“Saya Berhijab Kerana Allah!” Perkongsian Almy Nadia Berhijrah Ikhlas Tiada paksaan

Hidup ini mengajar kita untuk jadi yang terbaik dari hari ke hari. Bermatlamat mendapat pengahkhiran yang baik, sudah semestinya di dunia kita juga perlu berkorban untuk melakukan sebanyak mana amal kebaikan kerana Allah.

Kisah Datin Almy Nadia berhijrah ini mungkin boleh anda jadikan pengajaran bagaimana perjalanan ibu kepada 4 orang cahaya mata ini tabah dalam mengharungi liku hidupnya agar menjadi hamba Nya yang terbaik.

Datin Almy Nadia berhijrah mula dengan pakaian

Sebut sahaja tentang pasangan serasi Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia siapa yang tidak kenal dengan wajah hero dan heroin yang banyak menghiasi drama di televisyen sejak dulu lagi. Kali ini kita tidak mahu menyentuh isu tentang karier seninya tetapi kami ingin berkongsi tentang sebab Almy Nadia berhijrah yang buat ramai tertanya-tanya.

Almy Nadia mula dilihat mengenakan hijab pada bulan Jun tahun lalu. Menurutnya, dia nekad untuk berhijab selepas mula memakai selendang dan pakaian longgar.

“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah. Saya juga berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” jelasnya.

Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Binti Ungku Aminuddin Shah turut berkata yang suaminya itu tidak pernah sesekali menghalang hasratnya itu malah tidak juga memaksa untuk berhijab.

Tiba masa saya berhijrah jadi isteri, ibu dan hamba yang lebih baik

Sebagai seorang suami sudah pastinya keputusan Almy Nadia berhijrah memberikan kegembiraan pada rumah tangga mereka sendiri. Namun begitu, langkah penghijrah ini tidak mahu diambil sambil lewa sebaliknya benar-benar istiqamah menuju ke satu perubahan baru.

Oleh sebab itulah, suaminya ada bertanya adakah penghijrahan ini dibuat kerana ikhlas atau ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Suami ada bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.

Menurutnya Almy lagi, ahli keluarganya dan mertua semua berhijab dan mereka sangat positif menyokong penghijrahan dirinya.

“Malah saya berhijab kerana Allah.”

Baginya yang sudah lama bergelar anak seni, dia sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu. Dan sekarang adalah masanya untuk Almy Nadia berhijrah menjadi isteri, ibu, dan hamba Allah yang lebih baik.

Untuk pengetahuan anda, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka bersama telah dikurniakan empat orang puteri iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora, 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, 1 tahun empat bulan dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.

Wedpedia sentiasa mendoakan semoga Almy Nadia diberikan kesabaran, kecekalan hati, dan kekal istiqamah dalam jalan hijrahnya ini.

Diharapkan perkongsian kami mengenai kisah Datin Almy Nadia berhijrah ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk dijadikan pengajaran dan motivasi dalam hidup.


aRTIKEL berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart