8 Tempat Makan Romantik Untuk Sambut Anniversary Di Kuala Lumpur

Meraikan ulang tahun perkahwinan yang semakin dekat kadang kala membuatkan kita bingung untuk mencari lokasi tempat makan yang menarik dan sedap di sekitar Kuala Lumpur. Setiap pasangan pastinya mempunyai impian yang tersendiri untuk meraikan anniversary candle light dinner bersama pasangan di restoran. Sambil menikmati makanan sedap dan mewah, suasana romantik di restoran memberikan memori cukup berharga. Artikel pada kali ini, kami akan menyenaraikan tempat makan romantik yang menarik untuk anda sambut anniversary di sekitar Kuala Lumpur.

1. Faroz Cafe

tempat makan romantik

Perkara pertama yang terlintas setiap kali sebut mengenai Feroz Cafe adalah hiasan romantik dan elegannya yang cukup menawan ala kafe Eropah. Campuran warna merah tua, tema emas raja, dan tangga dengan bunga melata di setiap sudut menjadi tempat ootd yang cukup sempurna diabadikan di foto anda dan pasangan.

Hidangan tempatan, klasik dan barat bersatu dalam satu rasa mewah. Dari pembuka selera, hidangan utama, sehinggalah pencuci mulut cukup lazat dan menyelerakan. Antara yang menjadi pilihan adalah seperti Ayam dan Sup Tulang Merah, Pan Seared Meltique Beef Ribeye dan Burger Ayam Buttermilk.

Waktu beroperasi: Isnin – Sabtu (12 pm – 9.30 pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook 

Lokasi: 39, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Subak Restaurant

Subak bercirikan restoran unik ala Bali dengan variasi alam disekelilingnya. Lokasinya yang dikelilingi pepohon hijau hutan dara Bukit Lanjan dihiasi bunyi alam menenangkan dari cengkerik, air mengalir, dan suram cahaya lilin.

Hidangan di Subak terdiri daripada menu barat seperti aneka stik, pasta, burger dan pai, manakala menu Asia terdiri daripada aneka mi, nasi dan sup. Beberapa sajian unik mereka dan menjadi kegemaran ramai termasuklah hidangan seperti Subak Rendang Bebek, T-Bone Steak, Norwegian Grilled Salmon, NZ Lamb Shank, dan Grilled Seabass.

Waktu beroperasi: Setiap hari (5.45 pm – 11 pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook | Website

Lokasi: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Flora Terrace at Hampshire Place

tempat makan romantik

Mendapatkan tempat makan romantik untuk temujanji malam bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih apabila ia dilakukan secara last minit. Menjadikan Flora Terrace at Hampshire Place sebagai lokasi pilihan yang tepat kerana konsep restoran dan hiasan dalamannya sudah bercirikan hiasan yang menarik dan cantik.

Ibaratnya berada di fantasi, maka tidak hiaranlahh pengunjung sanggup mendongak kagum apabila masuk ke ruangan restoran ini.

Waktu beroperasi: Setiap hari (12 pm – 11 pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook

Lokasi: Hampshire Place, Halal 157, Hamphire Place Jalan Mayang Sari, Off, Jln Tun Razak, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

4. Cafe Ame Soeur

tempat makan romantik

Ada yang mengemari masakan Perancis, bahasa Perancis, atau apa-apa yang berkaitan dengan negara Perancis? Cade Ame Soeur mungkin cadangan yang sesuai sebagai tempat makan romantik yang menarik di Kuala Lumpur untuk dicuba.

Restoran yang diilhamkan dari Era Victoria ini dihiasai sangat indah dengan cermin penuh disepanjang dinding dan candelier kristal yang tergantung warna-warni. Ia menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang lazat untuk menikmati makan malam romantik bersama pasangan.

Waktu beroperasi: Setiap hari (11 am – 10 pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook 

Lokasi: No. 20, Jalil Link Block 2, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Villa Danieli

Ada yang mengemari masakan Itali, bahasa Itali, atau apa-apa yang berkaitan dengan negara Itali? Villa Danieli mungkin cadangan yang sesuai sebagai tempat makan romantik yang menarik di Kuala Lumpur untuk dicuba.

Ia merupakan restoran dengan masakan Itali yang sangat mewah dan berprestij sehingga mengondol gelaran sebagai The Best Dining Experience. Menariknya, setiap hidangan dimasak oleh tukang masak berpengalaman dari Itali.

Waktu beroperasi:

Laman sosial: Instagram | Facebook 

Lokasi: Level 5, Sheraton Imperial, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

6. Bora Ombak Café & Restaurant

tempat makan romantik

Bora Ombak terkenal dengan lokasi tumpuan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana. Ia menyambut makan malam anda dengan hidangan sungguh menyelerakan dalam cahaya lilin serta muzik yang menjadi latar belakang suasana romantik.

Pasangan romantik inilah masanya untuk anda mengamit kenangan dan memori bersama dalam  menyambut ulang tahun pada tahun tersebut.

Waktu beroperasi: Setiap hari (10 am – 11 pm)

Laman sosial: Website

Lokasi: 75, Ampang Point Shopping Centre, Jalan Mamanda 3, 68000 Ampang Jaya, Selangor

7. Tamarind Springs Kuala Lumpur

tempat makan romantik

Sebut mengenai tempat makan romantik di sekitara Kuala Lumpur pasti semua orang sangat sinonim dengan nama Tamarind Springs. Jiwa terasa dekat setiap kali kaki melangkah masuk ke restoran ini. Suasananya cukup mendamaikan dengan bunyian burung dan air terjun serta desiran dedaun yang ditiup angin.

Tiba sahaja malam dan suasana menjadi gelap, pasangan dihiasi dengan cahaya di sepanjang laluan pejalan kaki. Menonjolkan konsep Indo China, konsep dekorasinya mengancam mata dan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Waktu beroperasi: Selasa – Ahad ( 12 – 3 pm, 6 – 11 pm)

Laman sosial: Instagram | Facebook | Website

Lokasi: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor

8. Thirty8 Restaurant

tempat makan romantik

Akhir sekali, untuk tempat makan seterusnya adalah Thirty8 Restaurant. Nama Thirty8 tidak asing kepada pengemar sky restoran di Malaysia. Berlatar belakangkan Menara Kembar KLCC dan pemandangan bangunan-bangunan di sekitarnya ia kekal menjadi tarikan yang luar biasa.

Menawarkan hidangan bertaraf lima bintang dengan gabungan masakan Barat, Cina, dan Jepun, anda pastinya tidak menyesal untuk anda cuba dan menikmati sentuhuan air tangan chef terkenal yang berpengalaman.

Waktu beroperasi: Setiap hari (7 am – 11 pm)

Laman sosial: Instagram | Website

Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Semoga dengan perkongsian mengenai dengan tempat makan romantik di sekitar Kuala Lumpur ini dapat memberikan anda idea yang berguna untuk menyambut ulang tahun perkahwinan atau hari jadi bersama pasangan. Raikan kebersamaan kalian walaupun sebentar kerana momen bahagia hanya akan tercipta dengan penyatuan dua jiwa yang saling mencintai. Jangan lupa tag pasangan anda sekarang!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top