Penyebab Mengantuk Selepas Berbuka dan Sahur? Jangan Abaikan Gejala Penyakit

Mengantuk selepas berbuka dan sahur itu sudah menjadi perkara biasanya yang kadang kala kita tidak menganggapnya sebagai satu masalah yang serius.

Namun tahukah anda, boleh jadi penyebab seseorang mudah mengantuk selepas berbuka dan sahur adalah kerana gejala penyakit.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai faktor yang menyebabkan seseorang mudah mengantuk selepas berbuka puasa.

Sebab kita mengantuk selepas berbuka dan sahur

Normal atau tidak normal seseorang itu mudah mengantuk selepas berbuka dan sahur? Mengikut, Dr Ahmad Samhan, jawapannya boleh jadi normal dan boleh jadi tidak normal.

Hal ini kerana, terdapat banyak faktor yang menjurus kepada permasalahan tersebut.

1. Tindakbalas sistem pencernaan

Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga.

Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK). Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka.

Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

2. Jenis makanan

Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju kacang soya, mngandungi asid amino tryptophan.

Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!

3. Tabiat tidur

Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.

Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

4. Tahap kesihatan

Sekiranya anda sering berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.

Apa-apa pun jangan lupa untuk rujuk doktor bagi mendapatkan kepastian kesihatan yang lebih tepat.

Semoga perkongsian kami mengenai faktor yang menyebabkan seseorang itu mengantuk selepas berbuka dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berkualiti untuk menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadhan ini.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top