6 Persediaan Ramadhan Pertama Pengantin Baru, Jangan Malu “Explore” Bersama

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu bagi setiap umat Islam. Indahnya setiap kali menyambut Ramadhan tentunya tidak sama seperti bulan-bulan lain pada lazimnya.

Apatah lagi jika ini merupakan Ramadhan pertama pengantin baru selepas memegang status suami dan isteri. Mana tidaknya, tersangatlah berbeza berpuasa semasa bujang dan selepas bergelar suam isteri.

Apa yang penting sekali adalah pengalaman manis kita dan pasangan menyambut bulan puasa ini. Justeru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips persediaan Ramadhan pertama pengantin baru.

Hidupkan Ramadhan bersama keluarga

Syukur, Allah memberikan kita nikmat untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini lebih-lebih lagi Ramadhan pertama sebagai pengantin baru.

Banyak orang berlumba-lumba melakukan ibadah dan kebaikan pada saat bulan Ramadhan kerana setiap amal ibadah dan kebaikan itu akan diberikan nikmat pahala yang berganda.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru, sangat rugi sekiranya ada yang tidak berusaha untuk merebut peluang terbuka dengan melipatgandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan sepanjang Ramadan ini.

Persediaan Ramadhan pertama pengantin baru

Bila sebut pasal persediaan Ramadhan pertama pengantin baru pastinya banyak perkara yang berlegar-legar di fikiran kita mahu dilakukan bersama-sama.

Berikut ini kami kongsikan beberapa persediaan Ramadhan pertama pengantin baru yang menarik untuk dijadikan panduan.

1. Buat persiapan kelengkapan ibadah

Boleh mula basuh pakaian solat dan sejadah. Biarlah rasa waktu beribadah di bulan Ramadhan itu lebih “special” berbanding hari-hari lain.

Jika mampu, wujudkan juga satu ruang khas untuk anda dan pasangan beribadah bersama-sama contohnya seperti bilik solat, ruangan mengaji, dan mendengar tazkirah Ramadhan.

2. Rancang juadah berbuka puasa dan sahur yang sederhana

Sebelum ini, sahur dan berbuka mungkin tidak terasa sangat sebab semuanya kita lakukan seorang diri atau bersama rakan-rakan. Namun tahun ini, kita bersahur dan berbuka ditemani suami atau isteri.

Tentunya, kita mahu wujudkan momen bersama yang lebih bahagia dan istimewa. Tidak salah jika kita mempunyai perancangan juadah berbuka puasa dan sahur di rumah.

Biarpun masing-masing sibuk seharian bekerja di luar, cari peluang untuk masak bersama-sama. Buat jadual hari apa yang sesuai untuk kita masak bersama pasangan.

3. Lakukan kerja rumah bersama

Tugas isteri di rumah bukanlah sahaja membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal ehwal rumah, ia sebenarnya tidak mengambil serius tentang siapa yang melakukannya tetapi mengapa kita melakukannya.

Contohnya, kita menyapu sampah kerana lantai kotor dan sebagainya. Kerja-kerja rumah sudah tentu lebih manis apabila suami dan isteri boleh bertolak ansur dan melakukannya bersama-sama.

Ini juga antara persediaan Ramadhan pertama pengantin baru yang mengajar kita banyak tentang erti sabar dan bertoleransi

4. Saling memberi semangat dan fokus beribdah

Ajak pasangan untuk solat berjemaah bersama. Jika tidak berkelapangan untuk melakukannya setiap hari, jangan tinggal terus terutamanya ketika hujung minggu.

Amalkan solat berjemaah di rumah bersama keluarga sebenarnya membuka banyak pintu kebaikan dan rezeki serta kebahagiaan kita dan pasangan.

Selain itu, bersama-sama dalam melakukan ibadah rasanya lebih bersemangat untuk mengumpul pahala di bulan Ramadhan ini berbanding seorang diri.

5. Jaga kesihatan diri

Bulan puasa pun penting untuk kita jaga kesihatan diri. Tidak salahnya bersenam bersama pasangan ketika berpuasa.

Ambil waktu sejam atau 30 minit sebelum berbuka untuk kita lakukan senaman ringan. Bila ada stamina yang kuat, hendak berpuasa dan melakukan amal ibadah lain pun lebih segar dan bertenaga.

6. Berbuka bersama keluarga

ramadhan pertama pengantin baru

Sungguhpun kita sudah berkahwin, tanggungjawab kita sebagai anak kepada ibu bapa masih tidak boleh dipisahkan.

Jangan sesekali lupa untuk bertanya khabar mereka dan berbuka bersama untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pasangan pun perlukan momen seperti itu untuk mengenali dan menghangatkan hubungan bersama keluarga mertua dan ipar.

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan tips Ramadhan pertama pengantin baru ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan menjalani ibadah puasa bersama pasangan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart