Tetamu Nak Jamu Apa? 12 Cara Pilih Katering Idaman Yang Jimatkan 20% Kos Majlis Kahwin Tetapi Makanan Sedap

Selain memilih busana pengantin yang cantik dan menarik, ada lagi satu perkara penting yang perlu kita risaukan iaitu pilih katering. Bila ada majlis kahwin maka pastinya ada tetamu. Bila tetamu datang, apa yang kita sebagai tuan rumah hendak jamu mereka? Ini sebabnya katering penting dalam sebuah majlis. Ramai tentunya bakal pengantin yang masih tidak faham cara pilih katering terbaik agar tidak lari bajet dan mudah ditipu. Untuk itu, kami kongsikan beberapa cara pilih katering idaman yang penting untuk anda tahu.

Semak 12 cara pilih katering agar tidak mudah ditipu

cara pilih katering

Tidak semua syarikat katering itu suka menipu pelanggannya. Menabur janji-janji manis lalu yang dipersembahkan dalam majlis sesuatu yang tidak berkualiti. Hanya segelintir yang mempunyai rasa tidak tanggungjawab seperti itu. Namun yang demikian, kita sebagai pengelola majlis mestilah faham dan peka dengan segala keputusan yang dibuat. Setiap kesilapan yang kita lakukan akan membawa kerugian bukan sahaja dari segi duit tetapi masa dan tenaga juga. Sebab itu penting kita tahu cara pilih katering yang betul.

1. Cari servis katering kahwin yang berdekatan dengan tempat tinggal

Banyak sebenarnya syarikat yang menawarkan khidmat katering makanan berdekatan dengan tempat tinggal kita. Mungkin kita sahaja yang tidak pernah tahu dan ambil tahu. Penting di sini kita buat sehabis baik “survey” dengan menyenaraikan beberapa syarikat yang ada servis katering.

Bila servis yang didapatkan itu dekat, ini bukan sahaja memudahkan kita untuk memantau perjalanan persiapan majlis tetapi juga untuk memudahkan sebarang tindakan diambil jika pihak katering menipu atau sebagainya.

2. Rajin-rajin tengok testimoni pelanggan lalu

cara pilih katering

Testimoni ini penting bukan sahaja ketika memberi barang tetapi untuk cara pilih katering juga. Biasanya syarikat katering mempunyai portfolio mereka yang lalu semasa menguruskan majlis-majlis pelanggan lain. Semak satu persatu dan tanya jika kita mahu maklumat yan lebih detail.

Jika berkesempatan, datang ke majlis mereka sendiri untuk kita rasai pengalaman serta layanan syarikat katering tersebut secara dua mata.

3. Pastikan pilih syarikat katering yang berpengalaman

Menjalankan bisnes katering ini bukan mudah. Mereka yang menguruskan syarikat katering sudah tentu mempunyai sijil, latihan, dan pengalaman yang banyak sebelum mereka mampu untuk membuka syarikat sendiri.

Oleh yang demikian, pastikan syarikat katering yang dipilih itu benar-benar mempunyai pengalaman luas dalam selok-belok menguruskan majlis khususnya katering dan melayan tetamu.

4. Buat senarai pendek pilihan pakej katering

cara pilih katering

Syarikat katering pasti ada pakej katering mereka sendiri. Kadang kala dalam masa yang sama kita juga mempunyai idea dan kemahuan untuk memiliki katering idaman dalam majlis spesial seperti itu.

Tidak salah untuk berkongsi idea dan inspirasi untuk menjayakan masjli tersebut. Dan jangan lupa untuk tetapkan juga anggaran bilangan tetamu yang akan hadir serta senarai tetamu VVIP untuk penyediaan katering khusus.

5. Tentukan tema majlis dan sesuaikan dengan hidangan

Pelik jika tema majlis berkonsepkan tradisi Jawa Tradisional tetapi makanan dari masakan Melayu seperti ayam masak merah, nasi minyak, dan sayur acar. Ia perlulah disesuaikan dengan tema majlis juga agar tidak hilang keaslian yang mahu ditonjolkan itu.

cara pilih katering

6. Dapatkan sebut harga

Soal harga ini sangat penting. Pihak syarikat katering sepatutnya perlu memberikan harga tetap yang beserta detail cas yang dikenakan bagi setiap servis. Ini untuk mengelakkan kita sendiri berdepan dengan cas tambahan yang mengelirukan dan membuat selisih faham kedua-dua belah pihak.

Sekiranya kita mempunyai bajet yang terhad, jangan malu untuk menyatakan bajet kepada pihak katering dan meminta pandangan serta nasihat mengenai pakej yang sesuai dengan bajet itu.

7. Berbincang dengan berdepan

Elakkan dari berhubung melalui WhatsApp atau panggilan telefon ketika berurusan dengan pihak katering. Lebih baik untuk berjumpa dan berbincang secara berdepan agar mesej dan maklumat mahu disampaikan dapat diterima dengan baik.

8. Jangan lupa rasa lauk hidangan

cara pilih katering

Nama lauk punyalah gempak tetapi bila rasa “hauk” sangat. Kita tidak mahu jadi masalah seperti itu khususnya ketika majlis nanti. Oleh yang demikian, pastikan lakukan food testing terlebih dahulu sebelum memutuskan keputusan.

9. Adakan syarat dan terma bayaran

Buat “black and white” perjanjian ataupun resit yang menyatakan persefahaman dan persetujuan antara pihak kita dan pihak syarikat katering.

10. Memiliki banyak variasi menu masakan

Ini sekadar pilihan. Jika syarikat katering mempunyai banyak menu masakan dan juadah ia akan memudahkan kita untuk membuat pilihan lebih baik.

11. Pelayanan yang bagus dan memuaskan

Layanan dari pihak katering mestilah bagus dan memuaskan. Etika seorang pelayan perlu kekal rapi, sopan, dan berbudi bahasa semasa melayan tetamu. Kita sebagai pelanggan sebenarnya ada hak untuk menyemak cara layanan yang diberikan oleh pelayan syarikat katering tersebut.

12. Keep update perkembangan dari pihak katering

Cara pilih katering yang tepat biasanya kita buat 6 bulan sekurang-kurangnya sebelum majlis. Seterusnya selepas confirm kita akan bayar deposit awal. Jangan terus tinggalkan isu katering majlis itu di tangan pihak katering sahaja.

Pastikan terus keep update dan minta perkembangan dari mereka dari semasa ke semasa. Lepas ini jangan pening kepala lagi fikir cara pilih katering yang terbaik. Ikut sahaja panduan yang diberikan tadi.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart