Resepi Pati Kurma Untuk Sahur, Mampu Tahan Lapar Sampai Berbuka

Bila musim kurma sudah meriah dijual di pasaraya, itu tandanya bulan Ramadhan hampir tiba. Setiap kali bulan puasa, pastinya kita sentiasa tercari-cari menu makanan atau minuman yang mampu membuatkan perut kita tahan dari lapar sepanjang hari.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai resepi pati kurma untuk sahur yang banyak khasianya ini kepada kesihatan diri.

Asal usul kurma

Kurma dikenali dengan nama saintifiknya Phoenix dactylifera L. Lazimnya tanamana kurma ini banyak tumbuh dan ditanam di negera-negara Arab dan Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Oman, Iraq, Iran, Magribi (Morocco) dan Sudan. 

Jenis-jenis kurma yang terkenal dan boleh anda beli di pasaraya termasuklah seperti kurma Ajwa, Medjool, Rotab, Maktoom, Safawi, Zahidi dan Khadrawi.

Kandungan nutrisi kurma

Terdapat banyak kandungan nutrisi bagi sebiji kurma sahaja. Berikut ini kami kongsikan apa sahaja nutrisi yang boleh tubuh badan kita perolehi pada setia 100 gram buah kurma.

  • Kalori: 215.7kcal
  • Karbohidrat: 52.5g
  • Protein: 1.1g
  • Lemak: 0.1g
  • Magnesium: 31mg
  • Natrium: 1mg
  • Kalsium: 5mg
  • FosforusL 35mg
  • Kalium: 345mg
  • Mangan: 0.01mg
  • Zink: 0.02mg
  • Kuprum: 0.01mg
  • Selenium: 0.24mg
  • Vitamin A: 3mcg
  • Vitamin B1: 50mcg
  • Vitamin B2: 60mcg
  • Vitamin B3: 1274mcg
  • Vitamin C: 400mcg

khasiat kurma bagi kesihatan diri

Kurma memang mempunyai khasiat yang banyak kepada sesiapa yang memakannya. Antara khasiat kurma adalah seperti yang berikut:

1. sUmber tenaga yang terbaik dan tercepat

Kurma terkandung dengan 70% sumber karborhidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa, dan fruktosa yang tinggi. Jenis karbohidrat seperti ini sangat mudah untuk terurai dan bertukar kepada sumber tenaga.

Hal ini menjurus kepada kemampuan kurma dalam membekalkan dan memgembalikan tenaga dengan begitu cepat yang telah hilang dari aktiviti harian kita setiap hari.

2. Bagus untuk sistem penghadaman

Kurma baik untuk mengelakkan dari masalah sembelit. Ini kerana kurma mengandungi serat kira-kira 3.57 – 10.9 g serat bagi setiap 100 g kurma.

Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya, meningkatkan kadar pergerakan usus dan  memudahkan najis untuk melalui usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.

3. Baik untuk fungsi otak

Menurut kajian, kurma mempunyai potensi terapeutik terhadap penyakit Alzheimer. Bahkan kurma memberi perlindungan semula jadi  terhadap keradangan dan oksidatif stres di otak yang boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer.

4. Mengawal paras gula dalam darah

Kurma dikatakan mampu untuk mengawal paras gula dalam darah. Hal ini dibuktikan dari sebuah kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa kurma mempunyai aktiviti antidiabetik yang boleh menurunkan paras gula dalam darah.

5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah

Kurma juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras koleterol dalam darah. Hal ini dibuktikan dari sebuah kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa biji kurma Ajwa dan Sukkari mempunyai aktiviti hypolidimik berupaya menurunkan kadar kolesterol yang disebabkan oleh diebetes atau kolesterol tinggi.

Cara buat stok pati kurma

Minuman kurma memberi tenaga yang luar biasa lebih-lebih lagi kepada anda yang sedang berpuasa. Ia mampu membuatkan anda bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus juga.

Berikut ini kami kongsikan secara lebih terperinci tentang bagaimana untuk buat stok pati kurma yang berkhasiat dan sihat.

Bahan-bahannya:

  • Kurma
  • Susu

Cara-cara membuatnya:

pati kurma untuk sahur
  1. Sediakan kurma, buang biji dan basuh kurmanya.
  2. Kemudian, kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
  3. Kisar kurma yang telah dikukus itu sehingga hancur dengan mesin pengisar.
  4. Masukkan pati kurma yang hancur tersebut dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
  5. Untuk menyediakannya, campurkan sahaja 2 sudu pati kurma dan susu (jenis susu ikut cita rasa masing-masing)
  6. Pati kurma untuk sahur dan kurma susu sedia untuk dihidangkan. Selain susu, untuk penyediannya juga anda boleh campurkan bersama madu, badam, kismis, dan sebagainya. Selamat mencuba!

Diharapkan semoga perkongsian resepi kami mengenai pati kurma untuk sahur ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan memudahkan juga membuat persiapan bagi menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.


aRTIKEL bERKAITAN:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top