Ini sebab kenapa anda perlu minum segelas air lemon selepas bangun pagi

Bila cuaca panas, sedapnya bila teringat air jus lemon yang sejuk dan segar. Just campurkan perahan jus lemon segar dengan air, ais dan siap!

Bagi sesetengah orang, mereka gemar pelbagaikan cara meminum air kosong untuk kelihatan menarik. Seperti salah satu alternatifnya, meminum air kosong yang dicampurkan dengan jus perahan lemon segar.

Walaupun ia menjadi alternatif yang sangat lazat, tetapi adakah kamu pernah dengar tentang air lemon boleh memberikan beberapa kebaikan pada badan?

Air lemon ini sering dikatakan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuklah pencernaan, memberikan tenaga dan paling popular dalam kalangan mereka yang sedang dan ingin diet adalah membantu menurunkan berat badan.

Air Lemon Turunkan Berat Badan?

“Bangun pagi perlu minum segelas air lemon untuk turunkan berat badan kerana air lemon membantu membersihkan dan menyahtoksin badan.”

Menurut pakar diet yang berdaftar, Alissa Rumsey mengatakan air lemon sebenarnya tidak menurunkan berat badan tetapi ianya merupakan minuman yang mempunyai kalori yang rendah iaitu 6 kalori per gelas.

Tetapi air lemon boleh berperanan dalam mengurangkan berat, jika kamu sering mengambil minuman manis seperti air bergas, air buah-buahan yang dicampur dengan gula.

Menggantikan minuman tersebut dengan air lemon menjadi alternatif yang sihat kerana ia mengubah pola makanan dan kamu mungkin akan mengalami penurunan berat badan selepas itu.

Sama ada kamu mengambil air lemon yang panas atau sejuk, ianya dapat memberikan badan kamu sentiasa terhidrasi dan menjaga metabolisme badan.

Untuk mereka yang tidak gemar meminum air kosong tetapi ingin kekal terhidrat, tambahkan beberapa hirisan atau jus lemon segar dalam air minuman kerana bukan sahaja kamu dapat perisa tambahan malah rendah dalam kalori.

Selain itu, ada beberapa kebaikan dan kesan sampingan air lemon yang kamu perlu tahu.

Kebaikan Air Lemon

1) Membantu Badan Kekal Terhidrat

Dalam sehari, seorang wanita memerlukan sebanyak 2.70 liter air manakala seorang lelaki memerlukan 3.7 liter air untuk kekal terhidrasi.

Air yang dikatakan salah satu cara yang terbaik untuk seseorang kekal terhidrat, ia memberikan pelbagai manfaat yang menyokong proses badan yang berbeza.

Daripada menyokong untuk mengekalkan suhu badan seseorang sehinggalah kesihatan otot dan kulit serta banyak lagi.

Walaupun tidak ramai yang gemar akan rasa air kosong, mereka boleh menambah beberapa hirisan atau jus lemon ke dalam minuman untuk memberikan rasa yang lain kerana ianya mengandungi jumlah kalori yang rendah.

2} Mengandungi Vitamin C

Semua pasti tahu yang Vitamin C adalah antioksidan yang penting untuk badan selain memberikan banyak manfaat kepada kesihatan seperti penyerapan zat besi, membantu pengeluaran kolagen dan memperbaiki kulit.

Selain itu, antioksidan yang utama ini membantu melindungi sel daripada radikal bebas yang merosakkan. Vitamin C yang terkandung dalam lemon juga boleh mengurangkan penyakit kardiovaskular dan strok serta penurunan tekanan darah.

3) Membantu Pencernaan

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit, rasa masam daripada lemon akan merangsang hempedu sebelum makan di mana ia membuatkan sistem pencernaan lebih lancar.

4) Mengurangkan Risiko Penyakit Batu Karang

Citric acid yang terdapat dalam lemon boleh membantu untuk mencegah pembentukan batu karang.

Citrate, iaitu komponen citric acid boleh membuatkan air kencing menjadi kurang berasid serta memecahkan batu-batu karang menjadi kecil bagi mereka yang sudah mempunyai batu karang.

Bukan sahaja memberikan citrate kepada kamu, tetapi pada air dalam badan juga kerana ia boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.

5) Menyegarkan Nafas

Jika nafas kamu berbau, ia boleh dielakkan dengan meminum segelas air lemon selepas makan atau selepas bangun tidur.

Nafas menjadi berbau disebabkan oleh bakteria. Jadi, air lemon dapat merangsang air liur dan air dalam mulut untuk mencegah daripada mulut menjadi kekeringan yang menyebabkan ia berbau.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top