Elak Gastrik Bulan Puasa, Amalkan 6 Langkah Mudah Bantu Perjalanan Puasa Lebih Berkualiti

Tidak berpuasa sebab gastrik? Jawapannya ini sering kita temukan oleh rata-rata orang yang tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan.

Walaupun segelintir ada yang sengaja menjadikan ia sebagai alasan tetapi tentu ada pesakit gastrik yang benar-benar memerlukan bantuan.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda semua berkenaan dengan bagaimana untuk mengelak dari gastrik bulan puasa dan tips menjadikan puasa pesakit gastrik berjalan lancar.

Apa itu masalah gastrik?

Penyakit gastrik atau gastritis adalah keradangan pada lapisan dalam perut. Ia dikategorikan sebagai akut iaitu berlaku secara tiba-tiba dan dalam tempoh yang singkat atau kronik dalam tempoh yang lama.

Keradagan inilah nantinya akan bertindak balas terhadap jangkitan atau bahan yang boleh merengsa bahagian badan, dalam lapisan perut.

Punca penyakit gastrik

Punca utama penyakit gastrik disebabkan oleh bakteria H. pylori dan penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSIDs) dalam kadar yang berlebihan dan dalam tempoh yang lama.

Bakteria yang dimaksudkan itu adalah sejenis bakteria dalam perut yang boleh menyebabkan keradangan.

Gastrik bukan alasan tidak berpuasa

Masalah gastrik yang dialami oleh sesetengah orang tidak boleh menjadi ia sebab untuk meninggalkan ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan.

Justeru, sepatutnya pesakit gastrik yang sudah lama menghidap penyakit ini sepatutnya lebih arif tentangnya dan sudah membuat persiapan tertentu bagi melancarkan perjalanan puasa tersebut.

Caranya, sebelum masuk bulan Ramadhan, amalkan diri dengan berpuasa dalam berperingkat. Misalnya mungkin hari ini separuh hari, esok lusa pula dilanjutkan lagi sepenuh hari mengikut pada tahap-tahap ketahanan perut yang tertentu.

Bila kita sudah tahu tentang fisiologi badan sendiri, badan akan mudah beradaptasi dengan cara makan dan segala perubahan yang berlaku dalam kehidupan harian kita.

Dalam masa yang sama juga, bagi pesakit gastrik jangan sesekali abaikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan sesuai semasa berpuasa (sahur dan berbuka) untuk elak gastrik bulan puasa.

Jenis makanan kena ambil semasa berpuasa

Di sini kami senaraikan 9 jenis makanan yang boleh diambil oleh pesakit gastrik untuk elak gastrik bulan puasa.

1. SaYUR-SAYURAN

Keutamaan dalam pemilihan makanan pesakit gastrik adalah rendah lemak dan gula kerana ia dapat mengurangkan asid perut dan memberi kelebihan untuk sistem pencernaan.

Sayur-sayuran menjadi makanan yang perlu diambil oleh pesakit gastrik. Contohnya seperti kacang hijau, brokoli, asparagus, bunga kubis, sayuran berdaun hijau, kentang, dan timun.

2. halia

Halia bersifat anti-radang semua jadi dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan pencernaan seperti pedih ulu hati, gastrousus dan sebagainya.

Tambahkan sahaja sedikit hirisan halia dalam minuman, smoothie atau minum teh halia semasa bersahur untuk kelagaan perut berpanjangan.

3. Oat

Oat pilihan yang sesuai semasa bersahur kerana ia mempunyai serat tinggi dan mengurangkan risiko asid refluks.

4. BUah-buahan bukan jenis sitrus

Semua buah-buahan digalakkan untuk dimakan oleh pesakit gastrik kecuali dari jenis sitrus. Buah sitrus adalah seperti lemon, limau, kiwi, dan sebagainya.

Sebaliknya pilihlah buah seperi tembikai, pisang, atau buah pir yangk kurang berasid dan mengelakkan dari simptom refluks.

5. Daging tanpa lemak dan makanan laut

Ayam, ayam belanda, ikan, dan makanan laut adalah contoh daging tanpa lemak. Makanan rendah lemak boleh mengurangkan asid refluks dalam sistem penghadaman.

6. Putih telur

Untuk pesakit gastrik, putih telur adalah pilihan yang terbaik berbanding kuning telur kerana ia tidak mempunyai kadar lemak yang tinggi.

7. Lemak sihat

Sumber bagi lemak sihat termasuklah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.

8. Makanan dan minuman probiotik

Makanan dan minuman probiotik juga membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan. Contohnya seperti yogurt, kefir, dan kimchi.

9. Makanan antibakteria dan kaya flavonoid

H.pylori adalah sejenis bakteria, justeru itu diperlukan juga sesuatu yang boleh melawannya dengan bersifat antibakteria seperti flavonoid.

Makanan yang sesuai adalah seperti bawang putih, bawang, kranberi, saderi, madu, halia, dan kunyit.

Cara elak gastrik bulan puasa

Tadi kita sudah mengenali antara makanan yang boleh dimakan ketika berpuasa. Kali ini, berikut adalah cara elak gastrik bulan puasa pula untuk rujukan anda.

1. tIDAK BERBUKA TERLALU BERAT

Memang kita lapar sebab seharian berpuasa. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kita terus ambil makanan berat semasa berbuka.

Tanpa kita sedar pengambilan makanan berat semasa berbuka akan menyebabkan masalah ketidakhadaman semakin serius kepada pesakit gastrik.

2. bERBUKA SECARA RINGAN

Mereka yang menghidap gastrik biasanya mempunyai perut yang sensitif dari biasa. Justeru itu, sangat digalakkan untuk kita berbuka secara ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam dahulu.

Selepas beberapa ketika, barulah ambil makanan secara berperingkat agar perut tidak terkejut dengan tiba-tiba.

3. eLAK KAFEIN KETIKA BERBUKA

gastrik bulan puasa

Bagi pengemar kafein, sebaiknya lupakan sahaja hasrat anda untuk menikmati kopi dan teh semasa berbuka.

Hal ini kerana, kafein mengandungi perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.

4. kURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI LEMAK

Elak terus makanan yang tinggi lemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng dalam setiap diet pemakanan harian.

5. Ambil makanan yang mengandungi sulfur

Ramai orang ingat bila puasa, kita akan lebih cenderung untuk terkena gastrik berbanding hari puasa. Sebenarnya konsep pemikiran itu salah sama sekali.

Ketika berpuasalah sistem penghadamaan sedang berehat. Ini bermaksud rembesan asid hidroklorik dalam perut akan berkurang. Jadi sudah tentulah kita sepatutnya tidak akan mengalami masalah sakit atau senak perut.

Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih adalah sangat baik untuk mengawal kesakitan gastrik.

6. Makan secara sederhana

gastrik bulan puasa

Pengambilan makanan secara sederhana adalah yang lebih baik dan utama dari segalanya untuk pesakit gastrik.

Sebaik-baiknya, lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta berhenti makan ketika sebelum kenyang.

Pesakit gastrik sememangnya wajib tahu akan penjagaan aspek pemakanan bagi mengelakkan dari tercetusnya lagi masalah keradangan di dalam perut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara elak gastrik bulan puasa ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan berguna ketika bulan Ramadhan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top