5 Cara Hilangkan Burn Muka Dengan Mudah

Lelaki atau wanita memang tidak boleh lari dengan masalah sunburn lebih-lebih lagi mereka yang banyak melakukan aktiviti di luar dan mudah terkena cahaya matahari.

Bila tidak berhati-hati, mulalah kesan sunburn timbul dekat wajah dan kulit badan yang lain. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara hilangkan burn muka dengan pantas dan mudah.

Bagaimana sunburn boleh terjadi?

Sunburn akan terjadi apabila seseorang itu terdedah kepada sinaran matahari (radiasi ultraviolet) dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar seperti bersukan tanpa menggunakan sebarang pelindung kulit.

Kekerapan kita terdedah kepada cahaya matahari tanpa menggunakan pelindung kulit akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu. Contohnya seperti jangkitan, kulit mengalami penuaan pramatang, jeragat, kanser kulit dan kerosakan mata.

Radiasi ultraviolet ni akan menyebabkan kulit menjadi merah, sedikit bengkak, gatal, kering dan mungkin kesakitan pada otot. Bahkan selepas beberapa hari, kulit akan mula mengelupas.

Tahap-tahap sunburn

Sunburn mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama atau dipanggil tahap ringan, tahap kedua, dan tahap ketiga.

Pada tahap pertama, kulit akan mengalami kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit. Pada tahap kedua, terdapat gelembung yang berisi cairan, dan seseorang yang mengalaminya akan mula rasa sakit.

Terakhir pada tahap ketiga iaitu tahap parah, pesakit perlu mendapatkan rawatan khusus dari doktor dengan segera.

Tanda-tanda terkena sunburn

1. kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana

  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit, kulit berasa panas dan kering.
  • Kadang kala otot terasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari.

2. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk

  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas.
  • Pesakit sudah tidak mampu menahan sakit apabila bajunya tersentuh pada kulit sendiri.
  • Simptom demam, rasa sejuk, lemah badan (perlu dapatkan nasihat doktor dengan segera)
  • Kulit mula merah dalam masa 2-4 jam apabila terdedah dengan sinaran matahari. Kemerahan kulit akan mencapai tahap kemuncaknya pada selepas 24-48 jam kemudian.

Cara hilangkan burn muka

Terdapat banyak cara hilangkan burn muka yang boleh anda amalkan. Berikut ini adalah caranya:

1. Pakai krim pelindung UV (sun block)

Setiap kali keluar rumah, jangan sesekali lupa untuk memakai pelindung UV tidak kiralahh jenama apa pun.

Namun sebaiknya, cari pelindung UV yang mempunyai collagen serum yang ada SPF untuk melindungi kulit dari terdedah oleh cahaya matahari dan kekal awet muda.

2. Basuh muka dengan ais

Sekiranya kesan sunburn masih baru lagi, kita boleh gunakan ais untuk hilangkan burn muka. Caranya, basuh muka bersama air yang bercampur dengan ais.

Ais digunakan kerana ia bantu mengurangkan kesan kemerah-merahan dan melembapkan kulit wajah.

3. Pakai minyak zaitun atau minyak bayi

Sekiranya anda tidak mempunyai losyen pelembap, anda boleh gantikan dengan minyak zaitun atau minyak bayi.

Ia dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan akibat pancaran matahari yang kuat. Hanya sapukan dengan tipis beberapa titik minyak bayi atau minyak zaitun sebelum menyapu krim pelindung. 

4. Gunakan teh hitam atau teh hijau

Teh hitam dan teh hijau dikatakan sebagai cara hilangkan burn muka kerana ia mengandungi tannins yang berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada kulit dan rasa pedih di muka akibat sunburn.

5. Sapu dengan lidah buaya

Lidah buaya atau kita kenali sebagai aloe vera mengandungi zat iaitu aloin yang mampu mengurangkan keradangan, meringankan rasa perit atau rasa terbakar, melembapkan kulit, dan mencegah pengelupasan.

Caranya mudahh sahaja, hanya ambil beberapa tangkai daun lidah buaya (aloe vera) lalu ambil lendirnya. Sapukan ia pada kulit wajah dan urut secara perlahan.

Semoga perkongsian kami ini mengenai tips atau cara hilangkan burn muka dapat memberikan anda semua informasi dan perkongsian yang menarik untuk diikuti.


Artikel berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart