5 Resepi maggi kari soya Viral Versi “High Class” Patut Dicuba!

Maggi adalah makanan segera yang menjadi kegillaan ramai. Namun bila kita sebuat pasal maggi kari soya pastinya ramai yang pelik tetapi teringin mahu cuba bagaimana rasanya.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda semua bagaimana caranya untuk membuat maggi kari soya viral dan mudah serta beberapa resepi lain berasaskan maggi yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Maggi Kari Soya

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus mi segera kari / ayam
  • 1 kotak minuman soya – kurang manis (250 ml)
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai cendawan
  • 1 batang daun bawang
  • 1 sudu besar biji bijan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 keping nori
  • 1 sudu besar chili oil

Cara-caranya:

  1. Masukkan mi segera dan cendawan yang sudah dicuci bersih ke dalam mangkuk. Untuk pemilihan cendawan ini, boleh gunakan apa-apa cendawan yang kita mahu seperti cendawan shiitake segar atau kering, cendawang butang, dan sebagainya.
  2. Kemudian, isikan mangkuk yang sudah diisi tadi dengan secawan air (250 ml).
  3. Pecahkan telur pula ke dalam cawan yang sudah berisi 200 ml air (bersuhu bilik) untuk kita rebus telur tersebut tanpa kulit.
  4. Seterusnya, masukkan mangkuk dan cawan tadi ke dalam microwave oven dan tetapkan pemasa selama 1 1/2 – 2 minit (bergantung jenis microwave).
  5. Apabila maggi sudah kembang, tos dan buangkan airnya.
  6. Lalu ketepikan maggi yang sudah ditos.
  7. Campurkan air soya bersama perencah maggi ke dalam mangkuk.
  8. Kemudian panaskannya ke dalam microwave selama 1 – 2 minit. Pastikan tidak terlalu lama dipanaskan kerena dikhuatiri air soya akan menjadi berketul-ketul kerana terlalu panas.
  9. Setelah panas, keluarkan mangkuk tadi dan campurkan sedikit minyak bijan ke dalamnya untuk menambahkan lagi aroma wangi.
  10. Langkah akhir, susun telur yang telah dimasak, daun bawang, cendawan, kepingan nori, letakkan juga sedikit minyak cili, dan hias dengan bijan yang sudah disangai ke dalam mangkuk.
  11. Maggi kari soya siap untuk dihidangkan.

Maggi kari tumis

Bahan-bahannya:

  • 2 bungkus mi maggi kari
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • 8 biji cili padi (ikut kesukaan)
  • Sayur (jika mahu)

Cara-caranya:

  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi sehingga hancur.
  2. Selesai menumbuk, keluarkan dan gaulkannya pula dengan perencah maggi kari.
  3. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi bersama perencah maggi kari.
  4. Kacaukan ia seketika sehingga naik bau.
  5. Masukkan sedikit air mengikut kuantiti kuah yang kita mahukan dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Seterusnya masukkan maggi dan biarkan ia lembut.
  7. Pecahkan telur dan masukkan sayur ke dalam kuali lalu biarkan seketika.
  8. Maggi kari tumis siap untuk dihidangkan.

Maggi kari goreng mamak

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus maggi kari (sudah direbus)
  • 5 ekor udang (jika ada)
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu kecil cili boh
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi (jika mahu)

Cara-caranya:

  1. Tumikan cili boh, bawang putih, dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan biarkan ia masak seketika.
  3. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili, dan telur.
  4. Kemudian, masukkan mi maggi yang sudah direbus lembut.
  5. Masukkan sayur sawi dan taburkan cili padi.
  6. Kacau sehingga sebati dalam 3 minit.
  7. Maggi goreng mamak siap untuk dihidangkan.

Popia Maggi mini

Bahan-bahannya:

  • 2 bungkus mi maggi
  • 1 biji telur
  • Kulit popia yang dipotong 4
  • Daun sup (dihiris)
  • 2 biji cili padi merah (dihiris)
  • 2 biji cili padi hijau (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • Setengah batang lobak merah dihiris panjang (halus)
  • Sedikit garam
  • 2 bungkus perencah maggi
  • Isi ayam siap digoreng
  • Sedikit minyak masak untuk mengoreng

Cara-caranya:

  1. Mula-mula didihkan air dan rebus mi maggi itu.
  2. Apabila mi sudah lembut, angkat dan toskan lalu biarkan ia ketepi seketika.
  3. Kemudian, masukkan mi maggi ke dalam satu bekas.
  4. Masukkan juga ke dalam bekas itu iaitu telur, daun sup, sedikit garam sebagai perasa, hirisan bawang merah, hirisan lobak merah, hirisan cili padi, dan isi aya yang sudah digoreng awal tadi. Gaulkan ia sebati.
  5. Ambil kulit popia lalu letakkan ke dalam sesudu kecil isian tadi lalu bungkusnya dengan rapi.
  6. Panaskan minyak dan gorengkan popia maggi tadi sehingga kekuningan
  7. Toskan minyak dan angkat.
  8. Popia maggi mini siap untuk dihidangkan

Cucur Maggi Kari

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus maggi (rebus dan toskan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 bungkus perencah maggi
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan udang (jika ada)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat)
  • Daun bawang/daun kucai
  • Cili merah
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Serbuk pati ayam
  • Air sejuk secukupnya (1 cawan)
  • Minyak masak untuk mengorenga

Cara-caranya:

  1. Guntingkan sedikit maggi yang sudah direbus itu menjadi potongan pendek.
  2. Kemudian, masukkan perencah maggi, telur, udang, lobak merah, cili merah, daun bawang, serbuk pati ayam, serbuk penaik, dan tepung gandum bersama dan gaulkannya sehingga sebati.
  3. Masukkan air sejuk dari peti ais ke dalam adunan.
  4. Rehatkan adunan selama 10 minit.
  5. Panaskan minyak dan gorengkannya sehingga kekuning-kuningan.
  6. Toskan minyak dan angkat.
  7. Cucur maggi kari siap untuk dihidangkan.

Semoga perkongsian kami berkenaan dengan resepi viral maggi kari soya dan beberapa sajian lain berasaskan maggi ini dapat memberikan anda semua idea yang menarik dalam hidangan sajian istimewa untuk keluarga.

Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top