Buat Peminat Coklat! Ini Resepi Puding Milo Coklat Bikin Ketagih

Sesuai untuk anda yang teringin sesuatu yang luar biasa, artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana caranya untuk buat puding Milo coklat yang sedap dan enak.

Sebut sahaja tentang puding, pastinya kita sudah terbayang akan tesktur rasanya yang sejuk, lembik, dan ringan itu di dalam tekak.

Mana tidaknya, puding sudah menjadi antara hidangan wajib dalam pencuci mulut di rumah mahupun di mana-mana majlis-majlis yang diadakan di luar.

Asal usul makanan berasaskan agar-agar

Agar-agar diperbuat daripada bahan gelatin yang terhasil dari rumpai laut. Sejak dulu lagi ia ini sudah menjadi bahan utama sebagai pencuci mulut di seluruh negara Asia khususnya Malaysia dan Indonesia.

Warna aslinya yang putih dan jernih banyak dijual di dalam paket secara serbuk atau kepingan yang boleh larut.

Agar-agar mengandungi sekitar 80% fiber, dengan itu ia boleh digunakan sebagai pengawal usus kecil. 

Resepi puding milo coklat sedap

Selalu kita makan agar-agar santan, agar-agar sirap, agar-agar buah-buahan, dan sebagainya. Tetapi kali ini, kami akan tunjukkan cara untuk buat agar-agar atau puding Milo coklat.

Bahan-bahan (loyang 7 inci):

puding milo coklat
  • 10 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 50 gram gula
  • 120 gram susu cair
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Oreo yang dihancurkan

Lapisan Milo:

  • 8 gram agar-agar tali
  • 60 gram gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 100 gram Milo
  • 100 gram susu cair
  • Secubit garam

Cara-cara membuat lapisan Oreo 1:

  1. Masukkan 10 gram agar-agar tali dan 4 cawan air ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
  2. Apabila telah mendidih, masukkan pula gula dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan susu cair yang sudah dikacau sebati bersama 1 biji telur gred A.
  4. Kacaukan ia sehingga sebati dan biarkan mendidih kira-kira 1 – 2 minit.
  5. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.
  6. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila.
  7. Agak-agak sudah suam dalam 5 – 6 minit, barulah tuang ke dalam loyang.
  8. Selepas itu, masukkan Oreo yang dipatahkan. Ikut anda hendak letak berapa banyak.
  9. Setkan suhu bilik atau letak dalam suhu bilik selama 15 minit baruah dimasukkan ke dalam peti ais / chiller.

Cara-cara membuat lapisan Oreo 2:

  1. Masukkan agar-agar tali bersama 3 cawan air ke dalam periuk, Biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
  2. Selepas itu masukkan 60 gram gula.
  3. Apabila gula sudah larut, masukkan pula 2 sudu makan susu pekat, diikuti Milo dan susu cair.
  4. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1 – 2 minit. Selepas itu, tutup api dan masukkan secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5 – 6 minit.
  5. Keluarkan lapisan Oreo tadi, cucukkan dengan garfu agar lapisan melekat.
  6. Tuangkan perlahan-lahan lapisan Milo tadi. Biarkan di luar selama 40 minit barulah sejukkan dalam peti ais selama 3 – 4 jam
  7. Apabila puding siap dan keras, boleh potong dan hidangkan.
puding milo coklat

Diharapkan semoga resepi vira puding Milo coklat ini dapat memberikan anda panduan penyediaan yang betul untuk dicuba bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart