafe estetik di kl

Buat pencinta buku, coklat, dan kopi, jangan lupa untuk singgah ke Bukku Cafe. Kafe ini sangat simple tetapi estetik dengan konsep halaman belakang yang dilengkapi perabot kayu dan tumbuh-tumbuhan.

Rak buku di merata-rata boleh anda jumpa ketika berada di sini. Baca buku sambil menikmati sajian menyelerakan memang kepuasan yang luar biasa!

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook 


8. Soul Sacrifice

Dengar sahaja tentang Soul Sacrifce, tentu ada yang istimewa di dalamnya. Soul Sacrifce adalah nama yang berasal dari lagu penyanyi rock Amerika.

Konsep kafe ini adalah “adventurous” yang mana anda akan selami kejutan demi kejutan ketika berada di dalamnya.

Alamat: 38, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8am – 6pm)

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook 


9. Feeka

kafe estetik di kl

Di mana lokasi yang sesuai untuk melepak sambil mengulang kaji selain di Mc Donald? Anda boleh cuba singgah ke Feeka.

Kafe ini bertemakan minimalis tetapi memang sedap mata memandang. Bole juga dapatkan pelbagai hidangan brunch di sini seperti breakfast bowls dan pelbagai jenis pastri yang enak.

Alamat: 19, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (8 am – 10 pm)

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook 


10. Botanica + Co

kafe estetik di kl

Botanica + Co menampilkan dekorasi luaran dan dalaman dengan pokok-pokok hijau yang memukau. Banyak juga jenis hidangan yang boleh anda nikmati di sini seperti Angus Sirloin, Char-Grilled Scallop, Grilled Caesar Salad, Pineapple-Fed Chicken, dan banyak lagi.

Alamat: Botanica + Co, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.30 am – 10 pm), Sabtu & Ahad (9.30 am – 10pm)

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook 

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai kafe estetik KL ini dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk merancang aktiviti di hujung minggu dengan sebaik mungkin.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart