“100% Rasa Kedai!” Resepi Takoyaki Homemade Tanpa Acuan Lebih Jimat, Boleh Sumbat Banyak Inti

Malaysia sangat popular dengan keunikan makanan dari budaya dan kaum yang berbeza-beza. Namun tidak terkecuali juga makanan yang datangnya dari negara luar memberi tarikan yang tersendiri kepada masyarakat Malaysia.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi takoyaki homemade yang sangat mudan tanpa perlu menggunakan acuan.

Asul usul makanan takoyaki

resepi takoyaki homemade

Untuk pengetahuan anda, takoyaki berasal dari perkataan “tako” yang bermaksud octopus dan “yaki” pula adalah panggang atau bakar.

Makanan ini mula diciptakan oleh Tomekichi Endo pada tahun 1935 di Osaka. Ia diciptakan selepas peristiwa gempa bumi dahsyat yang pernag melanda Jepun pada tahun 1923 yang lalu.

Pada ketika itu, makanan amat sukar untuk diperolehi sehinggakan masing-masing membuat eksperimen sendiri dengan menggunakan tepung dan air untuk menghasilkan makanan yang murah dan mengenyangkan.

Umumnya, takoyaki ini pada asalnya hanyalah mempunyai isi octopus sahaja. Namun setelah ia berevolusi memgi

Penerimaan dan perniagaan takoyaki di Malaysia

Hidangan takoyaki mula dibawa masuk oleh peniaga berbangsa Cina di Kluang, Johor pada era 90-an.

Seterusnya, takoyaki mula berkembang sedkit demi sedikit dijual pula di kiosk-kiosk makanan ringan yang menjual waffle, kayaball, dan jagung cup.

Takoyaki kemudiannya dipopularkan pula oleh seorang lagi berbangsa Cina yang telah membuka gerai khusus untuk menjual takoyaki. Nama gerainya itu adalah Tako Tao.

Resepi takoyaki homemade lazat

Biasanya, kita memerlukan acuan berbentuk bulat untuk membuat takoyaki. Namun jangan risau, bagi yang tidak mempunyai acuan tersebut, di sini kami akan kongsikan resepi takoyaki yang sesuai tanpa menggunakan acuan.

Berikut ini kami kongsikan resepi tokayaki homemade yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 1 1/2 cawan kobis (dicincang halus)
  • Setangkai daun bawang (dihiris halus)
  • 1 biji cili merah (dihiris halus)
  • Setangaki daun bawang (dihiris halus)
  • 2 batang hot dog (dipotong dadu kecil)
  • 8 batang crab stick (dipotong dadu kecil)

Bahan pelengkap:

  • Mayonis Jepun
  • Aonoro
  • Fish flakes / bonito flakes
  • Sos takoyaki

Bahan sos takoyaki 1:

  • 1 cawan sos wostershire
  • Gula
  • 1 sudu besar tepung jagung (dicampur denga sedikit air)
  • 1 sudu kecil kicap pekat

Bahan sos takoyaki 2:

  • 1 biji bawang putih (diketuk hancur)
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung (dicampur sedikit air)

Cara-cara untuk membuat resepi takoyaki homemade:

  1. Masukkan sekali tepung gandum, telur, pati ayam, dan sedikit garam ke dalam bekas.
  2. Tuangkan air panas mendidih ke dalam adunan.
  3. Gunakan senduk kayu dan kacaukan ia sehingga sebati.
  4. Apabila adunan sudah sedikit suam, campurkan pula sayur kobis dan daun bawang ke dalam adunan.
  5. Uli pakai tangan, letak inti udang / octopus / crab stick, leperkan adunan tepung dan letakkan inti di tengah dan bulatkan kembali.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Bulatkan adunan tepung dan masukkan dalam minyak yang panas. Goreng sehingga kekuning-kuningan.
  7. Untuk sos takoyaki 1. Campurkan sos wostershire, gula dan kicap. Masak hingga mendidih, kemudian baru tuangkan adunan tepung jagung.
  8. Kacau sehingga sedikit pekat dan tutupkan api.
  9. Untuk sos takoyaki 2. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung. Tunggu sehingga mendidih baru tuangkan adunan tepung jagung.
  10. Apabila sudah pekat, tutupkan api.
  11. Kemudian tapis dan letakkan ia ke dalam botol untuk drizzle nanti.
  12. Letakkan takoyaki dalam pinggan. Drizzle sos takoyaki, drizzle mayonis, tabur fish flakes dan aonori.
  13. Takoyaki homemade sedia untuk dihidangkan!

Memang sedap makan takoyaki panas-panas dengan bahagian luarnya yang ranggup dan dalamnya yang lembut.

Semoga perkongsian kami mengenai resepi takoyaki homemade ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat dan berguna untuk dijadikan minum petang bersama keluarga.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart