Baju Blue Black Tudung Warna Apa? Kenali 10 Padanan Warna Tudung Yang Betul

Berlambak tudung dalam almari tetapi masalah orang perempuan setiap kali mahu keluar rumah masih sama tentunya, “tak tahu nak pakai tudung apa?” atau “tak jumpa tudung yang sesuai”.

Pada umumnya, memang dalam memilih padanan tudung yang sesuai dengan baju memerlukan keupayaan kita untuk menyesuaikannya dalam setiap keadaan.

Jika kita sendiri tidak mempunyai keyakinan diri untuk memakai padanan tudung dan baju yang dipilih tentunya kita akan jadi rasa kurang selesa ketika berhadapan dengan khalayak ramai.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai baju blue black tudung warna apa yang sesuai untuk dipadankan bersama-sama?

Baju Blue BLack Tudung Warna Apa Yang sesuai?

Untuk memilih padanan baju blue black tudung warna apa yang sesuai ianya perlu dipastikan sama setiap yang kita pilih itu tidak menenggelamkan warna kedua-dua atau salah satu darinya.

Warna baju dan tudung haruslah seiring memainkan peranannya masing-masing untuk menambahkan kejelitaan si pemakai.

Berikut ini kami kongsikan beberapa padanan baju blue black tudung warna apa yang sesuai untuk membantu anda semua.

1. Dark gold

baju dark blue sesui tudung apa

Dark gold sinonim dikaitkan dengan warna-warna kemewahan. Padanan warna gold sesuai dipakai ke acara-acara keraian seperti makan malam, majlis perkahwinan, dan sebagainya.

Selain ia mampu untuk memancarkan elemen kemewahan kepada si pemakai, ia juga boleh menambah kesan dramatik kepada keseluruhan tampilan diri kita disebabkan oleh kepaduan warna yang ditonjolkan antara blue black dan dark gold.

Tidak cukup dengan itu, sesetengahnya juga tidak menolak pandangan bahawa kombinasi dua warna ini menampakkan lagi si pemakai kelihatan lebih kurus dari asal.

2. Summer blue

Baju biru, lalu pakai lagi tudung warna biru, sesuai ke? Uniknya warna summer blue ini ia sangat lembut dan dalam kategori warna pastel yang terkenal dengan skema palet muda, polos, cerah, namun tetap lembut saat apabila dipandang.

Sungguhpun warna biru biasanya membawa efek yang kuat kepada pemakaian, namun dengan adanya warna summer blue ini ia akan menjadikan suasana natural kembali.

3. Honey gold

Baju blue black tudung warna apa lagi yang sesuai sebenarnya? Tadi kita sebut tentang dark gold, tetapi kali ini adalah honey gold pula.

Warna honey gold bersifat sedikit lembut dan tidak terlalu gelap seperti dark gold. Warna ini sangat sesuai dipadankan dengan baju blue black kerana ia memberi gaya seakan-akan muda dan berketrampilan.

4. OrANGE

baju dark blue sesui tudung apa

Oren dalam kategori warna-warna yang terang dan berani. Tentunya tidak ramai yang yakin untuk mengenakan padanan warna blue black dengan oren.

Namun kedua-dua kombinasi warna tersebut memang menarik dan cantik disesuaikan kerana ia bertentangan antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, warna oren dan blue black boleh berdiri dengan sendiri dan membawa watak masing-masing dalam menyempurnakan aura si pemakai ketika mengayakan. Ia sangat sesuai bagi mereka yang gemar bersukan, kerana padanan ini tampak sporty.

5. silver grey 

Baju blue black dengan warna tudung silver grey memang sangat sesuai. Kombinasi blue black dan grey ini akan menambahkan lagi kejelitaan pemakai.

6. Golden Brown

Baju blue black dengan warna tudung golden brown juga sesuai dipakai bersama. Kombinasi blue black dan golden brown ini memberi aura tradisi dan moden yang saling berkait.

7. bEIGE

baju dark blue sesui tudung apa

Beige adalah salah satu warna dalam kategori warna autumn dan ia sangat sesuai untuk dipadankan dengan apa-apa sahaja warna biru.

Umumnya, warna biru termasuk dalam kategori warna sejuk manakala warna beige adalah dalam kategori warna panas. Justeru itu, kedua-dua warna tersebut adalah sangat kontra tetapi sesuai dipadankan bersama.

8. pUTIH

Putih dikenali dengan warna yang ringkas dan cantik apabila dipadankan bersama warna-warna baju yang gelap seperti blue black.

9. Soft Yellow

baju dark blue sesui tudung apa

Warna kuning sebenarnya sangat sesuai dipadankan dengan bermacam jenis warna yang lain disebabkan warnanya yang ceria dan cerah. 

Gabungan warna blue black dan soft yellow ini membawa maksud keamanan dan kedamaian.

10. Dusty Pink

baju dark blue sesui tudung apa

Warna blue black akan terlihat sangat sesuai dengan dusty pink yang lembut. Kombinasi warna blue black dengan dusty pink pada pakaian menghasilkan warna yang seimbang. 

Dusty pink yang lembut akan memberi kemanisan pada warna blue black yang pekat dan gelap.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai padanan warna tudung yang sesuai untuk baju blue black ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat semasa membuat pemilihan tudung.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart